CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Lima Jari Kaki Kiri Dibuang- Bad Indigo Urus Diri Sendiri, Tak Nak Susahkan Ashira

1-12-2021 09:37 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9188| Komen: 72

Description: Akibat penyakit diabetes yang dihidapi, penyanyi Bad Indigo kini berdepan kesukaran apabila lima jari kaki kiri terpaksa dibuang melalui proses pembedahan secara berperingkat.
Akibat penyakit diabetes yang dihidapi, penyanyi Bad Indigo kini berdepan kesukaran apabila lima jari kaki kiri terpaksa dibuang melalui proses pembedahan secara berperingkat.


Biarpun pergerakkan terbatas, namun Bad atau nama sebenarnya Badrul Izhan Yeop Abdullah berkata, dia sedaya upaya cuba menguruskan diri sendiri tanpa bantuan isterinya iaitu penyanyi Ashira.

Foto: mStar Online


"Lima jari kaki kiri telah dibuang. Sejak keluar dari hospital awal tahun lalu lagi saya memang kena guna ‘walker’ untuk bantu pergerakan.

"Paling susah nak urus diri bila dalam tandas. Tapi nak tak nak, kena buat juga. Tapi memang saya uruskan diri sendiri sebab tak nahu menyusahkan isteri.


"Begitu juga kalau nak ke hospital untuk rawatan bagi membersihkan luka, saya akan memandu kereta sendiri. Selagi boleh, memang saya akan buat sendiri.

"Tak mahu ajar diri selalu mengharapkan orang. Bayangkan kalau orang itu ada kerja lain atau tiada, macam mana?" katanya kepada mStar.



Bad ditemui di konsert Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya pada Ahad lalu.

Bad hadir bersama Ashira yang juga bekas peserta program GV untuk musim yang ketujuh (GV7).




Penyanyi berusia 46 tahun ini terpaksa menjalani pembedahan membuang jari kakinya yang sudah luka akibat penyakit diabetes yang dihidapinya pada Januari, Mac dan September lalu.

Dalam pada itu, Bad menganggap dugaan yang menimpa kehidupannya itu sebagai peringatan untuk dia sentiasa mengingati Allah.

"Saya kena juga kuatkan semangat. Setiap hari saya panjatkan kesyukuran kerana di sebalik kepayahan, sekurang-kurangnya Allah masih pinjamkan lagi nyawa buat saya.


"Saya tidak anggap semua yang terjadi ini bala atau musibah. Bagi saya, ini adalah peringatan agar kita sebagai manusia dan hamba, sentiasa kembali mengingatiNya.

"Kalau saya tak fikir begitu, mungkin sudah lama saya akan berterusan mengalami kemurungan," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nura19 1-12-2021 09:41 AM
Kesian nye...semoga dipermudahkan semua urusan..
Quote dudaberhias 1-12-2021 10:40 AM
Semoga di permudahkan urusan, jaga2 lah pemakanan tu ye bam bad...

Orang yang sampai tahap kena potong di sebabkan diabetis ni selalu pemakanan deorang memang suka manis2.... Air secawan deorang bancuh saja manis yakmat eeee iols pernah terminum air jag masa pergi ziarah rumah orang memang taktau nak explain manisnya tahap apa
Quote 800214 1-12-2021 10:54 AM
dudaberhias replied at 1-12-2021 10:40 AM
Semoga di permudahkan urusan, jaga2 lah pemakanan tu ye bam bad...

Orang yang sampai tahap kena pot ...

