Setelah 11 tahun berlalunya cerita perkahwinan penyanyi Shidee yang kononnya tidak mendapat restu, kisah berkenaan kembali mencuri perhatian peminat gara-gara kemunculannya di pentas Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) pada malam Ahad lalu.
Ramai yang tertanya-tanya bagaimana Shidee atau nama sebenarnya, Rashid Abdul Wahab, 62, menjalani kehidupan peribadi dalam tempoh berkenaan apabila pada awal perkahwinannya ia mendapat tentangan ibu mertua. Menjelaskan tentang persoalan itu, penyanyi lagu Sayang Semuanya Sudah Terlambat ini berkata dia bersyukur apabila segala kontroversi yang melanda sekitar awal tahun 2010 itu dapat dikawal dengan baik. "Ya saya memang terpalit kontroversi dulu dan saya tidak rasa apa-apa pun kalau ada orang nak korek cerita lama... korek la tak ada apa pun. "Bagi saya itu semua perjalanan hidup, dulu ramai orang kata saya bercinta dengan mak mentua saya," katanya kepada mStar. Shidee ditemui pada malam konsert minggu pertama GV8 yang diadadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya pada Ahad malam. Untuk rekod pada Februari 2010 Shidee mencetuskan kontroversi apabila perkahwinannya dengan wanita bernama Siti Fairunnisa Aziz yang pada ketika itu berusia 22 tidak direstui ibu mentuanya, Jamaliah Hasan. Kontroversi itu tercetus apabila Shidee pada awalnya dikatakan berkenalan dengan Jamaliah, namun selepas itu berhasrat mengahwini anak wanita itu. Menjawab tentang persoalan sama adakah benar dakwaan kononnya dia pernah menjalinkan hubungan dengan mentuanya sendiri, Shidee bagaimanapun menafikan hal itu. "Sebenarnya itu (tuduhan) tak ada, tak wujud pun. Tapi tak tahu la kalau mak mentua saya pada waktu itu ada hati dan perasaan dengan saya... itu terpulang hak dia. "Tapi saya tak ada langsung perasaan dengan dia," katanya. Bercerita lanjut tentang hubungannya dengan mentua, Shidee berkata segala salah faham yang timbul sudah diatasi secara baik dan mereka kini mula hidup dengan harmoni. "Sekarang dah okay, saya tahu dia tu ibu mentua... saya tetap hormati dia sama macam ibu saya sendiri. "Pada mulanya apabila dia marah kita tak perlu nak buat apa-apa. Sampai satu ketika, dia nak jumpa anak dia iaitu isteri saya, daripada itu saya cari cara nak perbaiki hubungan kami. "Cari jalan bagaimana nak dekat dengan dia, lama juga. Makan masa dan berbulan-bulan juga nak perbaiki. Alhamdulillah hari ni semua dah okay," katanya. Shidee dan Siti Fairunnisa berkahwin pada 1 Februari 2010 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata. -CARI Sumber: mStar Online
|
dudaberhias replied at 23-11-2021 02:57 PM
Suara dia sebijik macam dalam radio masa dia nyanyi... tapi paling penting janji aliff aziz herlokk ...
Kurex replied at 23-11-2021 03:03 PM
Tak keruan tengok alip ajis malam tu.. sedap ranum badannya.. kecik pun takpe asalkan pandai main ...
dudaberhias replied at 23-11-2021 03:06 PM
khenn kurexxx... no wonder no. 1 kannn dah la herlokkkk... performance meletop... suara pun ...
lifeline replied at 23-11-2021 03:09 PM
kakdud
jgn marah iols tau
tp iols tgk performance alip ajis beshe beshe jeeeeeeeeeee
Kurex replied at 23-11-2021 03:03 PM
Tak keruan tengok alip ajis malam tu.. sedap ranum badannya.. kecik pun takpe asalkan pandai main ...
jargon replied at 23-11-2021 03:52 PM
Dah level2 bellah sajork yg dpt…ingatkan setara sharifah barakbah rupa dan body…tp tgkla skandal ...
lifeline replied at 23-11-2021 07:09 AM
kakdud
jgn marah iols tau
tp iols tgk performance alip ajis beshe beshe jeeeeeeeeeee
dudaberhias replied at 23-11-2021 03:54 PM
khennn... btw sharifah barakbah tu lawooo betul yach kaka... iols tengok dia dalam pasal kau meman ...
lifeline replied at 23-11-2021 03:09 PM
kakdud
jgn marah iols tau
tp iols tgk performance alip ajis beshe beshe jeeeeeeeeeee
ADVERTISEMENT