CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 3523|Reply: 64

Mata Anak Hampir Tertutup Akibat Ketumbuhan -Ayah Tak Kerja, Ibu Sara Keluarga Sendiri

  [Copy link]
Post time 29-11-2021 08:52 AM | Show all posts |Read mode
Umurnya baru mencecah tiga bulan apabila dia disahkan doktor mengidap ketumbuhan di bahagian mata.


Akibat penyakitnya itu, mata kanan Ayu Humairah Mohd Zambari yang kini berusia tiga tahun hampir tertutup.


Ibu kanak-kanak malang terbabit, Norhayati Mohamad, 41 berkata anaknya itu dilahirkan normal dan tidak mengalami sebarang masalah sehinggalah dia berusia tiga bulan.


Foto: Sinar Harian




Katanya, berat badan anak bongsu dari empat beradik itu mulai susut mendadak dan dia dikatakan seringkali muntah.


Menurutnya, tiga bulan kemudian dia membawa anaknya berjumpa doktor mata dan menjalani 'CT Scan' di Hospital Melaka, namun doktor memaklumkan sekiranya dibiarkan kemungkinan ketumbuhan itu boleh menghimpit saraf mata.


"Dalam tempoh itu sehinggalah usia anak saya tiga tahun, kami masih lagi meneruskan rawatan dan dirujuk kepada doktor pakar Hospital Kuala Lumpur (HKL)," katanya yang menetap di Pulau Gadong, Melaka.


Lebih memeritkan, Norhayati kini dikatakan terpaksa menanggung keluarga dengan hanya gaji hariannya yang berjumlah RM50 kerana suaminya sudah lebih setahun tidak bekerja disebabkan mengidap penyakit tibi.


Menurut Norhayati, dia juga perlu menanggung tiga lagi anaknya yang masih bersekolah.


"Dengan gaji harian RM50, sukar untuk kami menanggung kos rawatan dan kos pengangkutan ke Kuala Lumpur ditambah pula suami sudah setahun lebih tidak bekerja kerana mengidap penyakit tibi.


"ernah juga disebabkan kesempitan hidup kami terpaksa ke HKL dengan menaiki bas.


"Saya harap anak saya kembali sembuh dan berpeluang melihat dengan sempurna seperti orang lain," katanya yang menerima lawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klebang, Datuk Lim Ban Hong pada Jumaat.


Sementara itu, Ban Hong yang bersimpati dengan nasib yang dialami kanak-kanak itu berkata, beliau akan merujuk kepada HKL untuk mengetahui dengan lebih lanjut status ketumbuhan yang dihidapi Ayu Humairah.


"Jadi dari situ kita akan dapat tahu sama ada pembedahan itu perlu disegerakan atau sebaliknya," katanya.


Mengulas lanjut, beliau berkata, bantuan awal sebanyak RM1,000 turut disumbangkan sekali gus dapat meringankan kos rawatan kanak-kanak itu ke HKL pada bulan depan. - CARI


Sumber: mStar/Sinar Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2021 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Golongan x berkemampuan camni kenapa x merancang keluarga, x yah la beranak ramai2 end up anak x terbela...pastu start mintak sumbangan sana sini....mcm habit pulak.... ubat perancang free kot kt kk tu....selfish sgt..kesian kt anak2...patut x yah kawin senang...xde la membiak
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
tupai replied at 29-11-2021 09:15 AM
Golongan x berkemampuan camni kenapa x merancang keluarga, x yah la beranak ramai2 end up anak x ter ...

Dulu aku dah cakap roughly limitkan je Melayu beranak 2 orang anak maximum...kalau lebih JKM rampas anak2 Etnik Melayu ni
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 09:31 AM From the mobile phone | Show all posts
tupai replied at 29-11-2021 09:15 AM
Golongan x berkemampuan camni kenapa x merancang keluarga, x yah la beranak ramai2 end up anak x ter ...

