CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

26 Orang Kampung Buta Selepas Bedah Katarak, Akhirnya Mata Terpaksa Dibuang

2-12-2021 11:55 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1783| Komen: 8

Description: New Delhi: Seramai 26 penduduk kampung buta selepas menjalani pembedahan membuang katarak di kem kesihatan percuma anjuran sebuah hospital swasta di Bihar.
New Delhi: Seramai 26 penduduk kampung buta selepas menjalani pembedahan membuang katarak di kem kesihatan percuma anjuran sebuah hospital swasta di Bihar.


Keadaan itu mencetuskan bantahan keras dengan waris mangsa meminta pampasan sebagai ganti rugi.

Portal Gulf News melaporkan, keadaan itu menyebabkan sembilan penduduk kampung terpaksa menjalani pembedahan mengeluarkan mata kerana mengalami jangkitan, kata pegawai kesihatan pada Selasa.


Foto: Gulf News


Kem itu dianjurkan oleh hospital mata swasta di bandar Muzaffarpur, pada 22 November lalu.

Seramai 65 penduduk kampung pergi ke hospital untuk pemeriksaan dan selepas itu mereka diminta menjalani pembedahan katarak.

Selepas itu, semua mereka menjalani pembedahan di hospital itu seorang demi seorang.

Tidak lama selepas pembedahan, semua pesakit mula mengadu sakit di mata mereka dan jangkitan teruk.

Tetapi aduan sebahagian besar daripada mereka tidak diendahkan sebelum pesakit dikejarkan ke hospital di kawasan kejiranan atau di Patna.

Di sana, doktor mendapati jangkitan teruk pada mata mereka.

Saudara-mara yang marah kemudiannya membuat bantahan di jalanan dan bertemu pakar bedah awam tempatan yang meminta tindakan diambil terhadap hospital terbabit.

"Kami mendapat tahu semua orang yang menjalani pembedahan katarak mengalami jangkitan teruk dan doktor mencadangkan untuk membuang mata yang dijangkiti itu.

"Satu jawatankuasa khas dibentuk membabitkan tiga orang pakar untuk meneliti perkara ini," kata pakar bedah awam daerah Muzaffarpur, Dr Vinay Kumar Sharma kepada media pada Selasa.

Beliau berkata, tindakan itu akan diambil terhadap mereka yang melakukan kesalahan selepas mendapat laporan siasatan.

Pakar bedah awam hampir terkejut apabila saudara-mara sembilan pesakit memaklumkan mengenai mata dibuang kerana jangkitan akibat pembedahan yang gagal.

Seorang mangsa, Meena Devi berkata, dia berasa sangat sakit pada matanya selepas pembedahan tetapi apabila dia menghubungi doktor, dia diberikan suntikan penahan sakit dan dibenarkan keluar keesokan harinya.

"Apabila saya pergi ke hospital keesokan harinya (24 November), doktor menegur saya kerana cuai.

"Apabila saya membantah keras, mereka mencadangkan supaya mata yang dijangkiti itu dibuang," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 2-12-2021 12:20 PM
knapa la sampai jd mcm ni...
Quote KamikuP 2-12-2021 03:22 PM
Slumdog millionaire is true yuolls
Quote sharlenetexas 2-12-2021 03:29 PM
Klinik yg scam atau pesakit yg poor sanitation dan penjagaan lepas bedah?
Quote mbhcsf 2-12-2021 04:06 PM
oh my god....horriblenya....depa ni kesian le...macam mane opthalmologist tu trained?? teruk ye skill depa
Quote Lagubestbest 2-12-2021 05:25 PM
i penah tgok documentary africa.. doktor buat popup clinic dua tiga bulan macam tu.. ramai gak ar pergi bedah. bertahun tak nampak mata terus terang. memang jadi ar doktor tu bedah, tapi tapi tu ah, lepas bedah dok sat jumpa doktor puji2 doktor terus balik rumah beribu batu bila sampai dengan rumah takde lantai nye, laman rumah takat tanah merah cmtu. doktor tu pun takde pesan apa-apa lepas bedah kena rest sebulan dua ke apa, yg i tengok time nenek tu balik ramai sambut siap kanak2 buat circle menari2.
Quote Artemesiaa 2-12-2021 06:16 PM
Dr masih dalam latihan ke lakukan sampai hasilnya jadi macam tu
Quote umbut 2-12-2021 06:23 PM
Ko x mampu buat tapi nak bagi operate percuma. Pastu habis mata org. X pasal2 buta.
Quote mizzmimi 2-12-2021 06:59 PM
Gile.. Bole kire negligence ke ne?

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 01:32 AM GMT+8 , Processed in 0.362152 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top