"... Ingat Kak Long tak laku ke?" Demikian antara kapsyen Amelina Amir Sharipuddin yang agak terasa hati dengan reaksi segelintir terhadap beberapa fotonya yang tular baru-baru ini.
Foto beliau mengenakan sepersalinan rona putih sambil duduk di atas pelaminan bersama seorang jejaka ternyata telah menimbulkan tanda tanya para peminat yang ingin tahu adakah benar Amelina sudah bernikah lagi.
Tampil menjelaskan keadaan, Amelina menerusi sebuah hantaran Instagram memaklumkan foto tersebut merupakan antara babak lakonannya menerusi telefilem terbaru - Akad Ibu Sejadah Rindu.
Mengulas lanjut, Amelina sedikit tersinggung apabila ada netizen yang turut mempersoalkan umurnya untuk kembali berumah tangga. Jelas Amelina, perkahwinan bukanlah perkara yang boleh dipandang remeh kerana kalau tersalah pilih pasangan, kesannya akan kekal sampai bila-bila.
Ingat " PERKAHWINAN akan jadi PERKARA terindah tetapi jika anda tersalah pilih PERKAHWINAN akan jadi SEJARAH TERBURUK dlm kehidupan mu"
Menjengah ruang komen, rata-rata netizen mendoakan yang terbaik untuk Amelina. Berlakon je pun. Kalau ada berita baik sudah pasti Amelina takkan biar peminatnya berteka teki kan? -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|