Dato Fazley Yaakob akui berasa gembira kerana anak sulungnya telah menunjukkan minat dalam bidang masakan mewarisi minat dan legasi yang diusahakannya selama ini.
Menurut Fazley, dia enggan memaksa minat atau menetapkan hala tuju keempat-empat anaknya namun tidak menyangka Ahmad Fariedz Shah atau lebih mesra dikalangan keluarga sebagai Payish ingin menjadi seorang chef. Dedah Fazley yang popular dengan lagu Asmara ini, anaknya itu mula menunjukkan minat sejak kecil lagi malah sering memasak di rumah mereka. “Anak-anak ini saya tak dorongkan mereka untuk minat apa yang mereka nak. Saya beri kebebasan apa yang mereka ingin lakukan. Tetapi anak sulung saya ini memang tidak dinafikan yang minat dia dalam bidang masakan sangat ketara sejak umur 7-8 tahun lagi. Jadi bila dia dah mula menjengah ke alam remaja dan berumur 13 tahun, saya tanya dia apa yang dia nak buat nanti
“Jawapan pertama yang dia cakap dekat saya, dia cakap nak jadi chef. Saya kata “Okaylah kalau nak jadi chef kena start dari awal”. Dia pun dah ada bisnes nasi lemak Payish dan dekat dapur rumah ada sahaja benda yang dia akan masak. Saya cuba nak bagi dia peluang untuk berjumpa dengan umum” “Sejujurnya masa dia umur 2-3 tahun itu saya dah mula perasan. Bayangkan kalau saya bagi mainan, mainan yang macam masakan itu yang dia pegang. Dia tak pegang game atau kereta sekali pun, tapi dia mesti pegang sudip atau pisau mainan masa kecil. Saya rasa apa yang dia tengok masa kecil, itu yang menjadi amalan dia dan sekarang dia memang benda itu” kata Fazley kepada Murai.my.
|
gujiwa replied at 22-11-2021 01:08 PM
bukan hari tu memasing diet ke
Acikgomen replied at 22-11-2021 12:49 PM
Astaga azrene sora bodi dah rupa kakmah dah
Patut la jeli jadi iras2 fondan la ni, menurun pak ...
Thunderclouds: Dia ni mcm xdak hala tuju lgsu ...
dudaberhias replied at 22-11-2021 12:49 PM
alhamdulilah mujur anak teruskan legasi ayah jadi chef dan bukan menyanyi...
jangan ulangi kesilapa ...
miracle_forever replied at 22-11-2021 07:10 PM
sempat heols up diri sendiri.. kaka dude nmpk tak hashtag #ifiwasyouidwannabemetoo
yihhhhh si mis ...
ADVERTISEMENT