CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kes Pertama Varian Omicron Dikesan Di Malaysia

3-12-2021 12:10 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10158| Komen: 194

Description: Kuala Lumpur: Kes pertama positif varian yang dibimbangi (VOC) Omicron telah dikesan di Malaysia.
Kuala Lumpur: Kes pertama positif varian yang dibimbangi (VOC) Omicron telah dikesan di Malaysia.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dalam sidang media hari ini memaklumkan kes melibatkan seorang pengembara bukan warganegara berusia 19 tahun yang tiba dari Afrika Selatan melalui Singapura pada 19 November 2021 dan telah menjalani ujian RT-PCR COVID-19 setibanya di PMA KLIA.


Beliau merupakan seorang pelajar di sebuah universiti swasta di Ipoh, Perak.

Foto: Awani

Kes telah diberi Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di bawah Seksyen 15, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) dan menjalani kuarantin wajib di penginapan yang disediakan oleh pihak universiti di Ipoh.


Perjalanan kes dari KLIA ke Ipoh adalah menggunakan bas yang disediakan khas oleh pihak universiti.

Kes menjalani kuarantin seorang diri di penginapan tersebut dan berdasarkan siasatan yang dijalankan, beliau patuh kepada perintah yang dikeluarkan. -CARI

Sumber: Awani

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stingergrabs 3-12-2021 12:12 PM
Edited by stingergrabs at 3-12-2021 12:13 PM

Semua SOP guidelines are in placed...not to worry , assured KJ....

Sure.....

Kahkahkahkah
Quote ElmoRed 3-12-2021 12:13 PM
Ipta ipoh apa je ek? Yutii Pi?
Quote stingergrabs 3-12-2021 12:15 PM
Apa pulak vaksin COMBO(mixture)mau cucuk lepas ini?
Quote zacks 3-12-2021 12:17 PM
ElmoRed replied at 3-12-2021 12:13 PM
Ipta ipoh apa je ek? Yutii Pi?

IPT di Perak

QUEST university
UTAR
UTP
Quote Kurex 3-12-2021 12:18 PM
Tutup sempadan la oiiii
Quote stingergrabs 3-12-2021 12:21 PM
Kurex replied at 3-12-2021 12:18 PM
Tutup sempadan la oiiii

Omicron senyum meleret.........



Kahkahkahkahkah
Quote lattehazelnut 3-12-2021 12:25 PM
So org sama flight, airline staff, pemandu bas, penumpang bas lain sume da test x?
Quote shiraloveyou 3-12-2021 12:35 PM
Kang nnt time2 nak raya la baru kau terkial2 nak lockdown bagai...cettt
Quote Artemesiaa 3-12-2021 12:35 PM
Ramai dah menjangka
Quote Belibis 3-12-2021 12:35 PM
Tokey beksin dah mula ambik calculator.
Quote Acikgomen 3-12-2021 12:38 PM
Tutup sempadan negeri balik pls
Quote stingergrabs 3-12-2021 12:40 PM
Acikgomen replied at 3-12-2021 12:38 PM
Tutup sempadan negeri balik pls

PRN SARAWAK itewww....
Quote lurve82 3-12-2021 12:41 PM
Jgn nk memandai2 pkp balik eh..aku nak blik raya kat ganu..2 thn dah tak balik raya…
Quote pu3_rania 3-12-2021 12:42 PM
Yang di bimbang kan dah menjelma
Di laporkan dah completed 2nd dose iaitu Pfizer
Quote Acikgomen 3-12-2021 12:43 PM
lurve82 replied at 3-12-2021 12:41 PM
Jgn nk memandai2 pkp balik eh..aku nak blik raya kat ganu..2 thn dah tak balik raya…

Acik plak #teamtutupsempadan sbb adik ipaq acik nak dtg kl pulakkkkk Xmas neh
Quote lurve82 3-12-2021 12:45 PM
Acikgomen replied at 3-12-2021 12:43 PM
Acik plak #teamtutupsempadan sbb adik ipaq acik nak dtg kl pulakkkkk Xmas neh

Adik ipaq dari south apreka ka acik? Cuti xmas iols lom ada plan lg..eh iols blm coti2 Malaysia lg tawww...dah omicron omnivor plak yg dtg...
Quote prettyuglybabe 3-12-2021 12:54 PM
tak payah nak terperanjat la macam-macam varian ada kat malaysia ni..
penguatkuasaan sempadan mana pernah strict pun..
so gi la balik raya sekarang..
sebelum menangis di bucu katil di pagi aidilfitri nanti
Quote mbhcsf 3-12-2021 12:54 PM
oh my god....

so dalam plane dia tu semue berisiko dijangkiti Omicron - tapi dikatakan dia dari South Africa - Spore - Malaysia...ngerinye...

Quote harkktuih 3-12-2021 12:55 PM
Ipts kat ipoh quest University lah kan? Sbb pernah join career kat sana, byk gak student foreigners

Lihat semua komen(194)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 06:15 PM GMT+8 , Processed in 0.235953 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top