Menjalani penggambaran di bilik mayat sebuah hospital merupakan satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan oleh pelakon Uyaina Arshad.
Mengakui dirinya seorang yang sangat penakut, Uyaina, 29, berkata dia terpaksa merahsiakan mengenai lokasi penggambaran filem Siapa Tutup Lampu? itu daripada pengetahuan ibu bapanya. "Ada babak yang kami berlakon dalam bilik mayat, penggambaran di lokasi berkenaan berlangsung selama dua hari... masuk petang habis waktu Subuh. Memang scary, sebelum masuk tu saya ada la tanya-tanya. Mujur masa shooting tu ramai-ramai, kalau seorang diri memang saya tak berani masuk.
"Alhamdulillah sepanjang penggambaran tak ada apa-apa kejadian berlaku. Saya ni sebenarnya memang penakut. Saya tak bagi tahu emak tentang lokasi penggambaran, sebab kalau beritahu mesti dia tak bagi nanti. "Saya pun tahu babak itu akan dilakonkan di bilik mayat selepas baca skrip, sebagai pelakon saya anggap ini cabaran, jadi saya okay sahaja sebabnya bukan saya seorang dekat dalam tu," katanya kepada mStar.
|
ADVERTISEMENT