CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ramai Pencarum KWSP Dijangka Bakal Miskin Ketika Tua

24-11-2021 08:49 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4982| Komen: 62

Petaling Jaya – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyatakan kebimbangan mengenai risiko majoriti pencarum berkemungkinan menjalani hari tua dalam kemiskinan akibat pengeluaran akibat Covid-19.


Pengerusinya, Tan Sri Ahmad Badri Mohd. Zahir berkata, hal ini bukan sahaja akan membantutkan kehidupan seseorang itu malah memberi kesan kepada landskap ekonomi negara.


Gambar Hiasan, Kosmo

“Pada masa ini, 48 peratus ahli KWSP di bawah 55 tahun mempunyai simpanan pada tahap kritikal menunjukkan peningkatan sebanyak 28 peratus berbanding sebelum pandemik.

“Dijangkakan ahli KWSP akan mengeluarkan simpanan persaraan mereka pada usia 55 tahun di mana mereka perlu memiliki simpanan yang cukup untuk sekurang-kurangnya 20 tahun lagi.


“Dalam pada itu, jika purata simpanan kesemua ahli KWSP di bawah 55 tahun mempunyai RM13,000, hanya RM54 sebulan akan diterima bagi tempoh persaraan mereka,” katanya ketika Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa (ISWC) 2021 yang berlangsung secara maya dan fizikal hari ini..

Ahmad Badri berkata, ahli KWSP yang mempunyai purata simpanan sebanyak RM38,000 di bawah umur 54 tahun pula perlu bekerja sehingga umur 60 tahun jika ingin mendapatkan semula jumlah yang telah dikeluarkan berkaitan Covid-19.

“Sehingga 31 Oktober, sejumlah RM101.1 bilion telah dikeluarkan di bawah i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra di bawah program rangsangan kerajaan berjumlah RM530 bilion secara keseluruhan bagi membantu rakyat Malaysia”, ujarnya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rashiman 23-11-2021 10:00 PM
Kerajaan kena bantu kwsp dapatkan projek yg boleh menjana keuntungan yg tinggi, agar dpt memberi dividen yg tinggi kpd pencarum bagi mendapatkan semula nilai pengeluaran dibuat semasa pandemik.
Quote musangbodoh 23-11-2021 10:06 PM
nk nak nak duittttt
Quote kemaruk 23-11-2021 10:12 PM
apa maksud TT kwsp berganda-ganda setiap tahun?

teringat sorang samdol yang suggest supaya epf labur saham apple microsoft etc

dia ingat dia dah pandai sangat ler tu.. orang lain tak mampu fikir macam dia
Quote CARI-MRO 24-11-2021 08:49 AM
Petaling Jaya – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyatakan kebimbangan mengenai risiko majoriti pencarum berkemungkinan menjalani hari tua dalam kemiskinan akibat pengeluaran akibat Covid-19.


Pengerusinya, Tan Sri Ahmad Badri Mohd. Zahir berkata, hal ini bukan sahaja akan membantutkan kehidupan seseorang itu malah memberi kesan kepada landskap ekonomi negara.




Gambar Hiasan, Kosmo




“Pada masa ini, 48 peratus ahli KWSP di bawah 55 tahun mempunyai simpanan pada tahap kritikal menunjukkan peningkatan sebanyak 28 peratus berbanding sebelum pandemik.


“Dijangkakan ahli KWSP akan mengeluarkan simpanan persaraan mereka pada usia 55 tahun di mana mereka perlu memiliki simpanan yang cukup untuk sekurang-kurangnya 20 tahun lagi.


“Dalam pada itu, jika purata simpanan kesemua ahli KWSP di bawah 55 tahun mempunyai RM13,000, hanya RM54 sebulan akan diterima bagi tempoh persaraan mereka,” katanya ketika Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa (ISWC) 2021 yang berlangsung secara maya dan fizikal hari ini..


Ahmad Badri berkata, ahli KWSP yang mempunyai purata simpanan sebanyak RM38,000 di bawah umur 54 tahun pula perlu bekerja sehingga umur 60 tahun jika ingin mendapatkan semula jumlah yang telah dikeluarkan berkaitan Covid-19.


“Sehingga 31 Oktober, sejumlah RM101.1 bilion telah dikeluarkan di bawah i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra di bawah program rangsangan kerajaan berjumlah RM530 bilion secara keseluruhan bagi membantu rakyat Malaysia”, ujarnya. -CARI


Sumber: Kosmo
Quote kluangman 24-11-2021 09:20 AM
Kalau rasa EPF tak berapa untung try la labur ke CPF (Macam EPF tapi Singapore).

