CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Hidupku,Solatku Hanya Kerana Dia"- Tauke Terus Membisu

25-11-2021 09:36 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6017| Komen: 53

Description: Pelawak sensasi, Tauke memilih pendekatan berdiam dan membiarkan desas-desus dirinya sudah bernikah dengan dengan seorang wanita bernama Shu yang tular menerusi TikTok terus menjadi tanda tanya umum.
Pelawak sensasi, Tauke memilih pendekatan berdiam dan membiarkan desas-desus dirinya sudah bernikah dengan dengan seorang wanita bernama Shu yang tular menerusi TikTok terus menjadi tanda tanya umum.


Bagaimanapun, Tauke atau nama lengkapnya, Zamatul Amri Zakaria, 45, berkongsi satu kenyataan ringkas dalam Instastory hari ini. Katanya, apa pun yang dilakukan dalam kehidupan adalah kerana Tuhan.

“Siapa pun aku, apa pun yang aku buat, tujuan dan kehidupanku serta solatku hanya kerana Dia (Tuhan),” tulisnya.


Meninjau ke Instagramnya, rata-rata netizen mula membanjiri ruangan komen pada hantaran terakhir Taukey memaparkan dirinya dengan lelaki. Masing-masing mengakui masuk Instagram Taukey hasil maklumat diperoleh daripada TikTok. Sehingga kini, Tauke dilihat belum mengiyakan atau menidakkan perihal tersebut.


Usaha kebanyakan media untuk mendapatkan pengesahan daripadanya masih menemui jalan buntu apabila bekas peserta Raja Lawak musim pertama itu tidak menjawab panggilan telefon mahupun membalas pesanan WhatsApp.



Semalam, namanya sekali lagi menjadi bahan buah mulut ramai selepas sebuah video memaparkan dia didakwa bernikah dengan seorang wanita bernama Shu.

Dakwaan tersebut tercetus selepas seorang pengguna TikTok @piddyys memuat naik sebuah video seorang wanita mengucapkan tahniah kepada Shu atas pernikahannya hari ini.

Turut kelihatan dalam video sama ialah Tauke yang lengkap memakai persalinan baju Melayu berwarna putih sedondon dengan wanita terbabit.

“Yang bertanya sama ada itu Tauke atau tidak, ya memang dia. Kita doakan yang baik-baik sahaja,” tulis pemilik video tersebut dalam ruangan komen sekaligus menjawab pertanyaan ramai.

Sekadar informasi, Tauke pernah menafikan dia menceraikan bekas isterinya, Nadia Mohd. Affandi menerusi rakaman suara yang dihantar dalam aplikasi WhatsApp seperti didakwa isterinya pada Januari 2019.




Difahamkan, keretakan rumah tangga mereka berpunca daripada kehadiran orang ketiga dan mula goyah apabila Tauke dikatakan curang dengan seorang wanita.

Tauke dan Nadia mendirikan rumah tangga pada 9 Disember 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Zamatul Khayla Aydina, 3.-CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Cik_jantung 25-11-2021 09:39 AM
Edited by Cik_jantung at 17-1-2022 07:55 AM

...........
Quote TerataiMelur02 25-11-2021 09:46 AM
Lepas up pasal agama ramai la acik2 mula meminati tauke
Quote mizruncing 25-11-2021 10:04 AM
tgk video pompuan tu masa tgh makan keropok tu pon mcm x semenggah je. elok laa sama padan
Quote shahirakay 25-11-2021 10:18 AM
apa maksudnya "berakhir sudah perjuangan i"? berjuang apa kawan syu tu? berjuang melarang ke apa?
Quote princessmiang 25-11-2021 10:19 AM
pukimek tunggang agama. sialan
Quote prettyuglybabe 25-11-2021 10:35 AM
tonggang jangan tak tonggang..
Quote ezacbee 25-11-2021 10:40 AM
shahirakay replied at 25-11-2021 10:18 AM
apa maksudnya "berakhir sudah perjuangan i"? berjuang apa kawan syu tu? berjuang melarang ke apa?

Berjuang nak halang perkahwinan ni kot.
Last2 kawen gak
Quote acepark 25-11-2021 10:56 AM
positif aja la.dia berjuang untuk mengelakkan maksiat dengan berkahwin.
Quote mawarkhayalan99 25-11-2021 11:16 AM
ewwww so low. tiberrrr play religious card
Quote makadek 25-11-2021 11:24 AM
Retis dgn tonggeng agama berpisah teda
Quote Zaien 25-11-2021 11:26 AM
sengaja cetus kontroversi.. sengaja nak netijen triggedddd..
whosss caresss sampah?
muka mcm tikus bendang
Quote SpyLeman 25-11-2021 11:36 AM
Ok skrg jom netizen pakat2 memberi pandangan yg moolia utk mamat ni sementelah di dah up caption berunsur ketuhanan
Quote umbut 25-11-2021 11:41 AM
Cam biasa..done menonggang.. yg meleis jate acah lobai kat ig kata..dia buat benda baik sunnah syurga pahala kahwin byk..
Quote Fly_over 25-11-2021 11:52 AM
marketing je kot ni.. creator yg upload beriya nak org tau tu tauke
Quote laksmanabentan 25-11-2021 11:54 AM
ezacbee replied at 25-11-2021 10:40 AM
Berjuang nak halang perkahwinan ni kot.
Last2 kawen gak

perjuangan mempertahankan cinta hingga ke pelaminan...
ala2 cinta agung nan suci gitu...
Quote makton 25-11-2021 12:02 PM
takyah nak acah2 soci la tokehhhh!
Quote lasagna 25-11-2021 12:02 PM
ehhh tiberr laaa.. koser. ni ada laa tu xmo cite pape. ke dah terkantoi?
Quote bottombikini 25-11-2021 12:22 PM
dah start la kira proses penyucian
Quote AKAZ85 25-11-2021 01:40 PM
Up sikit quote agama pastu terus suci murni balik diri ye dak...

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:33 AM GMT+8 , Processed in 0.052554 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top