CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Urusetia Harus Lebih Fleksibel" Vietnam Kecewa Tidak Dapat Makan Daging Babi Di Piala AFF2021

5-12-2021 02:08 PM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 5939| Komen: 75




INDONESIA : Pertandingan bola sepak kejohanan Piala AFF Suzuki (AFF Suzuki Cup) membabitkan negara Asia Tenggara (ASEAN) yang ditangguhkan pada tahun lepas (2020) kini dijadual diadakan kembali pada tahun 2021.

Berbeza dengan edisi sebelumnya, edisi kali ini menyaksikan Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) telah memilih Singapura sebagai gelanggang berkecuali setelah membuat penilaian terhadap situasi COVID-19 bagi memastikan keselamatan semua pihak yang terlibat dengan saingan Piala AFF Suzuki terjaga.

Namun disebalik itu, Jurulatih Vietnam, Park Hang Seo meluahkan rasa kecewa setelah pasukannya tidak mendapat kesempatan makan daging babi selama Piala AFF 2021 (2020) di Singapura, lapor Utusan sebagaimana dipetik dari CNN Indonesia.


Pasukan yang digelar Golden Star Warriors itu tiba di Singapura pada Rabu lalu setelah menjalani pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2022.

Walaupun tiba awal, Vietnam tidak mendapat apa yang mereka inginkan semasa berada di Singapura.

Dalam sidang akhbar menjelang permulaan Piala AFF 2021, Park Hang Seo mendedahkan kekangan makanan yang mereka peroleh di Piala AFF.

“Hari ini saya bertemu dengan pemain. Selain keletihan secara fizikal, mental dan psikologi pemain juga semakin lelah.

“Harus hidup dengan perjalanan terbatas, dan makan minum juga bermasalah,” katanya.

Menurutnya, salah satu kekecewaan Vietnam adalah soal makanan di Piala AFF yang diungkapkan pelatih asal Korea Selatan itu adalah tidak dapat makan daging babi.

“Vietnam suka makan babi, sampai ke hari ini kami semua harus makan ayam. Saya fikir urusetia harus lebih fleksibel dan mengatur makanan lebih tepat,”  

"Makan jadi masalah kalau kita harus makan menu yang sama. Pasukan berbeza agama dan budaya dan kita harus menghormati itu," kata Hang Seo.

Untuk info, Vietnam merupakan Juara bertahan dalam kejohanan Piala AFF Suzuki pada edisi kali ini. Kejohanan bola sepak Piala AFF Suzuki edisi ke-13 membabitkan penyertaan 10 pasukan dari negara-negara ASEAN yang layak bertanding akan bermula pada 5 Disember 2021 hingga 1 Januari 2022. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_ctrl 5-12-2021 02:15 PM
banyak songel pulak dah..naik makan babi pergi jela restoran. bukannya mati pun makan ayam
Quote hyie 5-12-2021 02:15 PM
order bak kut teh kat food panda jer sis...grab food pon ada. Tiberrr
Quote jejai 5-12-2021 02:16 PM
nak gi lawan bola ke gi melancong? kekwat pulak minta itu ini. ikut menu tuan rumah la apek
Quote JunkMail 5-12-2021 02:19 PM
Betullah dia cakap tu.. toleransi katanya. Kalau aku hormat kau tak makan babi, kau pun kena hormat aku nak makan babi agituu..  korang ni pun. Takkan sebab 1 agama tak makan babi semua orang kena ikut tak makan jugak. Dah binatang kesayangan dia babi..biar lah dia makan...


Jujurinnn ni bukan sarcasm
Quote Firenzza 5-12-2021 02:20 PM
Beli jerr seko babi pastu panggang dlm dorm
Quote mbhcsf 5-12-2021 02:22 PM

malas nak layan bab bab fussy makanan ni. Datang pun main bola sepak, asalka dapat supply makanan berzat and kalori yang betul syukurlah.

Quote izanagi 5-12-2021 02:39 PM
ingat terkilan x dpt makan kucing td
Quote mbhcsf 5-12-2021 02:42 PM
izanagi replied at 5-12-2021 02:39 PM
ingat terkilan x dpt makan kucing td

hahahahahahahahahaha....adeh wow remaks...depa makan memacam dalam kingdom animalia kann....
Quote VioletsAre_Blue 5-12-2021 02:59 PM
Banyak songeh, nak babi beli sendiri la
Quote batmana 5-12-2021 02:59 PM
alasan remeh,

pasni klu dpt mkn babi, msti bising lagi, babi singapura tak seenak babi vietnam
baik tak payah masuk pertandingan bola aja, pi msuk pertandingan makan babi..
Quote ~boolean 5-12-2021 03:20 PM
malaysia yang penuh islam ni pun daging babi boleh cari depan hotel...apa lah susah sangat nak cari daging babi kat singapore...
Quote abadi84 5-12-2021 03:30 PM
Nak makan babi keluar tapaulah. Satu keje plak nak sediakan babi semata2 pasukan ko tu.
Quote Acikgomen 5-12-2021 03:32 PM
Alolololol comelnye muka kecewa heshe



Quote mohamad134 5-12-2021 03:44 PM
~boolean replied at 5-12-2021 03:20 PM
malaysia yang penuh islam ni pun daging babi boleh cari depan hotel...apa lah susah sangat nak cari  ...

Babi di singapore mahal 27 SGD (85 ringgit) sekilo.. la ni babi mahal sebab demam babi afreka selatan, puak tu takut mampos jadi babi2 juga disaring seperti kowit 19. hanya babi2 terpilih saja dapat masuk ke singapura. Tu la suh bela babi dalam kondo x nak dulu..


Quote Samerosie 5-12-2021 03:53 PM
Grab ada deliverooo ada kat changi airport ada jual bakwa relax la boleh je orderin.
Quote sambaldurian 5-12-2021 03:56 PM
~boolean replied at 5-12-2021 03:20 PM
malaysia yang penuh islam ni pun daging babi boleh cari depan hotel...apa lah susah sangat nak cari  ...

sbb dorg kena beli duit sendiri, dorg ingat klu dh request dpt la free dari tuan rumah. klu Msia ak rs klu dorg request bagi je kot. mcm pnh dgr zmn2 kuarantin ada katerer bg babi utk yg non-muslim. tp myb dpt la lauk jenis Msia, babi masak kicap ke, babi msk merah ke. xde la dpt yg grand mcm babi guling bakar ke, bbq ala korea ke.
Quote mbhcsf 5-12-2021 04:00 PM
Edited by mbhcsf at 5-12-2021 04:01 PM

kalau malaysia,  ni skuad ni kalau  depa ngader cakap je

https://www.nst.com.my/news/nati ... halitis-alert-kedah
i think pihak Sinngapura pun tak nak ambik risiko , i am sure bebbenda cam ni pun i think pihak Singapure alert pun

sio kalau nak  complaint tu , biaq nampak ade otak lah , dah tak peka isu kesihatan and then complaint banyak ..
Quote zorrro_03 5-12-2021 04:00 PM
pokcik mengamok tak dapat makan babi. padan muka.  harap singkaypok bagi puak2 pemakan babi sayur je lepas ni.  
Quote mbhcsf 5-12-2021 04:02 PM
Edited by mbhcsf at 5-12-2021 04:04 PM

actually respectlah kepada tuan rumah, depa tu pasukan pelawat...



Lihat semua komen(75)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:48 AM GMT+8 , Processed in 0.055396 second(s), 39 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top