CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1788|Reply: 14

Didakwa Rampas Trofi Piala Malaysia - Tindakan Annuar Musa Bikin Penyokong Kuala Lumpur City Panas

[Copy link]
Post time 1-12-2021 11:40 AM | Show all posts |Read mode


Tiada siapa menyangka pendatang baharu Liga Super, pasukan KL City mampu mengulangi sejarah gemilang 32 tahun yang lalu untuk menamatkan kemarau kejuaraan buat skuad ibu kota.



Namun atas dasar yakin dan dedikasi ketua jurulatih Bojan Hodak kepada semua pemainnya, mereka telah menewaskan pasukan ‘gergasi’ JDT di pentas akhir dengan kemenangan 2-0.



Kredit Foto - tambahkeju.com





Dalam pada itu, penasihat Kuala Lumpur City, Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Musa sekali lagi melakukan sesuatu yang mencetuskan kontroversi sehingga menimbulkan kemarahan penyokong kelab tersebut.



Sebelum ini tindakannya ‘mengimport’ pasukan gendang dari Kelantan, turut menimbulkan kemarahan penyokong kelab tersebut.



Malam tadi, sewaktu Paulo Josue sedang memegang trofi kejohanan berprestij tersebut, Annuar secara tiba-tiba mengambil trofi dari tangan kapten pasukan berkenaan dari belakang dan kemudian menjulangnya seorang diri.



Ia boleh ditonton dalam video di bawah:








Menerusi video, pemain import Brazil itu kelihatan agak terkejut dan ‘kurang senang’ dengan tindakan berkenaan, lantas mahu segera mengambil kembali trofi berkenaan bagi meraikan malam bersejarah bersama rakan-rakannya yang lain.


Bukanlah langsung tidak boleh untuk menyentuh trofi itu, tetapi seeloknya tunggulah pemain-pemain dan pegawai pasukan yang telah mengerah kudrat dan keringat mereka sepanjang musim.


Kita semua sedia maklum, pentas sukan ini lazimnya dijadikan alat untuk orang politik ini menaikkan saham mereka.  


Namun, selaku penasihat yang hanya duduk di kerusi VIP sepanjang 90 minit perlawanan, adalah lebih manis sekiranya menghormati hasil titik peluh mereka terlebih dahulu. -CARI



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2021 11:47 AM | Show all posts
macam dia pulak yang main puii
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2021 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
kannn... nyampah tegok
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2021 12:17 PM | Show all posts
hyie replied at 1-12-2021 11:47 AM
macam dia pulak yang main puii

Lembu punya susu, sapi tumpang nama. Bila lagi nak ada kesempatan nak julang Piala M'sia kan? Boleh masuk album kenangan bila dah pencen nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2021 12:21 PM | Show all posts
Set klate garu jubo sibuk pulak nak julang piala KL. PuiiiI!
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2021 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
very opportunist..memalukan la yb
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-12-2021 12:24 PM | Show all posts
Dah mcm lembu punya susu sapi dapat nama..


KLFA: Dari pasukan tercorot Liga Super ke juara Piala Malaysia
ANALISIS Oleh BORHAN AHMAD / November 30, 2021



Kira-kira dua tahun lalu, tepatnya pada 25 November 2019, Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad telah menang tanpa bertanding sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA).

Ketika itu, Kuala Lumpur menghuni kedudukan dua tercorot Liga Super lalu diturunkan pangkat ke Liga Premier musim selepas itu.

Justeru itu, tekad pertama Khalid ketika itu adalah untuk memastikan pasukan itu kembali menyertai Liga Super pada tahun 2021 dan berada dalam kelompok 4 teratas.


Dua tahun kemudian, iaitu pada 27 November 2021 di Stadium Hang Jebat, Melaka, KL City berjaya menempah tiket ke pertandingan akhir Piala Malaysia selepas menewaskan Melaka di gelanggang sendiri melalui sepakan penalti.

KL City yang dimiliki sepenuhnya oleh KLFA mengalahkan Melaka 5-3 melalui sepakan penalti selepas kekal dengan agregat 2-2 sehinga tamat masa tambahan.

Ini bermakna, selepas 32 tahun, pasukan bola sepak Kuala Lumpur buat pertama kalinya mara ke pusingan akhir Piala Malaysia.


Khalid dalam sidang media KLFA petang semalam.


“Mover sebenar pasukan KL City ini bukan saya tetapi jurulatihnya Bojan Hodak dan CEO KL City Stanley Bernard Stephen Samuel. Semangat para pemain yang sangat dahagakan kemenangan pada setiap kali perlawanan adalah antara resipe utama kejayaan ini,” kata Khalid Samad kepada Malaysia Dateline.



Ketika sedia menerima pencalonan sebagai Presiden KLFA, Khalid bukanlah kaki bola atau peminat tegar bolasepak.

Tetapi tujuannya hanya satu, untuk meningkatkan kembali bolasepak di Kuala Lumpur.

Atas dasar itulah, sebagai Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid menerima cabaran itu dan menang sebagai Presiden KLFA tanpa bertanding selepas pencabarnya, Datuk Rashid Hasnon tidak mendapat pencalonan yang cukup untuk bertanding.

Khalid berada dalam stadium dalam hampir kesemua perlawanan pasukan bolasepak Kuala Lumpur walaupun tanpa penonton lain.
Sejak itu, hampir setiap perlawanan, Khalid akan berada di stadium hatta ketika perlawanan diadakan tanpa penonton.

Beliau menjadi penyokong setia pasukan Kuala Lumpur dalam hampir kesemua perlawanan yang disertainya.

Khalid juga berjuang agar permainan bola sepak dibenarkan semula selepas disekat akibat pandemik Covid-19 walaupun tanpa penonton.

Ia bertujuan untuk menghidupkan permainan itu dari mati tanpa latihan dan perlawanan.



Sejak dari awal juga, Khalid bertegas, jangan bermain politik jika mahu menjayakan bolasepak di Kuala Lumpur.

Atas dasar itulah, selepas tidak lagi menjadi menteri apabila kerajaan Pakatan Harapan dijatuhkan melalui Langkah Sheraton, sebagai Presiden KLFA, Khalid berusaha dan bersetuju melantik Tan Sri Annuar Musa, Menteri Wilayah Persekutuan ketika itu sebagai Presiden Kelab KL City.

Ia bertujuan agar kebajikan dan kepentingan bola sepak di Kuala Lumpur terjaga dengan baik sehinggalah tempoh beliau sebagai Presiden KLFA tamat pada 2023 nanti.

Alhamdulillah, selepas dua tahun cita-cita Khalid menampakkan hasilnya apabila KL City menyertai perlawanan akhir Piala Malaysia melawan JDT malam ini.

Tahniah KLFA, pemain, pengurus dan peminat bolasepak Kuala Lumpur.

Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2021 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Itu pun jadi isu? Mudah sentap betul golongan sekarang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2021 01:21 PM | Show all posts
ko pegi la naikkan blk team kelantan ko tu..sibuk nk join kl
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2021 01:56 PM | Show all posts
penat dia lari 90 menit tu..
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2021 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Owh dia jadi penasihat....lupa pulak skrg dia bukan menteri wilayah.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2021 02:06 PM | Show all posts
menteri paling hauk setakat ini
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2021 02:12 PM | Show all posts
hhahahhahha tibahhhh pancik ni pun hahahhaa
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2021 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
mcm 2 ekor budak berebut mainan
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2021 04:20 PM | Show all posts
Nak jugakkkkk glamerrr...so KL cuti ke tak YB Annuar Musa?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 05:45 AM GMT+8 , Processed in 0.046925 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list