Mil ai olls kalo nantu mai umah reramai dia boleh teka sapa buat air teh. Ai olls buat nipisss je manis. Nantu kelate buat ya ampunnn. Leh top up air panas separuh jug lg kasi dilute manehh
Quote mamajawie 1-12-2021 11:22 AM
kesian lak kat si shira ni..tgok gaya ni sok2 buat tapak dialisis plak..keturunan iollss n somi dedua ade konceng maneh ni..iollss alhamdulillah takde tapi kolesterol plak sangkut..haishhh
Quote mizruncing 1-12-2021 11:26 AM
tetiba kesian kt ashira. baru kawen dah macam2 dugaan dia dpt laki cm ni. Semoga berjodohan hingga ke jannah susah senang sama2
Quote makita 1-12-2021 11:37 AM
Meols sejenis x sedap mcmana pon mee kari org jual meols tetap mkn sampai abes. Tapi hari tu beli mee kari org kelantan yg jual. Wagggh kuah karinya manis gula...tak boleh telan. Kalau tawar leh tahan lagi. Ni manis mcm minum air sirap tu
Quote iluma 1-12-2021 11:41 AM
kesian ashira..hurmm
Semoga dipermudahkana urusan
Quote hotmak 1-12-2021 12:09 PM
kesiannya, moga dipermudahkan
Quote fadz84 1-12-2021 12:10 PM
makita replied at 1-12-2021 11:37 AM
Meols sejenis x sedap mcmana pon mee kari org jual meols tetap mkn sampai abes. Tapi hari tu beli me ...

Gila ar kuah mee kari manis cm air sirap… pelanggan sume jenis yg dtg sekali je gamaknya xde yg complaint.. x lalu kalau kuah manis2..
Quote Afifi82 1-12-2021 12:32 PM
Jaga la makan minum tu.. bahayanya kena potong2 ni
Quote cruz2 1-12-2021 02:01 PM
Samaa..bila baca kisah bad ni ashira dulu iols kesian.ntah la..btw semoga diberi kesembuhan,diangkat kesakitan
Quote asfaz 1-12-2021 02:38 PM
makita replied at 1-12-2021 11:37 AM
Meols sejenis x sedap mcmana pon mee kari org jual meols tetap mkn sampai abes. Tapi hari tu beli me ...

Ai kalau lauk pauk org kelantan selagi boleh elakkan . Kecuali nasi kerabu.
Sebab pernah la pergi kelantan , tgh lapar giler, diaorg hidang bihun . Ai tgk uishh sedap ni sb favorite ai mng bihun. Sekali suap aje , manisssnyaaaa bagi lidah ai   terus ai tolak ke asben. Lelaki kan. Dah lapar bedal aje
Quote luvcomot87 1-12-2021 02:43 PM
Kesian ashira,kesian jgk kat bad tu.. tp bad ni dulu2 mmg bdn besar sikit kn.. dh berumur ni bru kecik sikit bdn rupanya ad diabetes.. adui
Quote cupu 1-12-2021 03:13 PM
Kencing manis ni kena sanggup pantang makan br la stabil..klu dia syg ashira dia kn pantang betul2..mak sedara aku mkn nasi pakai beras perang atau perboiled..mlm xmakan...pendek kata jg betul mkn dia.
Quote imanjannah 1-12-2021 04:27 PM
kesian mereka berdua
Quote ezacbee 1-12-2021 04:32 PM
Ni kira semua jari kaki dah xde ke camne?
Quote dino 1-12-2021 05:00 PM
cupu replied at 1-12-2021 03:13 PM
Kencing manis ni kena sanggup pantang makan br la stabil..klu dia syg ashira dia kn pantang betul2.. ...

sbnrnya kena amal pemakanan sihat dr muda. ni sedar2 kena strok.. tak pernah check ade kolesterol tinggi..

tmbh2 skrg jenguk ig wah best org msk… resepi mudah… dgn minyak santan segala… dgn minuman manis letak lg keramel on top…
Quote dino 1-12-2021 05:08 PM
ezacbee replied at 1-12-2021 04:32 PM
Ni kira semua jari kaki dah xde ke camne?

heran kan ingat jari kaki tu klau potong tak effect nak jalan.. rupanya potong tu bdn tak balance

dulu ade dlm mjlh 3.. guna ulat utk sembuh pesakit kencinng manis ni
Quote suka2 1-12-2021 05:10 PM
asfaz replied at 1-12-2021 02:38 PM
Ai kalau lauk pauk org kelantan selagi boleh elakkan . Kecuali nasi kerabu.
Sebab pernah la pergi ...

Belah terengganu pun sama juga bihun goreng manis leting. Kalau mee goreng siap letak air mawar rasa dah mcm tertumpah minyak attar rose atau air sirap rose masa masak

Lihat semua komen(72)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:33 AM GMT+8 , Processed in 0.060345 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top