CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Adam Hamid Selalu Kongsi Tarikh Kematian Artis, Apa Sebabnya?

6-12-2021 12:31 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2974| Komen: 17

Description: Pelakon dan pengarah, Adam Hamid sering berkongsi tentang tarikh pemergian insan dalam industri seni.
Pelakon dan pengarah, Adam Hamid sering berkongsi tentang tarikh pemergian insan dalam industri seni.

Sumber Murai.my yang berpeluang bertanya secara eksklusif kepada Adam mendapat jawapannya.



Foto: IG

Adam turut dikenali ramai sebagai individu yang sering berkongsi mengenai tarikh pemergian insan dalam industi seni. Apakah yang mendorong Adam untuk berbuat demikian?

"Saya terfikir sebenarnya, seperti kami insan seni, filem-filem kami masih ditayangkan sehingga ke hari ini termasuklah seniman dan seniwati yang telah pergi. Namun, kita hanya suka melihat lakonan mereka, kita hanya bergelak ketawa namun ramai antara kita yang lupa untuk mendoakan kesejahteraan mereka di sana. Pada saya, doa itu adalah merupakan senjata yang paling hebat. Dari situ, saya selalu mengingatkan agar ramai yang mendoakan untuk mereka yang telah pergi.





Boleh Adam kongsikan bagaimana Adam mendapat info mengenai tarikh pemergian insan tersebut? Adakah membuat carian internet secara harian?

"Kebanyakan info saya dapat dari wikipedia, ada juga yang saya cari internet dan ada juga yang saya hubungi saudara mereka untuk ketahui secara lebih lanjut




Selain dari isu ini, boleh Adam kongsikan dengan kami tentang projek terbaru Adam Hamid?

"Sekarang saya masih menjalankan penggambaran untuk drama episod ‘Ratu Lori’ dan akan datang saya akan menjalankan penggambaran untuk satu lagi telemovie terbaru yang berjudul ‘Aku Bersaksi’ yang merupakan cerita asal dari saya sendiri dan merupakan kisah benar tentang seorang mualaf yang diabaikan oleh suaminya. Sama-sama kita saksikan nanti." -CARI



Sumber: Murai.my


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote orangbiasaje 6-12-2021 03:00 PM
Innalillahi wa inna ilayhi rojiun...
Quote Gianna111 6-12-2021 03:03 PM
selama ini i tak pernah tahu nasier wahab tu dah tak ada.rupanya dah meninggal.
Al-fatifah kepada yang telah tiada.
Quote per706 6-12-2021 03:07 PM
Perasan jugak kalau jln2 di ig dia...bagus usaha dia ni.. harap2 Allah kurniakan segala kebaikan utk usaha dia ni...
Quote NFBZCantik 6-12-2021 03:36 PM
Salam takziah pada yg telah pergi.

Quote dudaberhias 6-12-2021 03:48 PM
ok iols sokong usaha heshe remind kepada penonton sebab ramai penonton dah tak ingat orang yang deorang tonton tu sebenarnya dah takde... rasa macam deorang masih hidup gittew bila tonton
Quote fair_iza 6-12-2021 09:17 PM
X silap aku dia pernh masuk icu dulu. Mgkn dia merasa sgt dekat dgn mati.
Quote Fazzbulous 6-12-2021 09:27 PM
i suka baca ig dia..sambil2 tu dapat sedekah Al fatihah utk artis yg dah meninggal dunia...
Quote stingerGV 6-12-2021 09:32 PM
Bila seorang muslim mendoakheun utk sekelian muslimin dan muslimat yg telah pergi menemuiNYA, secara jamak...tidak sampai kewww?

Musti nak mention secara khusus?

Tanya anak jiran aku yg 3 tahun iteww
Quote kukukatablog 6-12-2021 09:47 PM
iols tak teringat nasir wahab dah xde
Quote JunkMail 6-12-2021 10:56 PM
Aku rajin sekodeng IG beliau nak tengok siapa yg dah meninggal..
Quote Managerara 6-12-2021 11:07 PM
stingerGV replied at 6-12-2021 09:32 PM
Bila seorang muslim mendoakheun utk sekelian muslimin dan muslimat yg telah pergi menemuiNYA, secara ...

Dulu ustad pernah story..lebih kurang camni, aku bukan setazah nak cerita semula xpandai.

Nanti di alam lain muslimin muslimat akan menguis nguis mencari cari doa dan syafaat yang dikirim oleh umat islam yang hidup..seperti doa doa umum kita ni la..

Dan ada segelintir lagi insan beruntung yang doa sentiasa dikirim secara khusus oleh anak anak soleh yang tak perlu menguis nguis mencari doa dan syafaat itu..

Selalu aku renungkan..1 masa nanti anak cucu kita pun akan mati..maka  masa untuk kita menguis nguis pasti akan tiba jua.
Quote stingerGV 6-12-2021 11:44 PM
Managerara replied at 6-12-2021 11:07 PM
Dulu ustad pernah story..lebih kurang camni, aku bukan setazah nak cerita semula xpandai.

Nanti d ...

Suffice untuk kita jamakkheun doa kita pada sekelian saudara seislam kita....termasuk yg telah mendahului kita....kerana TUHAN iteww MAHA MENGETAHUI akan niat kita....yg penting ianya sampai utk semua....
Quote Normabaru 7-12-2021 06:55 AM
bagus mmg bagus tp aurat yang dah meninggal tu kasihannn…rasanya xletak muka pon org tahu siapa..dh namun pub figure kan…semoga kita semua mendapat pengakhiran yang baik2 amin
Quote stingerGV 7-12-2021 07:05 AM
Fazzbulous replied at 6-12-2021 09:27 PM
i suka baca ig dia..sambil2 tu dapat sedekah Al fatihah utk artis yg dah meninggal dunia...


Secara logiknya solat 5 waktu dlm sehari ...setakat a one liner doa utk kesejahteraan keseluruhan saudara islam kita termasuk yg telah mendahului kita...thats a good berbillion doa dari penganut islam seantero dunia...that each and everyone of us(muslims) receives...

TUHAN MAHA MENGETAHUI apa yg kita niatkheun....
Quote chocobozhere 7-12-2021 07:58 AM
Paling aku tak sangka nasir wahab dah meninggal. Entahlah rasa macam dia ada lagi
Quote johan-adx 7-12-2021 08:17 AM
bgs jgk dia buat mcmtu..mengingati org yg telah tiada..
Quote mizruncing 7-12-2021 11:46 AM
bagus dia buat mcm ni. at least sapa yg baca boleh sedekah al alfatihah utk mereka yg dah takde. knowing mostly artis dulu ni dari segi live n pemakaian kita pon tahu mcm mana. semoga dgn doa2 kita mana tahu sedikit sebanyak kurangkan beban mereka disana.

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:36 PM GMT+8 , Processed in 0.068768 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top