Sebab tu aku sruh swastakan kesihatan. Biar dorg thu kos ada anak x murah
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 09:36 AM From the mobile phone | Show all posts
keane.somewhere replied at 29-11-2021 09:20 AM
Dulu aku dah cakap roughly limitkan je Melayu beranak 2 orang anak maximum...kalau lebih JKM rampa ...

I agree dgn idea ni. I perasan golongan x berkemampuan je suka beranak ramai...pengamal konsep anak tu rezeki tp kau as parents nk bg mkn basic pun x lepas.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 09:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah kenapa bapaknya tak kerja? Tibi ni bukan cacat. Boleh je kerja. Amboi senang hidup. Dah tau susah usahakan lah jua apa pun. Ni mengharap orang yang dah susah tanggung juga.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-11-2021 09:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Husband dia sakit tibi terlantar ke? I rasa ramai je yg kena tibi ni dia recovered within 6 months kena makan ubat etc.  Ini dah setahun.

Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie: Husband dia sakit tibi terlant ...


Rasanya tibi skarang dah modern ada treatment & ubat.. kenapa tak bawak sekali ayah tu bagi sihat kat hospital tu kan?
kalau cakap kang ada la yang mencelah kau takde kat tempat dia la apa la…
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2021 10:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Tibi boleh baik..ada staff aku kena, elok je kerja until now
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya...
Bertabah la
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 10:11 AM | Show all posts
Penyakit Tibi jenis M ni.
M for MALAS.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 10:12 AM | Show all posts
laki tu kena sakit tibi ke kena sakit malas?

Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 10:16 AM | Show all posts
tupai replied at 29-11-2021 09:15 AM
Golongan x berkemampuan camni kenapa x merancang keluarga, x yah la beranak ramai2 end up anak x ter ...

dorang berpegang pada kata2 "setiap anak ada rezeki masing2" kekdahnyaaa...

kalau dok pegang kata2 tu tanpa ada usaha, mana mau datang rezeki tu?
Tibi ni bukan penyakit teruk effect tubuh badan pun...
lepas 6 bulan treatment dah sihat walafiat mcm biasa..
dah boleh keja cam biasa... kecuali kalau MALAS..
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 10:22 AM | Show all posts
tibi ni tuberkolosis kan. wow hebatnya..laki dah setahun kena tibi tapi boleh memantat. aku igt pesakit tibi kena isolate sebab jenis berjangkit. mcm mana lah berjimak agaknya guna jurus angin barangkali
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 10:28 AM | Show all posts
tupai replied at 29-11-2021 09:15 AM
Golongan x berkemampuan camni kenapa x merancang keluarga, x yah la beranak ramai2 end up anak x ter ...

bang ko dh kawin ke? kalo blom jgn sng lepas ckp kt org dh kawin...
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 29-11-2021 10:12 AM
laki tu kena sakit tibi ke kena sakit malas?

U rasa?

Atau nak husnuzon akak ni terpaksa cakap laki dia punya sakit tb cam takleh elok..padahal biawak. Terpaksala cakap gitu nak jaga air muka.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2021 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Ehh tak leh la max anak 2. Aku suka budak haha. Tapi anak sendiri jelah. Anak orang aku bolayan.
Lain lah kalau ikut pendapatan mak bapak ok la nak maximum kan.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 10:37 AM | Show all posts
kena check husband dia tu why so pemalas...tibi lepas 6 bulan dah boleh baik sepenuhnya la dan boleh kembali bekerja.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Member aku tibi. Dia perempuan. Ok je sihat. Kena follow up doktor la masa sakit tu. Berjangkit masa kerja. Tapi sekarang dah ok..dah kawin dan pregnant anak nombor 2. Darah jela low. Orang laki ni asal sakit berpenyakit terus rasa lemahh. Manja. Nak dilayan bak raja.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Hati kuat mengatakan somi dia pemalas. Iols tak rasa akak ni tak rancang anak. Anak 4 orang je, bukannya 11-13 orang. Dia pun kata anak lahir sihat walafiat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:37 PM GMT+8 , Processed in 0.142001 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list