CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Membazir, Buang Masa- Ezzaty Abdullah Dan Azwan Kombos Berhentikan Anak Sekolah

19-11-2021 10:38 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10947| Komen: 80

Enggan membazir dan membuang masa dengan membiarkan anak kecil mengikuti sesi pembelajaran awal kanak-kanak secara dalam talian, pelakon Ezzaty Abdullah mengambil keputusan memberhentikan anaknya, Harum Dalia daripada prasekolah.


Kata Ezzaty, dia terpaksa berbuat demikian kerana anaknya yang baru berusia tiga tahun itu tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian dalam pembelajaran.

Foto: IG


"Awal tahun ini kami hantar dia ke prasekolah. Tapi kemudian PKP dilaksanakan dan proses pembelajaran diadakan secara dalam talian.

"Dia kecil lagi jadi apabila buat online class dia tak fokus serta kurang faham.


"Jadi bulan Jun lalu saya berhentikan dia daripada prasekolah," katanya kepada mStar.



Bagaimanapun kata isteri kepada aktor Azwan Kombos ini, dia mengambil alih tugas mengajar anaknya itu agar tidak ketinggalan dalam pelajaran.

"Waktu dia masuk online class pun saya yang banyak bantu dia, jadi saya fikir lebih baik saya ambil alih untuk terus ajar dia.

"Selama PKP ni pun kami tak ada kerja penggambaran, jadi memang boleh fokus kepada dia.



"Alhamdulillah buat masa ini dia dah pandai eja ibu dan kenal huruf. Tapi ada yang dia masih tak tahu la," katanya.

Bagaimanapun cerita Ezzaty, suaminya Azwan lebih fokus memberi pendedahan daripada segi persediaan fizikal untuk anak mereka.

"Azwan tak boleh nak jadi cikgu sebab tak ada kesabaran nak mengajar budak-budak.



"Saya memang suka budak sebab pernah kerja di taska. Saya tahu macam mana nak ajar budak.

"Tapi kalau bab aktiviti fizikal dia la yang ajar," ujarnya.



Ezzaty dan Azwan berkahwin pada 16 Julai 2016 dan buat ini mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Harum Dalia. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ezacbee 19-11-2021 11:31 AM
Anak kecik lagi takpelah.
Lain la klo anak2 dah beso.
Quote dudaberhias 19-11-2021 11:34 AM
Kecik lagi takpelah, lagipun sian budak tu confirm dia tak faham bila tengok komputer dah la yang tua nak masuk zoom pun macam babi berkeliaran... Apakan pula bebudak yang kena videocall atau zoom untuk berapa minit je
Quote Yeehaw 19-11-2021 11:35 AM
Ahhhh ghisau ghisau. Betul la tu. Buat apa bayar bulan2 sampai 7,8 ratus kalau setakat belajar kat rumah.

Anak i tadika kemas je. Bulan2 bayar rm20. Tetap gigih hantar ke sekolah ye walau minggu ni budak 3 oranh je yg hadir
Quote brown_pupil 19-11-2021 11:36 AM
motip budak 3 tahun join kelas pre-school online?

budak besar tu kalau masuk play school boleh terima lagi, masuk pre-school mcm over naw mak pak dia..
Quote Cik_jantung 19-11-2021 11:44 AM
Edited by Cik_jantung at 11-1-2022 09:01 AM

..........
Quote mawarkhayalan99 19-11-2021 11:47 AM
dia ni okay cuma tak kenan dgn tok laki dia mcm poyo terlebih
Quote MakareyumSuciey 19-11-2021 11:56 AM
The best is ajar pengurusan diri...ajar nilai dulu. Sekolah ni more to system je lebih. Tak terap pun nilai.
Quote asfaz 19-11-2021 12:12 PM
Baru 3 tahun . Enjoy la dulu dik. Dah 5 tahun baru la masuk pra.
Quote asfaz 19-11-2021 12:14 PM
Yeehaw replied at 19-11-2021 11:35 AM
Ahhhh ghisau ghisau. Betul la tu. Buat apa bayar bulan2 sampai 7,8 ratus kalau setakat belajar kat r ...

Anak buah ai tadika kemas unur 6 tahun. Omak nya cerita cikgu tadika tu langsung tak ajar apa2. Cikgu nak pencen. Kesian weii tahun depan dah drjh 1 ,membaca tak reti lagi. Omaknya ajar, anak buah ai banyak drama lak
Bebudak kan, mak ajar salah cikgu betul
Quote jiwakacau06 19-11-2021 12:20 PM
3tahun...ntah pampers pn xtggl lg.  dh ajr eja
Quote Zaien 19-11-2021 12:27 PM
Owh bru 3 tahun.. kecil lagi.. yela nk hadap zoom on9 ni bkn mudah ye..
Quote ketupatnasi 19-11-2021 12:28 PM

Memang berkeliaran sangat!!
Boss kaka sampai sekarang tak reti hadam nak off mic. Kalau sekreteri tade, lagi huru hara. Pastu bagi kami menatap gambau lobang hidong beliau sepanjang mesorat. Mujur tade serabut mcm abam bodigad pujaan dek duda
Quote makton 19-11-2021 12:29 PM
takat nak ajar budak umur 3thn nak kenal huruf abc takyah la buang duit kelas online. kau ajar sendiri je la kat rumah.
Quote dino 19-11-2021 12:30 PM
dudaberhias replied at 19-11-2021 11:34 AM
Kecik lagi takpelah, lagipun sian budak tu confirm dia tak faham bila tengok komputer  dah la y ...

bkn mcm sohai kepam tu khen
homeschool nak ajar semua.. english hauk dustbin hd dust bean… ajar math campur tolak bhg jah sampai lebam…
Quote akies 19-11-2021 12:33 PM
3tahun..kecik lagi.
Next year hantar masuk preschool
Quote jargon 19-11-2021 12:33 PM
Cik_jantung replied at 19-11-2021 11:44 AM
Asalkan ko tak stopkan terus anak sek macam sohai okaylaaa...  Takat 3 tahun umur bagi je la dia enj ...

Sohai tu sbb takde duit dan malas kerja..klau ko nak sponsor ank dia skolah dia onzzz je..dgn syarat ko sponser,hntar dan jemput ank dia dr skola..gitewww dia punyaaaa slera besar tahap babi gambus dan level pemalas nak mati
Quote missbigrockstar 19-11-2021 12:33 PM
mawarkhayalan99 replied at 19-11-2021 11:47 AM
dia ni okay cuma tak kenan dgn tok laki dia mcm poyo terlebih

Haha sungguh kombos rupa suami nya
Quote TabletSusu 19-11-2021 12:38 PM
isshhh.. aku igt anak dia sekolah rendah ke yg dia merempan
3thn dah hantar sekolah..? x bestnya jadi budak2 zaman la ni
Quote Kurex 19-11-2021 12:42 PM
Kakak iols hantar anaknya tadika seawal 3 tahun. Mak iols tak setuju hantar sebulan je. Mak iols cakap belajar adab dulu, biar budak2 rasa zaman kanak2..

Lihat semua komen(80)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:33 PM GMT+8 , Processed in 0.060715 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top