Baru-baru ini kecoh di Parlimen apabila Tun Mahathir mempersoalkan kepada Menteri Kewangan mengenai hadiah rumah bernilai RM00 juta kepada bekas perdana menteri ke-6, Dato Seri Najib Razak.
Sumber Youtube Dr Mahathir
Walaubagaimanapun, pertanyaan itu terus dijawab oleh Dato Seri dalam facebook miliknya baru-baru ini.
“ Memang saya ada membuat permohonan untuk mendapatkan tanah dan rumah 100 juta, tetapi permohonan itu bukan merupakan hadiah sebaliknya pemberian biasa kepada semua bekas perdana menteri di bawah Akta Ahli Parlimen Saraan 1980 pindaan 2003. Dia sendiri yang pinda Akta semasa dia PM ke-4, saya cuma meminta kediaman saja seperti termaktub dalam perlembagaan”. Katanya.
Malah Najib berkata, pejabat yang diduduki sekarang merupakan banglo biasa yang disewa di Bukit Pantai.
“Bukan kompleks besar macam dia. Anak-anak saya pun bukan billionaire macam anak-anak dia. Lagipun saya tiada ada apa-apa pun jasa pada negara ”. Jawabnya sinis.
Sumber Facebook Najib Razak
Dalam hantaran di facebook itu, Najib turut menulis panjang tentang jasanya kepada Negara. Antaranya termasuk menyelamatkan ekonomi Negara, kadar pertumbuhan ekonomi terbaik di Asean dan jumlah pelaburan paling tinggi dalam sejarah. Selain itu aset Negara juga naik dari RM 800 bilion ke RM 2 trilion dari tahun 2008 hingga 2017. Katanya di facebook.
Untuk rekod, Dato SeriNajib Razak merupakan perdana menteri sejak 2009 hingga 2018. Beliau menggantikan Tun Abdullah Badawi ( Pak Lah ) ketika itu, di atas kegagalannya dalam pilihan raya 2008. Untuk tempoh sepanjang itu , Dato seri Najib Razak memang layak mendapat pemberian tanah dan rumah seperti termaktub dalam Akta Ahli Parlimen Saraan 1980 pindaan 2003. Jadi apa pendapat anda, adakah beliau layak ? -CARI
|