CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ingatkan Bunyi Lembu Disembelih, Lelaki Maut Leher Hampir Putus Terkena Mesin

3-12-2021 03:38 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3819| Komen: 26

Description: Lombok: Kejadian malang menimpa seorang lelaki apabila dia maut selepas lehernya hampir putus dipercayai terkena mesin pemotong ketika bekerja di rumahnya, di Praya, Lombok Tengah.
Lombok: Kejadian malang menimpa seorang lelaki apabila dia maut selepas lehernya hampir putus dipercayai terkena mesin pemotong ketika bekerja di rumahnya, di Praya, Lombok Tengah.


Ironinya, ketika kejadian itu berlaku, keluarga mangsa menyangka mereka terdengar bunyi ‘lembu disembelih’ dan menimbulkan rasa takut sehingga mereka mengunci pintu rumah.

Jurucakap polis Lombok tengah, Hery Indra Cahyono berkata, kejadian itu menimpa mangsa yang berusia 37 tahun pada Rabu lalu.


Foto: Utusan

“Berdasarkan hasil siasatan, mangsa dipercayai terkorban selepas lehernya terkena mesin pemotong.


“Mangsa yang merupakan mekanik bengkel didakwa sedang bekerja di rumahnya ketika kejadian berlaku,” kata Hery.

Menurut saksi iaitu adik mangsa menceritakan, abangnya sedang melakukan kerja-kerja memotong sebelum elektrik rumah mereka terpadam.

Adik mangsa memberitahu, selepas abangnya membetulkan bekalan elektrik, dia kembali menyambung kerjanya sehinggalah dia dan kakak iparnya terdengar bunyi ‘lembu disembelih’.

“Kami berasa takut selepas terdengar bunyi itu, lalu mengunci rumah tanpa menyangka itu adalah suara abang.

“Kami hanya menyedari keadaan abang selepas tidak lagi terdengar bunyi mesin tersebut dan kakak ipar menemukannya dalam keadaan luka parah di leher,” ujarnya.

Mangsa kemudiannya dikejarkan ke hospital, namun meninggal dunia akibat kecederaan parah yang dialaminya. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote apitkl 3-12-2021 04:08 PM
mcm bau ikan
Quote domestobot 3-12-2021 05:04 PM
tu lah guna lagi grinder tu jadi alat serba boleh. potong besi? potong kayu? potong leher? semua boleh bila ada grinder. tinggal nak cat rumah je tak pakai grinder.
Quote naina 3-12-2021 05:12 PM
domestobot replied at 3-12-2021 05:04 PM
tu lah guna lagi grinder tu jadi alat serba boleh. potong besi? potong kayu? potong leher? semua bol ...

Ye kan kat FB tu dah ada orang larang pakai grinder tu. Sebab kalau terlepas ke mana2 dia tuju takda signal terus zasssss. Tapi cmne dia boleh ke leher. Adoi seramnyaaa sure darah memancut tu
Quote akuchenta 3-12-2021 05:29 PM
Baca tajuk pun dah takut
Quote Artemesiaa 3-12-2021 05:40 PM
Mengerikan mesti trauma dengar suara terakhirnya tu
Quote domestobot 3-12-2021 07:30 PM
naina replied at 3-12-2021 05:12 PM
Ye kan kat FB tu dah ada orang larang pakai grinder tu. Sebab kalau terlepas ke mana2 dia tuju tak ...

bila fikir balik memang ngeri. sebab tu alat pemotong berputar yang pegang tangan camtu tak boleh guna untuk potong apa2 pun. table saw kan ada, tu mata dia fixed kat mounting dia. takde nak kickback macam grinder atau chainsaw. tapi tulah, tukang kat sini pun sekadar "alah kalau reti guna tak jadi apa lah".
Quote jiwasemangat 3-12-2021 09:42 PM
Grinder tangan tuu... rpm dia more than 10000... bahaya oooo.. dah la kecik.. kalau melayang kena leher.. putus
Quote KIM.K 3-12-2021 09:45 PM
apitkl replied at 3-12-2021 04:08 PM
mcm bau ikan

