View: 1018|Reply: 8
|
Kandang Lembu Macam Rumah Mewah, Siap Ada Sofa
[Copy link]
|
|
Jakarta– Sebuah klip video menjadi tular di media sosial kerana memaparkan keadaan sebuah kandang lembu yang kelihatan mewah dan dipenuhi pelbagai kelengkapan bagaikan berada di dalam rumah, lapor portal berita Okezone.
Berdasarkan video yang dikongsikan menerusi aplikasi TikTok itu, kandang lembu yang dilaporkan terletak di Pulau Madura. Binaan dicat dengan warna coklat itu mempunyai lantai simen dan dinding batu-bata.
Siling kandang itu dihiasi dengan corak berwarna hijau seperti dekorasi dalam rumah.
 Foto: Tiktok
Beberapa buah sofa turut ditempatkan di dalam kandang tersebut.
Menurut maklumat, kandang mewah itu dibina sedemikian kerana ia dikhaskan untuk lembu-lembu yang digunakan untuk acara lumba lembu.
Berdasarkan komen seorang netizen, harga bagi seekor lembu lumba seperti itu boleh mencecah antara 200 juta rupiah (RM58,598) hingga 1 bilion rupiah (RM292,989), bergantung kepada kemahiran yang dimiliki.
Atas sebab itu, haiwan-haiwan tersebut perlu dijaga rapi, tidak seperti lembu-lembu ternakan yang lain.
Video tersebut menjadi tular dengan ramai netizen memberikan pelbagai komen.
“Kandang lembu itu lebih cantik daripada bilik saya,” kata seorang pengguna. – CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Untung ler lembu kuda lumba pun tak dapat tempat cantik macam tu |
|
|
|
|
|
|
|
Wahh, lepas ni jangan nak maki-maki orang bodoh macam lembu hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by stingercreamier at 24-11-2021 07:12 AM
Baru aku sebut semalam ...haiwan iteww lagi dimuliakheun dari ticher chzy yg tak vaksin....dok dlm stor zinc sebelah jamban...
Kahkahkahkah |
|
|
|
|
|
|
|
baper rega kandang tuh?
lumba lembu ni camne? |
|
|
|
|
|
|
|
Note: Thread has been banned by manager
|
|
|
|
|
|
|
Benda2 ni bukan isu... Semoga reporter cari sangkak digigit anjing berpenyakit |
|
|
|
|
|
|
|
klu dr yindon je mesti entah hapa2 pastu masuk dlm forum cari bt semak je
|
|
|
|
|
|
|
| |
|