CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Kios Boleh Buat, Tak Kan Anak Tak Boleh Buat?"-Kawan Bergurau Dengan Nadiyah Shahab

19-11-2021 09:57 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6162| Komen: 32

Description: Selepas tiga tahun bekerja keras mengukuhkan jenama Absolut Chocolat termasuk memiliki kios fizikal pertama di pusat beli-belah Mid Valley, Kuala Lumpur, pasangan suami isteri, Ben Ali dan Nadiyah Sha ...
Selepas tiga tahun bekerja keras mengukuhkan jenama Absolut Chocolat termasuk memiliki kios fizikal pertama di pusat beli-belah Mid Valley, Kuala Lumpur, pasangan suami isteri, Ben Ali dan Nadiyah Shahab terus diaju persoalan mengenai cahaya mata.


Sejak bernikah pada 10 November 2018, pasangan sama padan itu dilihat begitu aktif dalam dunia perniagaan diusahakan mereka.

Kedua-duanya yang terlebih dulu bermula sebagai pelakon juga dilihat sanggup memperlahankan rentak seni.


Foto: IG

Contohnya, Ben atau nama sebenarnya, Nur Ali Nadzwan sudah tidak lagi berlakon. Bagaimanapun, Nadiyah pula tampak lebih memilih dalam mempertimbangkan tawaran lakonan.


Nadiyah atau nama sebenarnya Sharifah Nadiyah Syed Fuad Al Shahab berkata, mereka tak pernah putus berharap dan berusaha untuk dikurniakan cahaya mata sebagai pelengkap rumah tangga.



"Siapa yang tak mahu anak? Bayangkan dalam perniagaan kami usahakan pun, sudah 'lahir' kios fizikal pertama di Mid Valley. Mestilah kalau boleh dan diizinkan, kami nak anak juga. Malah ada teman berseloroh, kios fizikal boleh diadakan, takkan anak sendiri tidak boleh diusahakan.

"Jujur, ikutkan baik saya dan Ben memang nak anak. Kalau boleh sekarang pun memang nak jadikan ia kenyataan. Tapi kita hanya, merancang dan berusaha. Selebihnya, kuasa Tuhan," katanya.

Pelakon kelahiran Singapura yang menempa nama di Malaysia itu turut menepis cerita kononnya dia tidak mahu hamil.



"Tak ada istilah saya tak nak hamil. Semestinya kahwin itu sebagai isyarat untuk kita terus menambah zuriat dan keturunan. Cuma baik saya dan suami memang terlalu fokus bekerja. Masing masing mempunyai peranan penting dalam syarikat.

"Saya sendiri lebih kepada penjenamaan, penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan kerja sumber manusia. Suami saya pula terarah kepada kerja pemasaran, kewangan, pembangunan perniagaan serta operasi syarikat.

"Dalam hal berniaga ini, kami tidak boleh ambil mudah. Untuk mengukuhkan jenama Absolut Chocolat bukan perkara yang dibuat dalam masa singkat. Apatah lagi dalam keadaan dunia diuji dengan pandemik Covid-19," katanya.





Dalam pada itu, Nadiyah yang memikul tanggungjawab sebagai Ketua Pengarah Eksekutif, Absolut Brands Sdn Bhd teruja kerana impian mempunyai kios pertama akhirnya menjadi kenyataan.

"Kebiasaannya sektor luar talian atau 'offline' di pusat beli belah didominasi bangsa lain. Jadi apabila ia menjadi realiti, saya bersyukur sangat. Malah kami merancang untuk tambah empat lagi cawangan kios di pusat beli belah sekitar Lembah Klang termasuk Pavilion KL dalam tahun ini. Ikut perancangan selepas ini akan ditambah lima kios sebelum April 2022. Ia menjadikan keseluruhan cawangan sebanyak 10 cawangan bagi suku pertama tahun depan.



"Selama ini, 85 peratus daripada pelanggan kami dalam kalangan orang Melayu. Tapi kini sejak ada kios itu, pelanggan dari bangsa Cina pun sudah ada. Lucunya menerusi bancian kami lakukan di pusat beli belah itu, ada anggap jenama kami dari Korea Selatan," katanya sambil memberitahu perniagaan diusahakan baru baru ini turut diiktiraf Superbrands International dan dianugerahkan Superbrands Malaysia's choice 2020. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CARI-MRO 19-11-2021 09:57 AM
Selepas tiga tahun bekerja keras mengukuhkan jenama Absolut Chocolat termasuk memiliki kios fizikal pertama di pusat beli-belah Mid Valley, Kuala Lumpur, pasangan suami isteri, Ben Ali dan Nadiyah Shahab terus diaju persoalan mengenai cahaya mata.


Sejak bernikah pada 10 November 2018, pasangan sama padan itu dilihat begitu aktif dalam dunia perniagaan diusahakan mereka.


Kedua-duanya yang terlebih dulu bermula sebagai pelakon juga dilihat sanggup memperlahankan rentak seni.




Foto: IG




Contohnya, Ben atau nama sebenarnya, Nur Ali Nadzwan sudah tidak lagi berlakon. Bagaimanapun, Nadiyah pula tampak lebih memilih dalam mempertimbangkan tawaran lakonan.


Nadiyah atau nama sebenarnya Sharifah Nadiyah Syed Fuad Al Shahab berkata, mereka tak pernah putus berharap dan berusaha untuk dikurniakan cahaya mata sebagai pelengkap rumah tangga.




[ig]https://www.instagram.com/p/CWQNcEohuOR/[/ig]



"Siapa yang tak mahu anak? Bayangkan dalam perniagaan kami usahakan pun, sudah 'lahir' kios fizikal pertama di Mid Valley. Mestilah kalau boleh dan diizinkan, kami nak anak juga. Malah ada teman berseloroh, kios fizikal boleh diadakan, takkan anak sendiri tidak boleh diusahakan.