Suicide?     
Quote Jitu 3-12-2021 11:36 PM
ngerinya

grinder ni aku pernah guna potong atap adex nyaris2 nak terkena jari
Alhamdulillah tak kena
Quote Jitu 3-12-2021 11:40 PM
domestobot replied at 3-12-2021 05:04 PM
tu lah guna lagi grinder tu jadi alat serba boleh. potong besi? potong kayu? potong leher? semua bol ...

apa fungsi sebenar grinder ni ?
bapak aku selalu guna bt potong besi
aku tak minat guna grinder lg sanggup guna gergaji besi
tp pernah jugak guna masa buat rumah dulu potong kayu dgn atap

takut pulak rasa nak guna lepas ni

Quote Carcosa 3-12-2021 11:44 PM
Terus meols gugel apa itu grinder
Selalu tau Grinder tu apps mencari tooot

Utk tak OT, meols rasa mcm pelik pulak grinder tu mcm melayang ke kena leher dia. Mesti merecik2 darah
Quote forum5290 4-12-2021 01:52 AM
baca tajuk pn da skeriii....
mcmne bole melayang ke leher grinder to...
Quote kakigebang 4-12-2021 02:08 AM
grinder ni kena pasang guard dia untyk safety, tp ramai yg x pasang sbb angle memotong jd kurang, tp mmg bahaya la...
Quote musangbodoh 4-12-2021 03:57 AM
Jitu replied at 3-12-2021 11:40 PM
apa fungsi sebenar grinder ni ?
bapak aku selalu guna bt potong besi
aku tak minat guna grinder  ...

serba serbi bleh ptg..tukar mata dia yg roda tu je...kayu,batu,papan,ehhh leher  ke tangan pun sekali jalannnnn
Quote keane.somewhere 4-12-2021 05:44 AM
domestobot replied at 3-12-2021 05:04 PM
tu lah guna lagi grinder tu jadi alat serba boleh. potong besi? potong kayu? potong leher? semua bol ...

Hahaha...meols guna grinder arwah abah meols untuk potong kayu...sebab meols asah parang manual.
Quote keane.somewhere 4-12-2021 05:46 AM
domestobot replied at 3-12-2021 07:30 PM
bila fikir balik memang ngeri. sebab tu alat pemotong berputar yang pegang tangan camtu tak boleh  ...

Jarang org Malaysia nak ada table saw sebab rumah kecik...bukan macam omputih ada backyard Dan garage
Quote domestobot 4-12-2021 08:44 AM
Jitu replied at 3-12-2021 11:40 PM
apa fungsi sebenar grinder ni ?
bapak aku selalu guna bt potong besi
aku tak minat guna grinder  ...

angle grinder ni guna untuk kerja2 finishing, cam nak buang sisa2 besi yang masih ada lepas potong lah. ataupun nak polish permukaan logam. tak boleh nak pakai untuk jadi alat serba boleh dan serba memotong ni. bukan je kalau terlepas, tapi mata grinder tu pun boleh pecah. dah lah dengan sesetengah pengguna grinder ni kalau boleh nak cabut juga guard yang lindung daripada serpihan terbang tu. agaknya sebab mata grinder tu pecah dan serpihan dia terkena leher orang ni lah yang menyebabkan dia mati. tapi tulah, tukang2 profesional mahupun sekadar hobi rata2 lebih suka pakai grinder sebab senang bawa, pastu nak potong bahan pun lambat je. dapat lari dari bini lama sikit
Quote Belibis 4-12-2021 12:44 PM
Tiba2 ada orang sembelih lembu?? Logik la sikit..takde rasa curiga kangsung.
Quote Jitu 4-12-2021 01:37 PM
musangbodoh replied at 4-12-2021 03:57 AM
serba serbi bleh ptg..tukar mata dia yg roda tu je...kayu,batu,papan,ehhh leher  ke tangan pun sek ...

biasa buat potong besi tp seram pulak rasa nak guna dah

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:36 PM GMT+8 , Processed in 0.352553 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top