Kuala Lumpur: Pemilik bengkel yang membenarkan anak perempuannya berusia 10 tahun menunggang motosikal yang aksinya tular di media sosial, semalam disaman polis.
Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Superintendan Dr Bakri Zainal Abidin berkata, pihaknya mengesan satu rakaman video memaparkan seorang kanak-kanak perempuan menunggang motosikal RGV 250 dan motosikal NSR 250 tanpa memakai topi keledar dan tiada lesen. "Video berdurasi 43 saat itu tular di media sosial selepas ia dimuat naik seorang individu yang menggunakan akaun page, Arena Motor. "Susulan itu, kami mengambil tindakan dengan berjumpa kedua-dua pemilik motosikal berkenaan. Hasil siasatan dilakukan mendapati kejadian itu berlaku pada 2018 ketika kedua-dua pemilik menghantar motosikal terbabit ke sebuah bengkel terletak di Sijangkang, Banting di Selangor," katanya ketika dihubungi hari ini.
Bakri berkata, pemilik motosikal itu mengesyaki motosikal terbabit disalah guna oleh mekanik bengkel dengan membenarkan kanak-kanak perempuan iaitu anaknya yang berusia 10 tahun ketika kejadian iaitu menunggang motosikal berkenaan. "Hari ini, saya berjumpa dengan kanak-kanak berkenaan di rumahnya di Sijangkang, Banting. Hasil siasatan mendapati kejadian itu yang berlaku pada 2018 dirakam di jalan utama hadapan rumahnya. "Pemilik bengkel berusia 44 tahun itu juga mengesahkan dua motosikal berkenaan sedang dibaiki ketika kejadian. "Tujuan dia membuat rakaman itu adalah sekadar untuk simpanannya serta pelanggan dan lelaki berkenaan tidak mengetahui bagaimana video terbabit boleh tersebar," katanya. Beliau berkata, berdasarkan rakaman video itu, pihaknya mendapati terdapat kesalahan trafik iaitu menunggang motosikal tanpa memiliki lesen, tidak memakai topi keledar dan tiada cermin sisi. "Ibu bapa atau penjaga juga membenarkan kanak-kanak bawah umur menunggang motosikal dan tindakan sebegini membahayakan dan merisikokan anaknya dan pengguna jalan raya yang lain sekiranya berlakunya kemalangan. "Justeru itu, kami mengeluarkan tiga saman bagi kesalahan berkenaan terhadap kanak-kanak terbabit dan bapanya selain menasihati mereka," katanya. Beliau menasihatkan ibu bapa dan penjaga supaya sentiasa memantau kelakuan anak-anak mereka yang di bawah umur agar tidak memandu atau menunggang kenderaan tanpa lesen memandu. "Sekiranya berlaku kecuaian daripada ibu bapa dan penjaga dengan membenarkan anak-anak mereka memandu atau menunggang kenderaan, mereka boleh diambil tindakan mengikut Seksyen 3(1) Akta Kanak-Kanak 2001 serta Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. -CARI Sumber: Harian Metro
|
hareeeesah replied at 24-11-2021 02:49 AM
10 tahun tp besar betul budak ni. Aku 10 tahun basikal pun terkial-kial nak pegi jalan besar. Dalam ...
pukulrata replied at 24-11-2021 11:12 AM
Babi 2018 punya video pun nak cari lagi.
ujio replied at 24-11-2021 11:02 AM
10 tahun 4 tahun lps..
tp klu form 2 pun skrg mmg nmpk besar pun..
annehuda replied at 24-11-2021 10:53 AM
tahun 90an dulu, ada anak orang kampung aku umur mcm nilah, dah bawak motor. accident terus meningga ...
sekngucing: Salah satu kebodohan ibubpaa.m ...
ADVERTISEMENT