View: 2877|Reply: 26
|
Penyampai Radio Dipenjara Akibat Dadah, Kirim Nota Minta Peminat Bersabar
[Copy link]
|
|
Penyampai radio dan pengasas Bapakku FM, Isma Halil Hamzah meminta peminat terus menyokong dan bersabar berikutan kehilangannya menggalas tugas untuk ke udara menghiburkan pendengar.
Menerusi nota ringkas dikirim kepada peguamnya, Ahmad Zaharil Muhaiyar dan Adi Zulkarnain, Isma yang difahamkan kini berada di Penjara Sungai Buloh turut meminta maaf terhadap apa yang sudah berlaku.
"Terima kasih kepada semua sahabat yang saya ada. Dan saya sihat adanya di Sungai Buloh ini. Demi Allah, saya tidak seperti berita negatif yang terfitnah kepada saya.
"Maafkan saya sebab tidak ke udara lagi. Sabarlah semua sahabat. Berpisah adalah untuk bertemu lagi. Terima kasih kerana menyokong saya," katanya.
Nota ringkas ini diberikan Isma Halil kepada Ahmad Zaharil Muhaiyar dan Adi Zulkarnain semasa kedua-dua mereka bertemu dengannya, kelmarin.
Terdahulu, Isma ditahan reman di Penjara Sungai Buloh di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya yang mana jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman mati mandatori.
Foto: Harian Metro
Ahmad Zaharil pula berkata, Isma baharu dituduh dan belum lagi dibicarakan mahupun disabit kesalahan lagi untuk pertuduhan yang dikenakan ke atasnya.
"Berikutan itu, saya mohon semua pihak tidak menimbulkan sebarang spekulasi lagi selepas ini.
"Untuk makluman semua, sebutan di Mahkamah Majistret Jalan Duta ditetapkan pada 15 Disember ini untuk laporan Jabatan Kimia.
"Jika laporan itu sudah siap, maka kes akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan (kes ini hanya boleh dibicarakan di Mahkamah Tinggi sahaja)," katanya
Berita berkenaan Isma Halil terkait penyalahgunaan barangan terlarang mula diperkatakan pada September lalu berikutan tersebar dakwaan mengenai seorang penyampai radio ditahan pihak polis selepas didapati memiliki dadah jenis ganja.
Menurut laporan pihak polis, suspek ditahan di kediamannya di ibu kota kerana memiliki dadah jenis ganja seberat 447.44 gram yang sudah diasing-asingkan kepada 22 paket plastik. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
kat IG ramai yg memuji2 dia ni tp kat porem ni ramai yg makikan dia.. geram je aku nk suruh deols masuk porem baca kisah psl dia nih baru tau baik ke jahat si IH ni |
|
|
|
|
|
|
|
Pengedar dadah selayaknya lah mampos sahaja, no Al Fatihah for you |
|
|
|
|
|
|
|
i tak dengar radio ni. no idea about him. |
|
|
|
|
|
|
|
Kat penjara agak2 dia pakai tak kain hitam lilit kepala tu? Pnh terbaca yg dia pakai kain tu sbb ada amalkan sesuatu. Tak berani nak tuduh.. |
|
|
|
|
|
|
|
klu 1 paket tu skeptikal sket..ni smpai 22 paket
|
|
|
|
|
|
|
|
ala bang isma
kenapa jd gini
my fav dj masa di radio muzik suatu ketika dulu
suara heols dan celoteh mmg layan
|
|
|
|
|
|
|
|
ada satu thread tu psl IH. mulut lancang mrh pendengar radio. kes ambik bini org dan kebas duit dlm jumlah yg byk, dan dia mcm ada ilmu ape ntah sb dia selalu pakai yg lilit2 kat kepala dia menurut porumer dlm ni.
ada sesiapa yg blh bg link thread, blh baca balik kisah tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dadah perosak bangsa |
|
|
|
|
|
|
|
siap smpi kn amanat cinta pd penyokong dr penjara Sg buluh
ko mampu??
takk?
lemahhhh!
RiP |
|
|
|
|
|
|
|
Sila jauhi najis dadah ni |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni kalau sembang bercakap bagi nasihat mcm good2 je. Sekali tak leh pakai. Jgnler kita percaya org2 yg acah2 lobai tapi munafik |
|
|
|
|
|
|
|
Yg sokong dia ni puak lalok bani ganja je...sambil meroyan byk negara legalize untuk perubatan..tp puak bahalol ni guna untuk lalok..perubatan kakak dia lah...bahalol punya puak dadah |
|
|
|
|
|
|
|
peminat? saper ni.. sikit haku tak kenai
whoryussss? |
|
|
|
|
|
|
|
Penjual najis dadah sila merepot dan pi mamxxx |
|
|
|
|
|
|
|
mbhcsf: i tak dengar radio ni. no idea ...
Hauk jer ' bapakku fm' ni..banyak mencelah masa lagu tengah on..banyak lagu rock kapak
Xpdc,amuk...lebih kurang macam masa dua kat stesen muzik fm.sekian laporan dari azis kota. |
|
|
|
|
|
|
| |
|