CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Andi Bernadee Keluar Masuk Balai Polis

3-12-2021 12:15 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2419| Komen: 12

Kes dakwaan penipuan melibatkan kerugian wang berjumlah RM70,000 milik penyanyi Andi Bernadee yang dilaporkan Julai lalu nampaknya masih belum selesai.

Andi atau nama sebenarnya, Andi Azrul Andi Mapangile, 30, berkata, kes tersebut masih dalam siasatan dan berharap individu terlibat segera dibawa ke muka pengadilan.

Foto: IG

"Saya dah pergi ke balai polis sebanyak tiga kali untuk selesaikan siasatan sebab semua bukti telah diserahkan kepada mereka. Tetapi disebabkan ada perubahan pegawai penyiasat (IO), jadi saya terpaksa datang ke balai polis sekali lagi untuk beri keterangan.

"Sekarang pihak polis dalam proses melengkapkan beberapa dokumen lagi dan saya menunggu tarikh sebutan mahkamah untuk kes ini.


“Cuma saya harap pihak berwajib mempercepatkan proses kes ini sebab dah lama sangat, sejak bulan Julai lagi," katanya kepada mStar.



Terdahulu, Andi memuat naik video di Instastory menunjukkan dia berada di Ibu Pejabat Polis (IPD) Seksyen 11, Shah Alam bersama peguamnya, Faizal Rahman.

Sementara itu, penyanyi lagu Kais Pagi Kais Petang itu reda dengan apa yang berlaku dan menganggap apa yang terjadi mempunyai hikmah tersendiri.

Namun katanya, apa yang berlaku itu satu pengajaran buat dia agar tidak terlalu mempercayai seseorang.



"Saya terima je apa yang berlaku, tetapi saya percaya semuanya ada hikmah. Kalau dia tak kantoi (tertangkap) hari ini, mungkin akan kantoi tahun depan kan?

"Lebih baik dia kantoi tahun ini sebab kita ada banyak projek yang lebih besar pada tahun hadapan. Macam saya cakap sebelum ini, saya memang tak akan maafkan dia sampai bila-bila.

"Sebab duit itu semua hasil titik peluh saya sendiri, dalam rezeki saya ada rezeki untuk mak, ayah dan adik-adik yang bersekolah," ujarnya.



Menerusi laporan mStar pada 25 Ogos lalu, Andi mendakwa ditipu rakan baik yang juga pembantu peribadinya sehingga kerugian sebanyak RM70,000.

Susulan itu dia membuat laporan di Ibu Pejabat Balai Polis (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur.

Dakwa Andi, individu tersebut menggunakan aplikasi WhatsApp miliknya untuk berkomunikasi berkaitan urusan kerja yang melibatkan transaksi bayaran. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 3-12-2021 02:54 PM
nauzubillah min zalik... punya la sendu dan dah lama jugak tak nampak berita heols... iols skroll2 tengok gambar tadi ingat kontraktor hendon bancuh simen mana plak ni??? atau kelindan lori sawit pati yang suka tinggal lori tepi jalan dan bertempiaran lari sebab ada roadblock...

rupanya heols ni yach yang pernah jadi hero drama tv3... nauzubillah min zalik..
tak sesuai sangat heols jadi hero dalam drama... sebab muka heols ni sesuai jadi hero dayak atau suku bajau je...
Quote LembingDayanti 3-12-2021 02:58 PM
zaman dah berlalu
Quote mizruncing 3-12-2021 03:19 PM
lahhh macam mana la boleh tertipu dengan member/PA sendiri. 70k tu kena tipu
Quote bambimbom 3-12-2021 05:11 PM
Kais pagi makan pagi
Kais petang makan petang
Masih mencari rezeki
Demi hidup senang lenang

Sekali kena tipu dengan kawan. aku doakan kawan ko hidup susah psl dah menyusahkan orang
Quote supermum 3-12-2021 05:13 PM
dudaberhias replied at 3-12-2021 02:54 PM
nauzubillah min zalik... punya la sendu dan dah lama jugak tak nampak berita heols... iols skroll2 t ...

Eskius me? Ada apa dengan hero dayak? Henry Golding tu pun dayak, aman-aman heols mendunia kat Hollywood sana
Quote Acikgomen 3-12-2021 05:50 PM
dudaberhias replied at 3-12-2021 02:54 PM
nauzubillah min zalik... punya la sendu dan dah lama jugak tak nampak berita heols... iols skroll2 t ...

Heyyyyy acik suka heshe comel hokeh
Quote takayama 3-12-2021 06:24 PM
x settle lg case dia ni
moga dipermudahkn dan pelaku mendpt hukuman setimpal
Quote Mulotkoyak 3-12-2021 10:50 PM
dudaberhias: nauzubillah min zalik... punya ...

Haha tersembul my enzyme amylase ke ruang udara. Uols tgk muke cm indon. Iols tgk mcm kaum penan and sakai. Ala ala org asli pahang di rompin tuh. Ehhh...
Quote ketipongtipah 3-12-2021 11:00 PM
dudaberhias replied at 3-12-2021 02:54 PM
nauzubillah min zalik... punya la sendu dan dah lama jugak tak nampak berita heols... iols skroll2 t ...

dengan rambut cam wig beli kt Sg Wang Plaza kejong githew.
Quote Normabaru 4-12-2021 03:27 AM
dudaberhias replied at 3-12-2021 04:54 PM
nauzubillah min zalik... punya la sendu dan dah lama jugak tak nampak berita heols... iols skroll2 t ...

hahahha br nk ckp benda sama..lnama xblh blah..acah acah swag habis la tu..walhal so so mcm sinyu doraemon je kaka tgk..choyy
Quote Normabaru 4-12-2021 03:29 AM
mizruncing replied at 3-12-2021 05:19 PM
lahhh macam mana la boleh tertipu dengan member/PA sendiri. 70k tu kena tipu

dh kaluuu pa merangkap boyfie..mau nye xbg access duit segala.dh putuih so semua ko charge as tipu..haha..tipikal
Quote sranua 6-12-2021 10:56 AM
Sbb duit..putus sahabat.

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 03:52 AM GMT+8 , Processed in 0.093895 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top