Pelakon yang jarang mempunyai kontroversi, Yana Samsudin mengimbau kenangan menolak lamaran suaminya, Fadzil Zahari untuk menghalalkan hubungan mereka.
Pada ketika dahulu, Fadzil merupakan kawan baiknya yang sentiasa menyokong perjalanan kerjaya seninya.
Temuramah bersama wartawan Media Hiburan mendedahkan sepanjang menjadi kawan baik, Yana sebenarnya tahu yang Fadzil mempunyai perasaan cinta terhadapnya.
Untuk menghalalkan hubungan mereka, Fadzil menghantar rombongan merisik ke Johor namun dia terpaksa menolak cara baik disebabkan tidak bersedia dan mahu mencapai impiannya membeli rumah untuk keluarga terlebih dahulu. Ketika menjadi seorang pelakon, Yana hanya memakai kereta kelisa sahaja dan tidak pernah rasa ralat menaiki kereta kesayangannya itu mencari rezeki. Apabila menjangkau usia 30 tahun barulah Yana mula mengatur langkah tentang kehidupan peribadinya setelah menunaikan impiannya.
Dalam menempuhi cabaran hidup, Yana amat bersyukur kerana Fadzil sentiasa ada disisi walau apa rintangan sekali pun. Tambahnya lagi, dia memulakan kerjaya seninya ketika berumur 17 tahun sebagai penyanyi untuk filem Mami Jarum dan selepas itu berjinak-jinak dalam bidang pengarah pada usia 23 tahun dengan mengarahkan filem Selamat Pagi Cinta yang dilakonkan oleh Fazura.
Filem itu mendapat sambutan dan berjaya mencapai hampit sejuta kutipan dan dia merupakan pengarah termuda dalam industri seni pada masa itu. Yana memang seorang yang kuat semangat dan antara artis yang masih relevan sehingga kini walaupun industri seni sentiasa bersilih ganti orangnya. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|