CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Jangan Aibkan Diri Sendiri Dan Jatuhkan Maruah,"- Aliff Syukri Pesan Pada Penyanyi Baharu

29-11-2021 10:57 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2790| Komen: 15

Description: Nama ini sememangnya mudah menjadi sasaran netizen. Tidak kira apa sahaja yang dilakukan. Baik menyanyi, berlakon malah beramal jariah juga, kanvas hidupnya tidak terkecuali menjadi bahan umpatan.
Nama ini sememangnya mudah menjadi sasaran netizen. Tidak kira apa sahaja yang dilakukan. Baik menyanyi, berlakon malah beramal jariah juga, kanvas hidupnya tidak terkecuali menjadi bahan umpatan.


Namun bagi Datuk Aliff Syukri, impiannya untuk menjadi penyanyi sudah dilaksana. Malah, dia juga tidak menolak, di zaman kini, mana-mana yang berkemampuan boleh membeli lagu daripada komposer.


Foto: IG

“Zaman sekarang, kita boleh beli lagu. Beli sendiri sahaja daripada komposer. Tidak perlu melalui syarikat rakaman atau pengurusan pun. Zaman media sosial seperti YouTube dan pelbagai lagi.

“Semua boleh jadi penyanyi. Zaman sudah berubah. Pendengar juga mahukan sesuatu yang berbeza dan mereka bebas untuk membuat pilihan,” katanya.

Ditanya apakah nasihatnya kepada penyanyi baharu yang muncul daripada kalangan usahawan tempatan, Aliff menitipkan pesan supaya mereka tidak melakukan sesuatu yang akhirnya akan memalukan mereka.



Sementelah, sebagai ‘senior’ dalam dunia kecaman, Aliff juga berpesan supaya penyanyi baharu kuat semangat dan sekiranya yakin dengan bakat serta impian, jangan mudah lemah semangat.

“Kalau hendak jadi penyanyi, silakan. Tetapi jangan sampai memalukan diri sendiri, saya sudah melalui detik itu. Di hujung usia nanti, kita yang akan malu dengan anak-anak. Kalau boleh jangan tinggalkan imej buruk.





“Menyanyi kerana minat atau suka-suka, terpulang. Tetapi jangan mengaibkan diri sendiri dan menjatuhkan maruah,” katanya. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 29-11-2021 11:04 AM
astaga... dia ni cakap depan cermin ke apa..
Quote gekkou 29-11-2021 11:15 AM
sembang kari la ko
hujung2 merempan kena kutuk sore tak sedap
in denial sungguh dengan suara sendiri
esok keluar lagi satu lagu
Quote Samerosie 29-11-2021 11:39 AM
Dia ni penyanyi ke nak advise penyanyi baru?
Quote Dolmat 29-11-2021 11:44 AM
LAKI BINI CUCUK HIDUNG KE...? MUKA , HIDUNG BENGKAK SEMACAMMMMMM JER.. RESDUNG KE????
Quote Kurex 29-11-2021 11:46 AM
Kau sape sundel
Quote DayangKirana 29-11-2021 11:54 AM
short term memory loss ke pok cikkk????
Quote kotakominami 29-11-2021 12:23 PM
Haha..siri bercakap dengan cermin...
Quote anggeriklatifah 29-11-2021 01:14 PM
Nak tanya anak angkat dia meena tu mana...?
Aritu ada netizen tanya..dia jawab..meena ada..tapi jkm  tak bg expose..

Tapi tengok mcm dah tak ada langsung
Iosl.syak memg dia dah bg blk meena org lain jaga..or jkm.jaga..or kes aritu memg dia bersalah just byr denda dan meena kena jkm jaga

Itulahhbb membelaaa anak angkat JUST FOR CINTENT SEMATA MATÀ..BUKAN IKHLAS JADI GITU LAAAA...DULU SI ALEPSYUKRINNINMEMG GILA CINTENT KONTROVERSI...SAMPAI BELA ANAK ANGKAT NAK UP NAMA..NAK CONTENT...

sekrng ni dah tak.sangat..dah sedar...tapi dah dah terlanjur bela anak angkat..last tak mampu nak teruskan bela bagi balik..
Quote dudaberhias 29-11-2021 01:30 PM
Kata pada orang lain padahal diri sendiri dok tergedik2 buat tiktok dan menyanyi. Yihhh
Quote awenda507 29-11-2021 03:41 PM
mcm ketam nk ajar anak jalan lurus.puii
Quote mamajawie 29-11-2021 03:51 PM
idop lagi jenglot ni
Quote Harley_Quinn 30-11-2021 08:34 AM
HAhahaha lucu sungguh.
Ko pegi tgk video ko blik, aib x aib?
X aib sbb sendiri expose. Memalukan tu ya.
Quote akuHavocczz 30-11-2021 08:48 AM
Kata kata seolah pernah menang penyanyi terbaik untuk 10 tahun berturut turut
Quote elnor_81 30-11-2021 08:49 AM
Aik..dia berckp ngan diri sendri ke
Quote hayrin86 30-11-2021 08:59 AM
Samerosie replied at 29-11-2021 11:39 AM
Dia ni penyanyi ke nak advise penyanyi baru?

Dia bukannya penyanyi.. Buat apa bagi nasihat kalau dia bukan penyanyi pada asalnya..

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:52 PM GMT+8 , Processed in 0.062171 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top