CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Askar Didakwa Dibuli Dalam Kem-Dipukul Dengan Senior, Duit Gaji Habis Kena 'Paw'

2-12-2021 12:24 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3623| Komen: 25

Description: Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan melakukan siasatan segera dakwaan seorang individu yang memaklumkan adiknya menjadi mangsa buli dan dera di sebuah kem.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan melakukan siasatan segera dakwaan seorang individu yang memaklumkan adiknya menjadi mangsa buli dan dera di sebuah kem.


Hishammuddin dalam satu hantaran di laman Facebooknya hari ini meminta individu tersebut untuk membuat laporan terus kepada pihaknya dengan segera.

Jelas beliau, individu tersebut tidak perlu bimbang kerana identitinya akan dirahsiakan.


Foto: Twitter

“Mohon individu disebalik mesej ini untuk DM (mesej langsung) butiran lebih terperinci terus kepada saya atau hubungi pejabat saya segera.

“Jangan risau, identiti anda akan dirahsiakan. Timbalan Menteri juga telah diarah untuk teliti perkara ini secara peribadi,” katanya di laman Facebook.

Tambah Hishammuddin, jika dakwaan itu sahih, tindakan tegas akan diambil.

Terdahulu, beliau telah berkongsi satu hantaran milik seorang individu di laman Twitter yang mendakwa adiknya telah menjadi mangsa buli dan pukul oleh beberapa anggota senior di sebuah kem bujang.


Gambar Hiasan

Dakwa individu terbabit, adiknya dipukul hampir setiap hari oleh anggota senior dan duit gajinya dikebas seniornya dan duit simpanan pun hampir habis.

“Bayangkan kena beli barang-barang keperluan untuk mereka (senior) 12 hingga 14 orang. Dia (adik) takut nak buat apa-apa, dia cakap kes-kes sebelum ini bila lapor pihak atasan, orang atasan hanya denda kawad 45 minit sahaja.

“Aku dah telefon balai polis, polis suruh keluarga buat aduan kat kem dahulu, tapi kalau jadi macam kes arwah Zulfarhan tu macam mana?,”soal individu terbabit.- CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote haruslah 2-12-2021 12:27 PM
Nak rahsia mcmana
Kalau dah siasat, tentu la geng2 buli tu dah tahu sape report
Serius la kes buli mmg ade kat mana2
Quote hyie 2-12-2021 12:29 PM
kalau berkaitan kerja tak mengapalah...luar bidang kerja, perlu ke?
Quote ifanonline 2-12-2021 12:31 PM
anak2 askar ramai tak menjadi
Quote ifanonline 2-12-2021 12:32 PM
dulu pernah ada sorang mod bernama awang di mana dia merupakan seorang komando malaysia yg boleh dikatakan pondan lorong...owh ya awangbok namanya forumer mod tu
Quote mizruncing 2-12-2021 12:51 PM
eeii geram plak aku klu kes askar buli ni. korang ni mmg nak sangat perang ke? macam dah takde keje je aku tgk askar2 ni smpai seronok pulak buli2 orang. sory jgn nak kata jadi askar kena kental bagai. klu tembak terus takpe ni kau buli sepak terajang hari2 sapa tahan. dah lari dari sisi askar tu
Quote tipah89 2-12-2021 12:55 PM
ifanonline replied at 2-12-2021 12:32 PM
dulu pernah ada sorang mod bernama awang di mana dia merupakan seorang komando malaysia yg boleh dik ...

komando tapi jadi nyah ke sissssss..
Quote lattehazelnut 2-12-2021 12:56 PM
Lepas dah siasat apa jd?
Mungkin kawat 45 min je kot mcm sblm ni..
Culture buli ni pihak atasan pun anggap normal je..
Quote KIM.K 2-12-2021 12:58 PM
Senior miskin ada dimana termasuk family biawak
Beranak nak anak tanggung sampai mampos

Meh akak ajor
Rakam diorg bogel or tengah buli tu. Then viral
Jadi bukti polis. Pastu kalau diorg mengetum, gi buat covering report. Hantar la peguam ko ke kem suruh bertanya
Quote Artemesiaa 2-12-2021 01:03 PM
Hari2 stress lama2 boleh mental moga kesnya segera diberi perhatian
Quote ifanonline 2-12-2021 01:10 PM
tipah89 replied at 2-12-2021 12:55 PM
komando tapi jadi nyah ke sissssss..

komando pondan sis
Quote capiloton 2-12-2021 01:11 PM
Edited by capiloton at 2-12-2021 01:14 PM

biasa la askar malaysia,
nak perang musuh nya takde lagi.
alih2 buli membuli sesama tentera.

kekadang aku rasa nak setuju dengan tycoon chinkies yg hari tu,
yang kata askar malaysia ni makan gaji buta takde kerja,
elok pegi keje kutip sawit, ada gak faedah nya


Quote tipah89 2-12-2021 01:17 PM

me oll xboleh bayangkan la, sbb tengok komando ni semua keras2 belaka, even tengok sekali pun nampak aura keras tu tapi kalau tiber convert to pondan mcm na la dia punya au au tu...terbayang bam sajat kalau jadi komando
Quote prettyuglybabe 2-12-2021 01:46 PM
tu mesti mat terap dah kawin tapi bini jauh so duduk kem bujang..
duit gaji dah kena potong bagi kat bini, so dia pau orang nak belanja hari-hari..
Quote batmana 2-12-2021 01:59 PM
patut dibuang je dari askar , stok2 askar buli ni tkle jadi org

klu jadi askar, dia bunuh tawanan, rogol ,ke apa, ikut fahaman dia

Quote Cookingholic 2-12-2021 02:13 PM
Tempat askar yg mmg ada tradisi buli membuli ni elokla junior jgn jadi lone ranger. Sbb akan jadi vulnerable utk kena buli. Zaman skrg ni bukan biasa2 punya buli. Utk hilangkan 100% aktiviti membuli ni impossible selagi takde top-down effort dari semua level kat kem askar tu.
Quote KamikuP 2-12-2021 02:58 PM
ifanonline: anak2 askar ramai tak menjadi


Anak2 polis pun ramai yg tak menjadi..
Quote cHimo 2-12-2021 03:06 PM
Duit pun nak pau...memalukan betul....
Quote Supersirap 2-12-2021 03:52 PM
Semoga si pembuli ini mendapat bala bencana
Quote bondeh 2-12-2021 09:27 PM
Ex bf meolls dulu seorang anak polis & dia kategori nakal & dia sendiri mengaku anak2 polis takleh pakai sebab maksud POLIS Pasal Orang Lain Ia Sibuk[em:18:]

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:19 AM GMT+8 , Processed in 0.147902 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top