CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kerja 4 Hari Seminggu Di Britain, Gaji Tak Ditolak

25-11-2021 10:10 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1069| Komen: 7

Description: London – Sebuah bank di Britain melaksanakan peraturan bekerja empat hari seminggu tanpa menolak gaji para pekerjanya, sekali gus mendakwa bahawa ia merupakan syarikat terbesar di negara itu yang men ...
London – Sebuah bank di Britain melaksanakan peraturan bekerja empat hari seminggu tanpa menolak gaji para pekerjanya, sekali gus mendakwa bahawa ia merupakan syarikat terbesar di negara itu yang mengambil langkah sedemikian, lapor stesen penyiaran CNN semalam.


Bank Atom pada semalam turut mengumumkan jumlah jam bekerja setiap minggu bagi 430 kakitangannya diturunkan daripada 37.5 jam kepada 34 jam seminggu dengan jangkaan hampir kesemua mereka akan mengambil cuti pada Isnin atau Jumaat. 

Perubahan itu bagaimanapun adalah secara sukarela.

Dasar itu berkuat kuasa pada 1 November lepas dan diperkenalkan untuk menyokong ‘kesejahteraan mental dan fizikal’ pekerja, selain meningkatkan produktiviti, kata syarikat itu. Majoriti pekerja dilaporkan telah beralih kepada sistem kiraan bekerja yang baru. 


Mullen, Foto: Getty Images

‘’Bekerja empat hari seminggu memberi lebih banyak peluang kepada pekerja untuk mengejar minat, meluangkan masa bersama keluarga dan membina keseimbangan kerja dengan kehidupan yang lebih sihat,’’ kata Ketua Pegawai Eksekutif Atom, Mark Mullen dalam satu kenyataan.

Mullen menambah, setakat ini beliau tidak melihat penurunan produktiviti atau tahap perkhidmatan pelanggan, tetapi ia ‘akan mengambil masa untuk orang ramai menyesuaikan diri’. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tipah89 25-11-2021 11:41 AM
malaysia? lambertttt lagi citanyaaaa
Quote kakikuDibibirmu 25-11-2021 11:44 AM
3 hari cuti, 1 hari untuk hari ummah suci yehudi Sabbath day, 1 hari untuk ummah Kristian pergi gereja, 1 hari lagi untuk ummah ereb fadang fasir nak sembah-Hyang Jumaat
Quote rastaf 25-11-2021 12:13 PM
lepas tu 3 bulan kemudian company bungkus ikat tepi
Quote misc 25-11-2021 12:27 PM
Bestnyaaaaaaa
Quote juruterra 25-11-2021 12:41 PM
bestnya this is really my dream...for now mereput dulu kerja 5 days a week, berangan je mampu
Quote nononcrux 25-11-2021 02:18 PM
dapat 5 hari bekerja per week pon dah bahagia kat malaysia ni
Quote R2D2 25-11-2021 02:33 PM
thread dah ada semlm
https://b.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=5007121

wartawan CARI yg sama, CARI-MRO buka thread lewat
dan tak search sebelum buka thread baru?

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:38 PM GMT+8 , Processed in 0.054164 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top