CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tinggal Bayi Sebab Hidup Susah, Akhirnya Bertemu Kembali Selepas 23 Tahun

25-11-2021 12:13 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1834| Komen: 11

Seorang wanita berusia 23 tahun dari wilayah Sidoarjo, Jawa Timur akhirnya bertemu dengan ibu kandungnya secara bersemuka selepas berpisah sejak bayi.  


Lapor Kompas, Riatus Solikhah diserahkan sebagai anak angkat ketika hanya berusia 20 hari kerana ibu kandungnya, Yeti mengalami kesempitan hidup.

Menurut Riatus, dia berasa amat gembira apabila dapat wajah individu yang melahirkannya.


Foto: Kompas

“Walaupun pada mulanya rasa janggal dan terkejut kerana tidak pernah berjumpa, namun saya tidak dapat menyembunyikan perasaan gembira.


“Hati saya asyik sebut inilah ibu saya dan berasa amat gembira. Ibu pun gembira dapat berjumpa,” kata Riatus selepas bertemu dengan Yati.

Pencarian ibu kandung Riatus bermula apabila wanita itu menemukan bil bersalin di hospital berjumlah 75,000 rupiah (RM22) ketika mengemas fail di dalam almari.

Riatus menemukan bil bersalin yang tertera maklumat mengenai tarikh lahirnya dengan nama kandung ibunya.     

Wanita itu turut mendapat tahu maklumat mengenai ibu kandungnya yang tinggal di Jember, Jawa Timur.

Riatus kemudian memuat naik resit tersebut pada halaman Facebook Kumpulan Warga Jember bagi mengesan keberadaan ibu kandungnya.

“Selepas memuat naik resit itu, saya mendapat butiran alamat lama yang sama dengan tempat tinggal ibu saya. Pada keesokan harinya, kami berdua akhirnya bertemu semula,” katanya. -CARI

Sumber: Utusan
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 25-11-2021 06:23 PM
xde idea nak komen pasal friska . takpe ada ubi ada batas ada hari makan popcorn
Quote stingercrowne 25-11-2021 06:25 PM
CiliPadiSedap replied at 25-11-2021 06:23 PM
xde idea nak komen pasal friska . takpe ada ubi ada batas ada hari makan popcorn

ayu bangat si friska
Quote Belibis 25-11-2021 06:38 PM
Berkenan ke??
Quote edayildiz 25-11-2021 06:41 PM
lama tu 23 thn..tp bagus gak si riatus ni xsimpan benci kt mak kandungnya..tp yelah kan sbb kesempitan hidup bkn sbb lain
Quote keane.somewhere 25-11-2021 10:18 PM
Pandai pancut dan teran je.
Quote PEPPERMAN 25-11-2021 10:47 PM
nasib baik masih di indonesia, bukannya dah diterbangkan ke eropah
Quote gigahertz 26-11-2021 12:26 AM
edayildiz: lama tu 23 thn..tp bagus gak si riatus ni xsimpan benci kt mak kandungnya..tp yelah kan sbb kesempitan hidup bkn sbb lain

tapikan umur anak tu 23 . mean dia lahir 23 tahun yang lepas. 2021 - 23 = 1998
anak tu lahir ketika krisis 1998 . tahun 1998 tu Indonesia mmg krisis sampai pinjam wang IMF kan ?

Quote epullipan 26-11-2021 09:07 AM
alhamdulillah..ketemu jua.cantik anaknya
Quote Decaffeinated 26-11-2021 09:15 AM
Dulu2 pun banyak kat Malaysia. Biasanya anak perempuan cina bagi kat Melayu. Dalam family aku ada banyak example. Dah besar budak2 pompuan tu lebih berjaya dari anak2 melayu ori.
Quote Decaffeinated 26-11-2021 09:16 AM
PEPPERMAN replied at 25-11-2021 10:47 PM
nasib baik masih di indonesia, bukannya dah diterbangkan ke eropah

Beli tiket apa susah.
Quote FOTHER-MUCKER 26-11-2021 10:24 AM
Lama dahulu saya pernah baca satu kisah seorang bangsa chinese di Temerloh yang mana kehidupan mereka terlalu miskin sehinggakan anak mereka terpaksa diberi kepada bangsa melayu untuk dibela.

Pada satu hari si bapa menang ticket loteri sebanyak RM1juta pada tahun 196* saya dah lupa.
Jadi setelah mereka memilik wang mereka mulakan perniagaan menjual motosikal Honda dengan perniagaan yang diberi nama chuan thye.

Selepas beberapa ketika mereka juga menjual kereta berjenama Honda di Temerloh tu. Sekarang perniagaan mereka sudah berkembang maju di Temerloh tu.

Asalnya dari keluarga terlalu miskin.

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 11:45 PM GMT+8 , Processed in 0.220087 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top