CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penyampai Radio Dipenjara Akibat Dadah, Kirim Nota Minta Peminat Bersabar

2-12-2021 11:30 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4211| Komen: 26

Penyampai radio dan pengasas Bapakku FM, Isma Halil Hamzah meminta peminat terus menyokong dan bersabar berikutan kehilangannya menggalas tugas untuk ke udara menghiburkan pendengar.


Menerusi nota ringkas dikirim kepada peguamnya, Ahmad Zaharil Muhaiyar dan Adi Zulkarnain, Isma yang difahamkan kini berada di Penjara Sungai Buloh turut meminta maaf terhadap apa yang sudah berlaku.

 "Terima kasih kepada semua sahabat yang saya ada. Dan saya sihat adanya di Sungai Buloh ini. Demi Allah, saya tidak seperti berita negatif yang terfitnah kepada saya. 

"Maafkan saya sebab tidak ke udara lagi. Sabarlah semua sahabat. Berpisah adalah untuk bertemu lagi. Terima kasih kerana menyokong saya," katanya.

 Nota ringkas ini diberikan Isma Halil kepada Ahmad Zaharil Muhaiyar dan Adi Zulkarnain semasa kedua-dua mereka bertemu dengannya, kelmarin. 


Terdahulu, Isma ditahan reman di Penjara Sungai Buloh di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya yang mana jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman mati mandatori.


Foto: Harian Metro

Ahmad Zaharil pula berkata, Isma baharu dituduh dan belum lagi dibicarakan mahupun disabit kesalahan lagi untuk pertuduhan yang dikenakan ke atasnya. 

"Berikutan itu, saya mohon semua pihak tidak menimbulkan sebarang spekulasi lagi selepas ini.

"Untuk makluman semua, sebutan di Mahkamah Majistret Jalan Duta ditetapkan pada 15 Disember ini untuk laporan Jabatan Kimia. 

"Jika laporan itu sudah siap, maka kes akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan (kes ini hanya boleh dibicarakan di Mahkamah Tinggi sahaja)," katanya 

Berita berkenaan Isma Halil terkait penyalahgunaan barangan terlarang mula diperkatakan pada September lalu berikutan tersebar dakwaan mengenai seorang penyampai radio ditahan pihak polis selepas didapati memiliki dadah jenis ganja.

Menurut laporan pihak polis, suspek ditahan di kediamannya di ibu kota kerana memiliki dadah jenis ganja seberat 447.44 gram yang sudah diasing-asingkan kepada 22 paket plastik.  -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 2-12-2021 12:21 PM
kat IG ramai yg memuji2 dia ni tp kat porem ni ramai yg makikan dia.. geram je aku nk suruh deols masuk porem baca kisah psl dia nih baru tau baik ke jahat si IH ni
Quote kakikuDibibirmu 2-12-2021 12:31 PM
Pengedar dadah selayaknya lah mampos sahaja, no Al Fatihah for you
Quote lattehazelnut 2-12-2021 01:49 PM
Ada story ke sblm ni
Quote mbhcsf 2-12-2021 01:54 PM
i tak dengar radio ni. no idea about him.
Quote djzara81 2-12-2021 01:56 PM
Kat penjara agak2 dia pakai tak kain hitam lilit kepala tu? Pnh terbaca yg dia pakai kain tu sbb ada amalkan sesuatu. Tak berani nak tuduh..
Quote batmana 2-12-2021 02:14 PM
klu 1 paket tu skeptikal sket..ni smpai 22 paket

Quote eyansss 2-12-2021 02:20 PM
chinta89 replied at 2-12-2021 12:21 PM
kat IG ramai yg memuji2 dia ni tp kat porem ni ramai yg makikan dia.. geram je aku nk suruh deols ma ...

apa kisah gelap beliau?
Quote supernaturalee 2-12-2021 02:21 PM
ala bang isma
kenapa jd gini

my fav dj masa di radio muzik suatu ketika dulu
suara heols dan celoteh mmg layan

Quote chinta89 2-12-2021 02:43 PM

ada satu thread tu psl IH. mulut lancang mrh pendengar radio. kes ambik bini org dan kebas duit dlm jumlah yg byk, dan dia mcm ada ilmu ape ntah sb dia selalu pakai yg lilit2 kat kepala dia menurut porumer dlm ni.

ada sesiapa yg blh bg link thread, blh baca balik kisah tu.
Quote missbigrockstar 2-12-2021 02:55 PM
Dadah perosak bangsa
Quote VirusDetected 2-12-2021 02:56 PM
harap smpt bertaubat
Quote eLiaD 2-12-2021 03:04 PM
siap smpi kn amanat cinta pd penyokong dr penjara Sg buluh
ko mampu??
takk?
lemahhhh!
RiP
Quote ChildrenOfBodom 2-12-2021 03:20 PM
Gantung sampai mamposs
Quote Supersirap 2-12-2021 03:40 PM
Sila jauhi najis dadah ni
Quote umbut 2-12-2021 06:27 PM
Dia ni kalau sembang bercakap bagi nasihat mcm good2 je. Sekali tak leh pakai. Jgnler kita percaya org2 yg acah2 lobai tapi munafik
Quote renko 2-12-2021 06:43 PM
Yg sokong dia ni puak lalok bani ganja je...sambil meroyan byk negara legalize untuk perubatan..tp puak bahalol ni guna untuk lalok..perubatan kakak dia lah...bahalol punya puak dadah
Quote Kitty_catz 2-12-2021 06:49 PM
peminat? saper ni.. sikit haku tak kenai

whoryussss?
Quote cashewnut 2-12-2021 06:53 PM
Penjual najis dadah sila merepot dan pi mamxxx
Quote Belibis 2-12-2021 06:53 PM
mbhcsf: i tak dengar radio ni. no idea ...

Hauk jer ' bapakku fm' ni..banyak mencelah masa lagu tengah on..banyak lagu rock kapak
Xpdc,amuk...lebih kurang macam masa dua kat stesen muzik fm.sekian laporan dari azis kota.

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-1-2025 05:36 PM GMT+8 , Processed in 0.101194 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top