CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiada Saliran Parit, Berpuluh Tahun Penduduk Rantau Panjang Hadapi Banjir Air Kotor

24-11-2021 10:22 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1030| Komen: 5

Description: Rantau Panjang: Hampir 30 tahun sebahagian penduduk di Jalan Sekolah Cina, Rantau Panjang bertemankan banjir air kotor setiap kali hujan turun akibat tiada saliran air yang sempurna.
Rantau Panjang: Hampir 30 tahun sebahagian penduduk di Jalan Sekolah Cina, Rantau Panjang bertemankan banjir air kotor setiap kali hujan turun akibat tiada saliran air yang sempurna.


Bahkan adakalanya mengundang bahaya dengan kehadiran haiwan berbisa yang menumpang di dalam rumah.

10 keluarga di jalan berkenaan sudah buntu memikirkan masalah air bertakung yang tiada aliran dan saliran parit sehingga digenangi air selama berminggu minggu.


Foto: Awani

"Masalah perparitan dan sampah menyebabkan air bertakung di kediaman penduduk di Lorong Sekolah Cina


"Isu ini sudah berlarutan selama 30 tahun, kami terpaksa duduk dalam keadaan begini setiap kali hujan lebat turun.

"Air akan naik sehingga paras lutut. Bukan nyamuk sahaja, ular pun ada menyorok dalam bilik stor," kata Nor Amin Syafiq Ismail.

Bagi Muhamad Zailani Che Awang pula, dia menggesa pihak berkenaan segera membina longkang baharu bagi atasi masalah dihadapi penduduk ini.

"Sistem perparitan kita tidak berfungsi. Apabila hujan selama dua atau tiga hari, air akan bertakung dengan sistem parit sedia kala.

"Kita minta pihak bertanggungjawab untuk membina longkang baharu kalau boleh, ambil cakna masyarakat di bandar Rantau Panjang ini.

"Air tidak dapat mengalir ke sungai dan kami hanya 100 meter dari Sungai Golok," katanya.

Mereka mendakwa permasalahan ini pernah diajukan kepada pihak berkaitan namun sepi sampai ke hari ini.

Bukan sahaja menyulitkan kehidupan penduduk, air yang bertakung itu juga mengundang pembiakan nyamuk aedes.

Mereka memohon pihak berkuasa tempatan membantu menyelesaikan masalah air bertakung dan parit di kawasan berkenaan. -CARI

Sumber: Awani

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mojarean_X 24-11-2021 10:28 AM
Mohon ketua pemuda pas komen rather than hentam kp umno x menang pru
Quote Thunderclouds 24-11-2021 01:51 PM
Angkat tgn dan bdoa la tuan2 apa lg. Mintak kt tuhan direct. Mintak tolong pemimpin pn itu la jgk modalnya.
Quote Lagubestbest 25-11-2021 05:05 PM
sape penah dok kampung tahu ler, orang kampung ni buat pagar sampai lesap tanah rizab diorang amek. usahkan nak buat longkang, jalan kete nak lalu pun cukup2 je silap sikit terus calar balar kete.
Quote apalancut 25-11-2021 05:57 PM
[youtube]t5XEMXHxpEw[/youtube]
Quote Belibis 25-11-2021 06:24 PM
Macam la KL suci murni dari banjir..

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:38 PM GMT+8 , Processed in 0.099777 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top