CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Saman Doktor, Dakwa Kelahirannya Tak Patut Berlaku

3-12-2021 03:48 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2874| Komen: 8

Description: Seorang wanita berjaya memenangi tuntutan saman bernilai jutaan pound terhadap doktor kepada ibunya kerana membenarkan proses kelahirannya berlaku.
Seorang wanita berjaya memenangi tuntutan saman bernilai jutaan pound terhadap doktor kepada ibunya kerana membenarkan proses kelahirannya berlaku.

Evie Toombes, 20, yang menderita penyakit spina bifida iaitu kecacatan tulang belakang terpaksa menjalani rutin harian dengan bergantung hidup terhadap saluran tiub.

Plaintif mendakwa sekiranya doktor kepada ibunya, Dr. Philip Mitchell menasihati ibunya mengambil ubat asid folik bagi mengurangkan risiko kecacatan tulang belakang terhadap bayi yang bakal dilahirkan, sudah tentu ibunya akan menangguhkan kehamilan tersebut.


Evie, Foto: Agensi

Wanita itu mendakwa doktor tersebut gagal memberikan nasihat yang betul kepada ibunya ketika hamil.

Hakim Rosalind Coe QC dalam penghakimannya di Mahkamah Tinggi London memutuskan ibu plaintif sepatutnya menerima nasihat yang betul supaya menangguhkan percubaan untuk mengandung.

“Dalam keadaan itu, anak yang dilahirkan sepatutnya sihat dan normal seperti bayi lain,” katanya yang memberikan hak ganti rugi yang besar kepada plaintif.

Peguam kepada Evie berkata, jumlah ganti rugi yang sebenar belum diputuskan, namun berkemungkinan jumlah yang besar kerana plaintif perlu menampung kos keperluan penjagaan sepanjang hayatnya.

Ibu kepada Evie sebelum ini memberitahu mahkamah, sekiranya Dr. Mitchell menasihatinya dengan betul, sudah tentu dia akan menangguhkan hasrat untuk mengandung.

“Saya dinasihatkan jika saya mempunyai diet yang baik sebelum ini, saya tidak perlu mengambil asid folik,” katanya kepada hakim.

Keputusan mahkamah itu sekali gus bermakna seorang profesional di fasiliti kesihatan boleh dipertanggungjawabkan terhadap nasihat yang tidak betul sehingga mengakibatkan kelahiran bayi dengan keadaan kesihatan yang serius.-CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mbhcsf 3-12-2021 04:05 PM
lerr pulak...i mean ...apa jadi kat mak dia sebelum tu - anorexic ke? atau ade masalah pemakanan yg lain yg buatkan dia tak cukup folic..??

alahai dah nak jadi tu  kuasa ALLAH  SWT, ade je yg makan acid folic lewat tapi tak der ape ape pun ada yg makan ...dia ni pun...

tapi i sokong lah duit diberikan pada wanita Evie ni sebab  kecacatan  sarat tunjang spina bifida dia tu memang sepanjang hayat. So eloklah tapi i tak setuju sampai saman doktor tu...
Quote mbhcsf 3-12-2021 04:11 PM
Edited by mbhcsf at 3-12-2021 04:15 PM

A 20-year-old woman in UK sues her mother's doctor for allowing her to be born, wins millions in damage

Read more at:
https://economictimes.indiatimes ... &utm_campaign=cppst

kalau u baca article in English

you 'd know that - dia tak menjadika kecacatan tu sebagai penghalang dia untuk melakukan aktiviti seharian termasuk bersukan - dia involved dalam sukan berkuda lagi...

well...


i rasa kalau diikutkan article tu , you could sense the amrah , amarah kepada siapa ? kat Tuhan susah sket kan ..so blaming on the next human lah ...i think she is arrested at the stage of anger ni kalau ikut Kubbler Ross....tapi tulah.. I yg musykil - apa status kesihatan mak dia sebelum ni, sellunya mak yg drug addict atau alcoholic akan malnourished...so dalam article tu tak sebut mak dia sakit ape?

The 20-year-old claimed that had the doctor told her mother she needed to take folic acid supplements to overcome the risk of spina bifida affecting her baby, she would have put off getting pregnant. Meaning? Toombes would have never been born.


  
well ada frasa HAD....
"Had Evie's mother been 'provided with the correct recommended advice, she would have delayed attempts to conceive," the judge ruled, adding "In the circumstances, there would have been a later conception, which would have resulted in a normal healthy child."

The verdict is considered as ground-breaking since it means that healthcare professionals can be held responsible for giving misleading pre-conceptive advice which results in the birth of a child with a serious health issue.
< ..

Read more at:
https://economictimes.indiatimes ... &utm_campaign=cppst





Quote Orangelily 3-12-2021 04:12 PM
mak heavy smoker kot
Quote Cik_jantung 3-12-2021 07:23 PM
Edited by Cik_jantung at 17-1-2022 04:35 PM

...........
Quote Carcosa 3-12-2021 11:37 PM
Meols pun terkejut baca news ni
Lagi satu, ada bukti lah ye, DR tu ckp takpayah ambik folic asid? Tu yg smp menang saman tu.
Quote keane.somewhere 4-12-2021 07:12 AM
mbhcsf replied at 3-12-2021 04:11 PM
A 20-year-old woman in UK sues her mother's doctor for allowing her to be born, wins millions in dam ...

So uols nak tukar kepada profession lawyer ke?
Quote missyL 4-12-2021 07:55 AM
Mak die xmkn acid folic ke..
Nape Dr die x soh mkn jgk.
I mase pregnant misi mmg tekan kn soh mkn acid folic nie.
Setiap kli check up akan tnye.

Cm pelik Dr negara maju cmnie.
Quote missyL 4-12-2021 07:56 AM
Cntik evie nie...

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:33 PM GMT+8 , Processed in 0.045118 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top