Dalam pada itu, penasihat Kuala Lumpur City, Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Musa sekali lagi melakukan sesuatu yang mencetuskan kontroversi sehingga menimbulkan kemarahan penyokong kelab tersebut. Sebelum ini tindakannya ‘mengimport’ pasukan gendang dari Kelantan, turut menimbulkan kemarahan penyokong kelab tersebut. Malam tadi, sewaktu Paulo Josue sedang memegang trofi kejohanan berprestij tersebut, Annuar secara tiba-tiba mengambil trofi dari tangan kapten pasukan berkenaan dari belakang dan kemudian menjulangnya seorang diri. Ia boleh ditonton dalam video di bawah:
Menerusi video, pemain import Brazil itu kelihatan agak terkejut dan ‘kurang senang’ dengan tindakan berkenaan, lantas mahu segera mengambil kembali trofi berkenaan bagi meraikan malam bersejarah bersama rakan-rakannya yang lain. Bukanlah langsung tidak boleh untuk menyentuh trofi itu, tetapi seeloknya tunggulah pemain-pemain dan pegawai pasukan yang telah mengerah kudrat dan keringat mereka sepanjang musim. Kita semua sedia maklum, pentas sukan ini lazimnya dijadikan alat untuk orang politik ini menaikkan saham mereka. Namun, selaku penasihat yang hanya duduk di kerusi VIP sepanjang 90 minit perlawanan, adalah lebih manis sekiranya menghormati hasil titik peluh mereka terlebih dahulu. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|