Baru-baru ini kecoh di Parlimen apabila Tun Mahathir
mempersoalkan kepada Menteri Kewangan mengenai hadiah rumah bernilai RM00 juta
kepada bekas perdana menteri ke-6, Dato Seri Najib Razak.
Walaubagaimanapun, pertanyaan itu terus dijawab oleh Dato
Seri dalam facebook miliknya baru-baru ini.
“ Memang saya ada membuat permohonan untuk mendapatkan tanah
dan rumah 100 juta, tetapi permohonan itu bukan merupakan hadiah sebaliknya
pemberian biasa kepada semua bekas perdana menteri di bawah Akta Ahli Parlimen
Saraan 1980 pindaan 2003. Dia sendiri yang pinda Akta semasa dia PM ke-4, saya cuma meminta kediaman saja seperti termaktub dalam perlembagaan”. Katanya.
Malah Najib berkata, pejabat yang diduduki sekarang merupakan
banglo biasa yang disewa di Bukit Pantai.
“Bukan kompleks besar macam dia. Anak-anak saya pun bukan billionaire macam anak-anak dia. Lagipun saya tiada ada apa-apa pun jasa pada negara ”. Jawabnya
sinis.
Dalam hantaran di facebook itu, Najib turut menulis panjang
tentang jasanya kepada Negara. Antaranya termasuk menyelamatkan ekonomi Negara,
kadar pertumbuhan ekonomi terbaik di Asean dan jumlah pelaburan paling tinggi
dalam sejarah. Selain itu aset Negara juga naik dari RM 800 bilion ke RM 2
trilion dari tahun 2008 hingga 2017. Katanya di facebook.
Untuk rekod, Dato
Seri Najib Razak merupakan
perdana menteri sejak 2009 hingga 2018.
Beliau menggantikan Tun Abdullah Badawi ( Pak Lah ) ketika itu, di atas
kegagalannya dalam pilihan raya 2008. Untuk tempoh sepanjang itu , Dato seri
Najib Razak memang layak mendapat pemberian tanah dan rumah seperti termaktub
dalam Akta Ahli Parlimen Saraan 1980 pindaan 2003. Jadi apa pendapat anda, adakah beliau layak ? -CARI