Umurnya baru mencecah tiga bulan apabila dia disahkan doktor mengidap ketumbuhan di bahagian mata. Akibat penyakitnya itu, mata kanan Ayu Humairah Mohd Zambari yang kini berusia tiga tahun hampir tertutup.
Ibu kanak-kanak malang terbabit, Norhayati Mohamad, 41 berkata anaknya itu dilahirkan normal dan tidak mengalami sebarang masalah sehinggalah dia berusia tiga bulan. Katanya, berat badan anak bongsu dari empat beradik itu mulai susut mendadak dan dia dikatakan seringkali muntah. Menurutnya, tiga bulan kemudian dia membawa anaknya berjumpa doktor mata dan menjalani 'CT Scan' di Hospital Melaka, namun doktor memaklumkan sekiranya dibiarkan kemungkinan ketumbuhan itu boleh menghimpit saraf mata.
"Dalam tempoh itu sehinggalah usia anak saya tiga tahun, kami masih lagi meneruskan rawatan dan dirujuk kepada doktor pakar Hospital Kuala Lumpur (HKL)," katanya yang menetap di Pulau Gadong, Melaka. Lebih memeritkan, Norhayati kini dikatakan terpaksa menanggung keluarga dengan hanya gaji hariannya yang berjumlah RM50 kerana suaminya sudah lebih setahun tidak bekerja disebabkan mengidap penyakit tibi. Menurut Norhayati, dia juga perlu menanggung tiga lagi anaknya yang masih bersekolah. "Dengan gaji harian RM50, sukar untuk kami menanggung kos rawatan dan kos pengangkutan ke Kuala Lumpur ditambah pula suami sudah setahun lebih tidak bekerja kerana mengidap penyakit tibi. "Pernah juga disebabkan kesempitan hidup kami terpaksa ke HKL dengan menaiki bas. "Saya harap anak saya kembali sembuh dan berpeluang melihat dengan sempurna seperti orang lain," katanya yang menerima lawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klebang, Datuk Lim Ban Hong pada Jumaat. Sementara itu, Ban Hong yang bersimpati dengan nasib yang dialami kanak-kanak itu berkata, beliau akan merujuk kepada HKL untuk mengetahui dengan lebih lanjut status ketumbuhan yang dihidapi Ayu Humairah. "Jadi dari situ kita akan dapat tahu sama ada pembedahan itu perlu disegerakan atau sebaliknya," katanya. Mengulas lanjut, beliau berkata, bantuan awal sebanyak RM1,000 turut disumbangkan sekali gus dapat meringankan kos rawatan kanak-kanak itu ke HKL pada bulan depan. - CARI Sumber: mStar/Sinar Harian
|
tupai replied at 29-11-2021 09:15 AM
Golongan x berkemampuan camni kenapa x merancang keluarga, x yah la beranak ramai2 end up anak x ter ...
tupai replied at 29-11-2021 09:15 AM
Golongan x berkemampuan camni kenapa x merancang keluarga, x yah la beranak ramai2 end up anak x ter ...
keane.somewhere replied at 29-11-2021 09:20 AM
Dulu aku dah cakap roughly limitkan je Melayu beranak 2 orang anak maximum...kalau lebih JKM rampa ...
Samerosie: Husband dia sakit tibi terlant ...
tupai replied at 29-11-2021 09:15 AM
Golongan x berkemampuan camni kenapa x merancang keluarga, x yah la beranak ramai2 end up anak x ter ...
tupai replied at 29-11-2021 09:15 AM
Golongan x berkemampuan camni kenapa x merancang keluarga, x yah la beranak ramai2 end up anak x ter ...
prettyuglybabe replied at 29-11-2021 10:12 AM
laki tu kena sakit tibi ke kena sakit malas?
ADVERTISEMENT