Serendah-rendah dividen EPF tak boleh lawan purata dividen CPF


Keuntungan CPF.


Keuntungan EPF
Quote AbukRokok 24-11-2021 09:23 AM
zafarol..kasi tekan 10k satu kali
Quote AbukRokok 24-11-2021 09:24 AM
xyah risau Universal basic income akan dtg within their lifetime
Quote pyropura 24-11-2021 09:29 AM
Mana ada misekin, kan PH dah jatoh, semua bakal makmur bawah gomen molayoo isele
Quote prettyuglybabe 24-11-2021 09:33 AM
tak habis-habis dengan dakyah pencarum tak cukup duit..
Quote twins 24-11-2021 09:42 AM
kerajaan tak payah nak risau  pasal pencarum ni sebab kalau dorang sndri buat planning hari tua dorang, tak der la dorang beria2 nak keluarkan sebanyak yg boleh dari akaun dorang tu sekarang... setengah tu umur belum 40 dah beria2 beratur nak keluarkan masa pkp... kawas opis aku ni... walhal kami ni pkp tak pkp kami memang kerja & bermakna gaji bulanan tak jejas... tapi dia pun sama sibuk keluarkan semaksima yg boleh... beli kereta baru... orang2 mcm ni aku tak der rasa kesian pun kalau duit dalam kwsp dah kosong..... yg betul2 affected dgn pkp tu mmg tak boleh nak elakkan itu jer simpanan yg nak diharapkan
Quote ayukpingu 24-11-2021 09:50 AM
gaji aku takde effect masa pkp tapi aku join keluarkan duit epf aku. masa tu loan rumah aku lulus. so duit epf tu aku guna utk beli barang rumah baru aku...grill, peti ais, perabot dan utk deposit rumah. bijak tak aku?
Quote nikaido 24-11-2021 09:54 AM
Tiap2 tahun sibuk KWSP ni dgn dgn duit pencarum
Quote axl_bach 24-11-2021 10:06 AM
twins replied at 24-11-2021 09:42 AM
kerajaan tak payah nak risau  pasal pencarum ni sebab kalau dorang sndri buat planning hari tua dora ...

Mayne dia ada instrumen kewangan lain sbg backup,  saham or crypto ke sbb tu dia x kisah KWSP kosong...

Aku pun x terjejas langsung dgn PKP sbb kerja mcm biasa tp I-sinar, I-citra, I-cirit dan I-abahprihatinberpenjana semua aku tibai semaksima mungkin dan pindah masuk instrumen kewangan aku yg lain
Quote nononcrux 24-11-2021 10:06 AM
duit pakai untuk kegunaan, bila lagi nak emrasa duit sendri. Ntah panjang umur ke idok pencen tu huhu
Quote ultra78 24-11-2021 10:09 AM
Nanti adalah so-called pakar akan beritahu RM54 sebulan tu cukup kalau pandai berjimat.

Quote MissYouSayang 24-11-2021 10:10 AM
Sampai tunku alizakri tu kena pecat dari ceo epf pun still kedengaran ratiban pencarum x cukup duit nanti.jadi betul la apa yg ex ceo tu ckp kn.cian dia kena kecam teruk
Quote annehuda 24-11-2021 10:16 AM
aku penah baca dulu, warga emas tak smpi 10 thn keluar kwsp ramai terus jatuh miskin sbb pengurusan kewangan yg tak bagus. dpt duit sejelepuk macam tu terus buat kenduri kawen anak grand-grand, renovate rumah, kawen lagi, kene scam. eh macam2 la.  kite kene terima hakikat mmg org malaysia ni pengurusan kewangan yg teruk. ko simpanlah brape juta sekalipun ujung2 habeh mcm tu je
Quote Raline 24-11-2021 10:19 AM
prettyuglybabe replied at 24-11-2021 09:33 AM
tak habis-habis dengan dakyah pencarum tak cukup duit..

dah ada

Aikk bukan ke KWSP akan berganda2 dari tahun ke tahun?
Quote prettyuglybabe 24-11-2021 10:31 AM
Raline replied at 24-11-2021 10:19 AM
dah ada

Aikk bukan ke KWSP akan berganda2 dari tahun ke tahun?

tag mod CI or smod dear..
i jaga PP je

Lihat semua komen(62)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 02:39 PM GMT+8 , Processed in 0.081655 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top