CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Terharu Terima Layanan Baik, Vivy Yusof Hadiahkan dUCK Kepada Petugas Hospital

29-11-2021 10:27 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5811| Komen: 34

Description: Usahawan terkenal tanah air, Datin Vivy Yusof yang baru sahaja selamat melahirkan anak keempatnya pada hari Isnin lalu, meluahkan rasa terharu terhadap petugas hospital kerana menjaganya dengan begitu ...
Usahawan terkenal tanah air, Datin Vivy Yusof yang baru sahaja selamat melahirkan anak keempatnya pada hari Isnin lalu, meluahkan rasa terharu terhadap petugas hospital kerana menjaganya dengan begitu baik.


Dalam perkongsiannya di Instagram, Vivy memuat naik beberapa gambar bersama staf hospital yang menjaganya di wad bersalin. Menurut ibu kepada empat cahaya mata ini, dirinya terharu dengan sokongan dan bantuan yang diberi oleh mereka tatkala dirinya berada dalam keadaan lemah dan tidak bermaya setelah melahirkan anaknya.

Foto: IG

“Tiada apa yang lebih rendah selain berasa tidak berdaya dan lemah di hospital.

"Malam pertama selepas melahirkan anak, saya berasa sangat lemah. Saya tak berhenti menggeletar dan darah saya menitik ketika berjalan ke bilik air.

"Jururawat bantu saya sampai habis, melihat saya dalam keadaan teruk tanpa sebarang penilaian.

"Dan ini adalah apa yang mereka lakukan setiap hari dalam kerja mereka, bukan saya saja tapi kepada setiap pesakit yang datang.



"Semoga Tuhan berikan anda Jannah suatu hari nanti, petugas barisan hadapan kita kerana  kita manusia pasti tak dapat balas segala yang anda lakukan pada masyarakat.

"Terima kasih kepada staf wad bersalin di @kpjdamansarahospital untuk SEGALANYA”, luahnya.



Dalam beberapa gambar yang dimuat naik Vivy di Instagram, menunjukan usahawan berwajah manis ini memberikan beg berisi produk dUCK dan juga kad ucapan terima kasih yang ditulis sendiri olehnya.

Melihat gambar-gambar dan kapsyen yang dikongsikan oleh usahawan terkenal ini, ramai pengikut memberi komen positif dan meluahkan rasa kagum terhadap sifat pemurahnya.

“MasyaAllah, semua staf dapat hadiah dari @vivyyusof seperti yang dahulu Vivy lahirkan anak yang ketiga juga.”

“Selamat berpantang @vivyyusof”



“Anda boleh kembali semula untuk bersalin anak No. 5 tahun depan cik Vy.”

“Subhanallah, ameen. Semoga Allah rahmati setiap dari kamu wahai petugas barisan hadapan, sama juga untuk Mommy Idris!”

“Anda buatkan hidup mereka sangat gembira sepenuhnya. Sekeping kad terima kasih dan barang dUCk sebagai hadiah penghargaan. Saya harap di masa akan datang, ramai pesakit lain buat seperti ini juga. Sekeping kad TERIMA KASIH sudah cukup buatkan mereka gembira atau hadiah sebagai bonus.” Komen mereka

“Anda salah seorang yang baik @vivyyusof”

“Syukur masih dapat berkongsi rezeki.”



“Vivy pemurah. Salah satu perkara baik yang anda akan diingati. Selamat berpantang Vy..”

“Murah rezeki anda Vy. Selalu memberi. Semoga Allah rahmati anda dan keluarga besar anda,” komen mereka lagi. -CARI

Sumber: Murai.my

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote musangbodoh 29-11-2021 10:40 AM
bapak eh mano
Quote naina 29-11-2021 10:43 AM
Ngeri plak baca lepas bersalin menggeletar dan darah menitik2. Yes2 memang itu yang aku alami. Anak nombor 2 dulu sebab rimas sangat darah banyak keluar belom sampai 4 jam bersalin aku dah gerak g tandas. Udahnya nak pitam itu jam melambai2 patient yang dekat dengan tanda suh panggil kan nurse.huhu
Kalau duduk ward sendiri rasanya aku dah pengsan kat tandas sorang2.
Quote kotakominami 29-11-2021 10:56 AM
Nampak berseri je lepas bsalin.....best nama idris...i teringat kat my crush idris elba.....sigh....
Quote Meiizu 29-11-2021 12:20 PM
Makin rugi laa report akaun...expenses co tu
Quote electricopop 29-11-2021 01:02 PM
Congrats lah dh ada 2 boys and 2 girls.
Quote Perawankota 29-11-2021 01:24 PM
Congrats... Anyway, klu dia ni bkn sapa2, p beranak kat hospital kerajaan, nurse2 mmg akan tolong tak from A to z? Tu je nak tau
Quote Kitty_catz 29-11-2021 02:06 PM
laaa boleh pulak dia terasa lemah? kut staff ke kuli dia ke PA dia tabuleyyyy khuenn?? ,, harus dicop pemalas tk mcm sheols, ironwomangggg

