CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1033|Reply: 1

Pernah Alami Gangguan Mistik, Uyaina Arshad Tak Beritahu Ibu Berlakon Di Bilik Mayat

[Copy link]
Post time 25-11-2021 09:30 AM | Show all posts |Read mode
Menjalani penggambaran di bilik mayat sebuah hospital merupakan satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan oleh pelakon Uyaina Arshad.


Mengakui dirinya seorang yang sangat penakut, Uyaina, 29, berkata dia terpaksa merahsiakan mengenai lokasi penggambaran filem Siapa Tutup Lampu? itu daripada pengetahuan ibu bapanya.




Foto: IG




"Ada babak yang kami berlakon dalam bilik mayat, penggambaran di lokasi berkenaan berlangsung selama dua hari... masuk petang habis waktu Subuh. Memang scary, sebelum masuk tu saya ada la tanya-tanya. Mujur masa shooting tu ramai-ramai, kalau seorang diri memang saya tak berani masuk.


"Alhamdulillah sepanjang penggambaran tak ada apa-apa kejadian berlaku. Saya ni sebenarnya memang penakut. Saya tak bagi tahu emak tentang lokasi penggambaran, sebab kalau beritahu mesti dia tak bagi nanti.


"Saya pun tahu babak itu akan dilakonkan di bilik mayat selepas baca skrip, sebagai pelakon saya anggap ini cabaran, jadi saya okay sahaja sebabnya bukan saya seorang dekat dalam tu," katanya kepada mStar.




  



Uyaina ditemui semasa tayangan perdana filem Siapa Tutup Lampu? yang diadakan di GSC 1 Utama, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.


Pernah menyaksikan sendiri gangguan di set penggambaran sebelum ini, Uyaina berkata dia mempersiapkan diri bagi mengelakkan sebarang unsur mistik berlaku.




  



"Sebelum ini saya pernah berlakon cerita seram Bercinta Dengan Jin, memang kami kena kacau di set masa hari terakhir, sebab kita pun menyeru benda tu.


"Sebab itu la bila baca skrip Siapa Tutup Lampu? ini ada babak dalam bilik mayat saya terus nervous, tapi sebab tahu ada ramai kru, jadi okaylah sikit.




  



  



  



"Sepanjang penggambaran kami semua solat bersama-sama dan baca doa. Tipulah kalau tak rasa seram... sejujurnya takut la jugak.


"Kalau saya seorang sahaja berlakon dalam cerita hantu tu memang tak beranilah. Kalau ada tawaran lain selepas ini saya kena baca skrip dulu, kalau ada semangat baru saya terima," ujarnya. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2021 02:10 PM | Show all posts
bila nak release filem je ada je retis2 fefeeling kena gangguan mistik, nampak hantu etc... sooo 2009 dah dikkk!!! orang tak makan dengan cerita sedemikian untuk bagi filem tu laku.... cuba buat benda lain??? macam filem dukun dulu ada viral video nampak pompuan baju kebaya merah dok menonggeng jubo lenggang lenggok nak menggangu jejantan tepi jalan raya... tu pun ramai acik2 percaya dan akhirnya berbaloi jugak sebab filem dia kutipan banyak.. storyline not bad walaupun pendek agittewww...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Pelajar UM kecam peraturan sekat keluar malam.Wajar atau tidak?
YgBenarPelajar UM kecam peraturan sekat keluar
Views : 35712 Replies : 41
Langsung tak ada job, Daí Syed spend time dengan anak bini je-hanya terima watak ustaz je
RalineLangsung tak ada job, Daí Syed spend ti
Views : 27799 Replies : 166
Membazir air,netizen bangkang Pesta Air Ala Songkran Anjuran MOTAC di Bukit Bintang.Bukan budaya kito!
YgBenarMembazir air,netizen bangkang Pesta Air
Views : 1381 Replies : 5
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 39685 Replies : 201
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 357593 Replies : 3527
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 276839 Replies : 1508
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 25868 Replies : 102
[JTBC/Netflix 2026] WE ARE ALL TRYING HERE - Koo Kyo Hwan, Go Youn Jung, Oh Jung Se ~ Coming Soon
Rahah[JTBC/Netflix 2026] WE ARE ALL TRYING HE
Views : 27766 Replies : 8
penutupan Jalan Kawasan Batu Caves Sempena Thaipusam.Anda bersedia?
YgBenarpenutupan Jalan Kawasan Batu Caves Sempe
Views : 38472 Replies : 5
[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human From Today - Kim Hye Yoon, Lomon (Mulai 16 Jan 2026)
xyla73[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human
Views : 1937 Replies : 148

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2026 02:33 AM GMT+8 , Processed in 0.122665 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list