Pelakon Aniq Suhair kesal dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab menggunakan foto dan menyamar menjadi dirinya di aplikasi sembang, Telegram.
Menurut Aniq, 20, dia mengetahui mengenai perkara itu selepas dimaklumkan oleh peminat di laman Instagram, baru-baru ini. "Minggu lepas saya menerima beberapa mesej dari peminat perempuan memberitahu katanya ada orang menggunakan nama dan gambar saya di Telegram. "Mereka DM dan tanya akaun tu memang betul saya ke? Sebab yang menyamar jadi saya tu mengatal dengan ramai perempuan di aplikasi tersebut.
"Saya kesal dengan benda ni sebab tak baik untuk reputasi saya, kalau orang yang dia tipu tu percaya bulat-bulat, tak fasal-fasal benda ini boleh jadi fitnah," katanya kepada mStar. Sebelum itu, menerusi Instastory, pelakon drama Tahyul ini memuat naik status bengang dengan tindakan tidak bertanggungjawab itu. Dia turut melampirkan paparan skrin perbualan individu di sebalik akaun palsu menggunakan foto dan namanya dengan beberapa wanita yang menjadi mangsa penipuan. "Untuk orang yang buat ni, jangan nak cuba jadi saya untuk jatuhkan saya. Saya tak tahu apa niat awak, saya tak buat apa-apa dan buat hal awak sendiri. "Tolong sedar kita ada undang-undang dan saya boleh ambil tindakan terhadap perkara ini," tulisnya.
|
dudaberhias replied at 1-12-2021 12:23 PM
sebab heolsss herlokkk soo akak percaya tu fake account dan heols ni tak pernah menggatal dengan cik ...
ADVERTISEMENT