CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bomba Maut Ketika Selamatkan Wanita Cuba Bunuh Diri

24-11-2021 09:29 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1739| Komen: 4

Description: Beijing: Niat seorang anggota bomba di China menyelamatkan wanita yang ingin membunuh diri, menjadi tragedi apabila dia maut dalam insiden yang berlaku 12 November lalu.
Beijing: Niat seorang anggota bomba di China menyelamatkan wanita yang ingin membunuh diri, menjadi tragedi apabila dia maut dalam insiden yang berlaku 12 November lalu.


Southern Metropolis Daily melaporkan, anggota bomba berkenaan dikenali sebagai Chen Jianju, 24, cuba menyelamatkan wanita berusia 50-an yang mahu terjun dari bumbung sebuah rumah di Mengcheng, berdekatan wilayah Anhui, kira-kira jam 8 pagi.

Apabila pasukan bomba dan polis tiba di tempat kejadian, mereka cuba memujuknya, namun wanita itu bertindak mendiamkan diri kerana mengalami tekanan emosi.


Foto: Southern Metropolis Daily


Menurut seorang saksi, kusyen udara dipasang di tingkat bawah, namun ketika wanita itu terus berlari, pasukan penyelamat tidak dapat meneka lokasi sebenar dia akan melompat.

Dalam proses menyelamatkannya, Chen memegangnya dan cuba menariknya ke tempat selamat, tetapi sebaliknya jatuh bersama wanita itu.

Selepas terjatuh, cengkaman tangan Chen pada tangan wanita itu masih tetap erat.

Wanita itu dilaporkan maut di lokasi kejadian manakala Chen pula meninggal dunia pada keesokannya selepas gagal diselamatkan.

Kematian Chen mencetuskan kesedihan di media sosial hingga ramai yang memujinya sebagai wira negara.

Jabatan Bomba Bozhou, tempat Chen bertugas mengadakan peringatan terhadap lelaki itu di Weibo dengan berkongsi keberaniannya sejak mula menyertai pasukan itu pada 2014.

Sehingga kini, Chen sudah menyertai 1,300 misi serta menyelamatkan ratusan orang awam.

Sementara itu, Shanghai Daily melaporkan, kerajaan Kota Huainan Anhui menganugerahkan Chen dengan gelaran kehormat 'Huainan Good Samaritan' pada 14 November lalu kerana keberaniannya itu. - CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 24-11-2021 02:34 PM
Adakah selepas ini bomba hanya perlu menyelamatkan mereka yg nak hidup(jer)...atau memberi peluang ke dua bg mereka yg nak mati???????
Quote imanjannah 24-11-2021 05:11 PM
Quote Belibis 24-11-2021 05:13 PM
Skuau replied at 24-11-2021 02:34 PM
Adakah selepas ini bomba hanya perlu menyelamatkan mereka yg nak hidup(jer)...atau memberi peluang k ...

Kahhhhhh..ramai lagi yang nak idup.buat apa susah2 peduli yang nak mati..
Quote Decaffeinated 24-11-2021 08:47 PM
kena kira untung rugi juga pada negara la sebelum operasi rescue ni

Bomba China kena review ketat2 lah dorang punya SOP. Boss bomba sila lah menjawab pada parti komunis.



Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:18 PM GMT+8 , Processed in 0.055243 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top