CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anak Kecil Dibawa Lari, Ibu Bergelut Dengan Harimau Bintang Tanpa Guna Apa-Apa Senjata

3-12-2021 11:08 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2488| Komen: 18

Seorang wanita dari Kampung Badi Jhiriya di Madhya Pradesh, India menjadi sebutan ramai apabila berani melawan seekor harimau bintang tanpa apa-apa senjata demi menyelamatkan anaknya.


Ketika kejadian, wanita bernama Kiran dari suku kaum Baiga itu sedang duduk mengelilingi unggun api bersama tiga anaknya di luar pondok mereka.

Dalam sekelip mata, seekor harimau bintang muncul secara tiba-tiba dan melarikan seorang anak kecilnya, Rahul.


Foto: India.com

Tanpa berfikir dua kali, Kiran segera menyuruh dua lagi anak lelakinya masuk ke dalam pondok, manakala dia sendiri memburu haiwan berkenaan yang melarikan anak kecilnya ke dalam hutan.


Kiran hanya menggunakan sebatang kayu untuk menakut-nakutkan haiwan berkenaan.

"Harimau bintang itu mungkin takut dengan keberanian Kiran dan ia meninggalkan kanak-kanak itu.

"Ketika Kiran segera memeluk Rahul, haiwan itu sekali lagi menyerangnya. Bagaimanapun, Kiran nekad bergelut dan berjaya membuatkan haiwan berkenaan lari," kata pegawai itu.

Kedua-dua beranak itu selamat, namun Rahul mengalami kecederaan luaran. - CARI

Sumber: mStar/India.com

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote xtravaganza 3-12-2021 10:17 PM
Nekad btl mak dia. Salute!
Quote sweetrevenge16 4-12-2021 12:17 AM
Hebat mak dia..demi anak dia
Quote Babai 4-12-2021 12:21 AM
sweetrevenge16 replied at 4-12-2021 12:17 AM
Hebat mak dia..demi anak dia

Bukan semua mak macam tu.
Quote forum5290 4-12-2021 02:17 AM
bravoooo...
seorang ibu y hebat...
ibu smpai sggop bgadai nyawe demi anak...
Quote jahcomel 4-12-2021 10:16 AM
Tabik pd ibu nih....
Quote TOPwind 4-12-2021 10:34 AM
sepatunya diberi saguhati wang krn keberanian dan Ibu penyayang
Quote Artemesiaa 4-12-2021 11:08 AM
Syabas Aci bukan semua orang ada keberanian macam tu
Quote Supersirap 4-12-2021 11:16 AM
Kasi respect sikit pada kaum ibu yang sangat berani dan sanggup bergadai nyawa demi anak
Quote Belibis 4-12-2021 12:36 PM
Ada sorang tu..umah terbakar,lari sorang2,tinggal anak.
Quote mejaputih 4-12-2021 01:39 PM
Hebatnya ibu ini. Sayangnya dia pada anaknya. Kot lps ni ada movie psl ni..
Quote kemaruk 4-12-2021 01:40 PM
sian harimau binatang
Quote keane.somewhere 4-12-2021 01:47 PM
Ya Allah kasih Ibu sampai ke hujung nyawa.
Quote exclusive_vvip 4-12-2021 02:10 PM
teringat plak iols kat siti nurhanim mak pada syafiah humaira yg kena bunuh dgn bf siti nurhanim tu sendiri…b*b* punya mak, dia side jantan keparat tu..
Quote ellejo 4-12-2021 02:12 PM
aku boleh bayangkan dia berlari ala-ala kajol terjerit jerit Rahul! Rahul! Mera Bacha!
Quote keane.somewhere 4-12-2021 02:15 PM
exclusive_vvip replied at 4-12-2021 02:10 PM
teringat plak iols kat siti nurhanim mak pada syafiah humaira yg kena bunuh dgn bf siti nurhanim tu  ...

Ummah kita kasih bini hingga ke hujung nyawa
Quote Jitu 4-12-2021 02:21 PM
berani mak dia
aku pernah terserempak dgn kucing hutan besar kelam kabut aku lari
Quote makadek 4-12-2021 02:33 PM
Aku terdengar anak2 aku sembang dgn kawan sek aka kawan sepermainan

Ko tk bg tau mak ko ke pasal cikgu ckp kat ko mcm ni mcm tu

Kalau kiteorg terus ckp kt mak kiteorg
Nanti mak aku terus gi serang


Hamboiiii
Rekod2 sblm ni sapa cuit anak2 aku
Mmg kena sembah maharani kat i tawww
Quote RinIna 6-12-2021 11:02 AM
Tiba2 ibu menjadi power disebabkan kasih syg terhadap anak tidak berbelah bagi... gituuu

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 11:30 AM GMT+8 , Processed in 0.050506 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top