Jakarta– Sebuah klip video menjadi tular di media sosial kerana memaparkan keadaan sebuah kandang lembu yang kelihatan mewah dan dipenuhi pelbagai kelengkapan bagaikan berada di dalam rumah, lapor portal berita Okezone.
Berdasarkan video yang dikongsikan menerusi aplikasi TikTok itu, kandang lembu yang dilaporkan terletak di Pulau Madura. Binaan dicat dengan warna coklat itu mempunyai lantai simen dan dinding batu-bata. Siling kandang itu dihiasi dengan corak berwarna hijau seperti dekorasi dalam rumah. Beberapa buah sofa turut ditempatkan di dalam kandang tersebut.
Menurut maklumat, kandang mewah itu dibina sedemikian kerana ia dikhaskan untuk lembu-lembu yang digunakan untuk acara lumba lembu. Berdasarkan komen seorang netizen, harga bagi seekor lembu lumba seperti itu boleh mencecah antara 200 juta rupiah (RM58,598) hingga 1 bilion rupiah (RM292,989), bergantung kepada kemahiran yang dimiliki. Atas sebab itu, haiwan-haiwan tersebut perlu dijaga rapi, tidak seperti lembu-lembu ternakan yang lain. Video tersebut menjadi tular dengan ramai netizen memberikan pelbagai komen. “Kandang lembu itu lebih cantik daripada bilik saya,” kata seorang pengguna. – CARI Sumber: Kosmo
|
Tinot7 replied at 24-11-2021 07:12 AM
baper rega kandang tuh?
lumba lembu ni camne?
ADVERTISEMENT