gigih nau, nak beranak pun nak berbirkin , bling2 bagai...demi sesudu likeeee
Quote Kitty_catz 29-11-2021 02:07 PM
Meiizu replied at 29-11-2021 12:20 PM
Makin rugi laa report akaun...expenses co tu

apoo nak rugi

boleh clear stock2 lama yg bersawang sisturrr..


Quote airmineral 29-11-2021 02:15 PM
naina replied at 29-11-2021 10:43 AM
Ngeri plak baca lepas bersalin menggeletar dan darah menitik2. Yes2 memang itu yang aku alami. Anak  ...

seramnya
mmg normal ke darah menitik dan menggeletar lepas bersalin atau ada sebab lain?
Quote naina 29-11-2021 02:22 PM
airmineral replied at 29-11-2021 02:15 PM
seramnya
mmg normal ke darah menitik dan menggeletar lepas bersalin atau ada sebab lain?

Lepas bersalin kalau berdiri memang darah menitik2 la. Kalau baring je habis basah tilam. Pad pun tembus. Memang macam tu sister. Darah nifas. Menggeletar sebab habis tenaga meneran dan tahan sakit. Sebab tu kadang2 masa tengah terang tu nurse akan hulur air. Kering tekak. Lepas je BBY keluar nurse bagi minum Milo UTK tenaga semula. Ni kes bersalin normal la. Operate tak sure
Quote naina 29-11-2021 02:24 PM
Perawankota replied at 29-11-2021 01:24 PM
Congrats... Anyway, klu dia ni bkn sapa2, p beranak kat hospital kerajaan, nurse2 mmg akan tolong ta ...

Tolong la sis. Itu aku macam ehhhh sepital kerajaan pun tolong pimpin g tandas la. Lagi2 kalau ada nurse praktikal. Ko tekan jela button tepi katil tuuuu.
Quote akies 29-11-2021 03:02 PM
Teringat zaman bersalin dulu. Lepas bersalin..mmg digalakkan ke toilet untuk buang air..tp iols takut sampai nurse tlg temankan [em:8:] takut kaki tak kuat nak berjalan..
Tp staf kpj mmg superb..sesuaila dgn bayaran tu. hehehe

Best nya dpt hadiah dari vivy.
Quote mizruncing 29-11-2021 03:07 PM
mcm ni baru btol kuantiti with quality. even x minat sgt dgn dia ni tp anak2 dia nampak brilliance n terjaga. klu meols pn duit banyak, maid ada apa salahnya beranak ramai2 tp untung laa nurse yg dpt brg DUck tu. x minat tp klu dah dpt free nak ambik jugak  
Quote bondeh 29-11-2021 03:20 PM
tudung outdated keh??? *mode: kowserrrrrr
tapi nama anak2 mak itik semua best2
Quote pinksarah 29-11-2021 03:23 PM
ok la tu dia bg hadiah dkt staffs hospital..

appreciate their jobs..

walaupon begitu, i tetap tak sokong beli duck products..

teringat2 apa dia punya riakan kes b40 tu..disertai rakan socmed dia menuduh geng b40 dpt bantuan boleh beli tv flat screen katanya..

begitu rendah maruah kelompok b40 di mata depa2 neh..
Quote zeetot 29-11-2021 03:37 PM
Perawankota replied at 29-11-2021 01:24 PM
Congrats... Anyway, klu dia ni bkn sapa2, p beranak kat hospital kerajaan, nurse2 mmg akan tolong ta ...

Dia bukan bersalin gomen. Kpj damansara rasanya
Quote tipah89 29-11-2021 04:26 PM
clearkan stok kt store le teww sejak2 kena banned dek nerakazen.neway, welcome to dunia yg fana ini deris. nama anak2 dia sedap belaka
Quote orkid_amani 30-11-2021 07:52 AM
Perawankota: Congrats... Anyway, klu dia ni ...
Perawankota: Congrats... Anyway, klu dia ni ...

Tolong la .gila kau nes spital gomen la rajin..baby melalak pun datang tanya tau. Kita nk ke tandas pun dia remind bawak button call tu..itu masa baru turun dari LR la.
Quote kupu_kupu_mlm 30-11-2021 11:25 AM
stroller dior kot...

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 01:21 PM GMT+8 , Processed in 0.106997 second(s), 63 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top