CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Buang Hidung, Telinga, Atas Bibir, Belah Lidah- Teringin Jadi Makhluk Asing

23-11-2021 11:32 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4137| Komen: 57

Description: Paris– Seorang lelaki yang tular kerana mengubah suai keadaan fizikalnya untuk menjadi seperti ‘makhluk asing hitam’ dilaporkan mengerat dua batang jarinya bagi mendapatkan tangan yang kelihatan se ...
Paris– Seorang lelaki yang tular kerana mengubah suai keadaan fizikalnya untuk menjadi seperti ‘makhluk asing hitam’ dilaporkan mengerat dua batang jarinya bagi mendapatkan tangan yang kelihatan seperti mempunyai cakar, lapor akhbar New York Post.


Anthony Loffredo, 33, menjalani pembedahan terbaharu itu sebagai sebahagian daripada beberapa siri prosedur pembedahan yang dilakukan untuk mengubah suai bentuk badannya.

Foto: Twitter

Sebelum ini, dia telah melakukan beberapa pengubahsuaian termasuk membuang hidung dan bahagian atas bibir, membelah lidah, mencacah tatu pada seluruh badan dan anak matanya serta membuang telinga untuk kelihatan seperti makhluk asing.

Dia juga sering berkongsi keadaan rupa fizikalnya di laman Instagram menggunakan akaun Black Alien Project dengan memaparkan imej-imej baharu setiap kali dia melakukan pembedahan.

Meskipun telah melakukan pelbagai pengubahsuaian, Loffredo berkata, semua itu sebenarnya hanya 34 peratus daripada misi keseluruhannya untuk mengubah diri menjadi makhluk asing.



“Saya berasa tenang (dengan mengubah suai rupa fizikal),” katanya pada keterangan gambar yang memaparkan keadaan tangannya selepas jarinya dikerat.

Menurut Loffredo, sejak usia muda, dia sememangnya mempunyai minat mendalam mengenai mutasi dan pengubahsuaian tubuh badan manusia.


Foto: New York Post

“Saya gemar ‘melakonkan’ watak menyeramkan. Saya sering duduk di mana-mana lokasi dan menjiwai karakter tersebut terutamanya ketika waktu malam di jalan yang gelap,” ujarnya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 23-11-2021 11:39 AM
Mana tak fobia kalau terserempak dengan muka macam tu waktu malam
Quote toynme 23-11-2021 12:04 PM
doctor pun sanggup ekk....etika mmg kena follow patient ek...sewam
Quote akuMNdia 23-11-2021 12:05 PM
dah elok2 handsome nak jadi buruk pulak...
Quote venomie1 23-11-2021 12:07 PM
lepas ni boleh kerja kat fun fair- join rumah hantu macam cerita Senario tu hehe
Quote stingerpremier 23-11-2021 12:14 PM
kim.k tak payah buang hidung bibir mulut segala...coz she is already an alien by creation...


kahkahkahkahkah
Quote syamzana 23-11-2021 12:14 PM
sng penerbit filem takyah bayar mekap retis, style& karektor designer mahai2 ambik dia ni belakon. jd alien pak pacak pun real je, xyah sewa costume  
Quote Belibis 23-11-2021 12:15 PM
Kaki dvd ni..
Quote MoonRise 23-11-2021 12:19 PM
banyak benor duitnya
Quote makadek 23-11-2021 12:20 PM
Punya la helok kejadian
Buat acik2 porem merembes kecut2 rahim
Di buatnya terpaling hodoh
Quote uori 23-11-2021 12:28 PM
alien pun seram tengok ko, bang
Quote prince_marhaen 23-11-2021 12:33 PM
dah macam hidung Bana Noordin yang dah berambus ke amereka tu pulak... haha
Quote rosa_canina 23-11-2021 01:08 PM
lps ni director yg nk buat filem aliens tu blh ambk dia berlakon
xyah susah2 mekap dah
Quote nononcrux 23-11-2021 01:28 PM
kenapa nak sukarkan hidup yg indah?.. manusia mmg pelik, lagi pelik dari mahluk asing
Quote helicornia 23-11-2021 02:36 PM
toynme: doctor pun sanggup ekk....etika mmg kena follow patient ek...sewam

patut diharamkan pembedahan yang bukan2 macam ni. mmg la hak individu tapi ni dah kategori sakit jiwa. patut ke kita melayan kehendak org sakit jiwa, patutnye kita rawat masalah mental tu
Quote chazey 23-11-2021 03:03 PM
Well. Body dysmorphia is real.
Quote cik_kuntum36 23-11-2021 03:33 PM
satu hari nnt mst dia menyesal ubah n buang memcm kat muka dia tu... masa tu da xleh nk ubah ke asal blk da...
Quote Meiizu 23-11-2021 04:01 PM
Dah hensem gila plakkk..
Quote namr 23-11-2021 04:24 PM
Kalo terjumpa gini mlm2 mau xcukup tanah aku larik
Quote kaoru44 23-11-2021 06:36 PM
Sampai jari pun buang??..xpaham la..keje apa dia ni..myusahkn hidup sendiri plak bila anggota badan xlengkap..

Lihat semua komen(57)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:09 AM GMT+8 , Processed in 0.409826 second(s), 63 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top