"Jujur, ikutkan baik saya dan Ben memang nak anak. Kalau boleh sekarang pun memang nak jadikan ia kenyataan. Tapi kita hanya, merancang dan berusaha. Selebihnya, kuasa Tuhan," katanya.


Pelakon kelahiran Singapura yang menempa nama di Malaysia itu turut menepis cerita kononnya dia tidak mahu hamil.




[ig]https://www.instagram.com/p/CWDSiwRBx54/[/ig]



"Tak ada istilah saya tak nak hamil. Semestinya kahwin itu sebagai isyarat untuk kita terus menambah zuriat dan keturunan. Cuma baik saya dan suami memang terlalu fokus bekerja. Masing masing mempunyai peranan penting dalam syarikat.


"Saya sendiri lebih kepada penjenamaan, penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan kerja sumber manusia. Suami saya pula terarah kepada kerja pemasaran, kewangan, pembangunan perniagaan serta operasi syarikat.


"Dalam hal berniaga ini, kami tidak boleh ambil mudah. Untuk mengukuhkan jenama Absolut Chocolat bukan perkara yang dibuat dalam masa singkat. Apatah lagi dalam keadaan dunia diuji dengan pandemik Covid-19," katanya.




[ig]https://www.instagram.com/p/CVAXskgBJf2/[/ig]





[ig]https://www.instagram.com/p/CUwrOEshl1w/[/ig]



Dalam pada itu, Nadiyah yang memikul tanggungjawab sebagai Ketua Pengarah Eksekutif, Absolut Brands Sdn Bhd teruja kerana impian mempunyai kios pertama akhirnya menjadi kenyataan.


"Kebiasaannya sektor luar talian atau 'offline' di pusat beli belah didominasi bangsa lain. Jadi apabila ia menjadi realiti, saya bersyukur sangat. Malah kami merancang untuk tambah empat lagi cawangan kios di pusat beli belah sekitar Lembah Klang termasuk Pavilion KL dalam tahun ini. Ikut perancangan selepas ini akan ditambah lima kios sebelum April 2022. Ia menjadikan keseluruhan cawangan sebanyak 10 cawangan bagi suku pertama tahun depan.




[ig]https://www.instagram.com/p/CUZy8b0hAnP/[/ig]



"Selama ini, 85 peratus daripada pelanggan kami dalam kalangan orang Melayu. Tapi kini sejak ada kios itu, pelanggan dari bangsa Cina pun sudah ada. Lucunya menerusi bancian kami lakukan di pusat beli belah itu, ada anggap jenama kami dari Korea Selatan," katanya sambil memberitahu perniagaan diusahakan baru baru ini turut diiktiraf Superbrands International dan dianugerahkan Superbrands Malaysia's choice 2020. -CARI


Sumber: Harian Metro
Quote Normabaru 19-11-2021 11:00 AM
3 tahun fizikal shop baru ada sekarang? Lemaaaahhhh
Quote Yeehaw 19-11-2021 11:40 AM
Sekarang ni i just nak tau yang buat face job bnyak2 tu aim nak muka macam apa? Nak jadi robot ke apa? Keras kejung
Quote LadyDee88 19-11-2021 01:01 PM
rupanya geng muka putih kaki itam gak dia ni.. igtkan putih ori...hehe
Quote Parit.Hilton 19-11-2021 01:17 PM
Normabaru replied at 19-11-2021 11:00 AM
3 tahun fizikal shop baru ada sekarang? Lemaaaahhhh

eh chuols kira power la tu. zaman now mana org berani nak bukak fizikal store. chuols tgk brand mcm poplook, baru berapa tahun ni berani bukak fizikal.

Quote Parit.Hilton 19-11-2021 01:17 PM
anyways macam mana konsep kedai sheols ni. jual coklat timbang2 ke apa.
Quote sukacactus 19-11-2021 01:19 PM
Plastiknya rupa ko
Elok lg zaman dia jd host travelogue dl
Quote dudaberhias 19-11-2021 01:22 PM
Fokus je lah kek tu, ada rezeki nak dapat anak ada la tu nanti... Kek sheolss ni rega RM70+ taph portion lagi banyak dari mamasabariah yang kek nipis ya amat dan frosting tebal sekali ngap tu. Tapi takleh la iols nak kata sedap sangat dah iolss pernah makan kek2 lain lagi sedap... Yang culinary chef buat tapi best packaging kek dia ada benda2 tuang semua tu boleh tuang sendiri. Cumanya memang manis potong kaki... Separuh kek tu saja kudung sebelah kaki kalau sekali ngap satu kek tu dalam sehari... Esok J&T dah hantar kad OKU depan umah
Quote mizzmimi 19-11-2021 01:28 PM
"kios fizikal boleh diadakan, takkan anak sendiri tidak boleh diusahakan"

Apoo mentality macam ne. Ingat sekali cret terus boyot ke.. Ingatkan kengkawan depa urbanites seperti gaya depa pemikiran pon urban jugak tapi ...
Quote Fazzbulous 19-11-2021 01:30 PM
dudaberhias replied at 19-11-2021 01:22 PM
Fokus je lah kek tu, ada rezeki nak dapat anak ada la tu nanti... Kek sheolss ni rega RM70+ taph por ...

kak dud ngn kek mamasabariah million million berpisah tiada...wakakakak..agak2 brapa  sale kek dia thun ni?huuuhuhu
Quote NFBZCantik 19-11-2021 02:33 PM
takutlaa tgk muka diaa. fake sgt
Quote fealefea 19-11-2021 05:11 PM
kalau tgk HD aduh takot sgt
Quote irvene 19-11-2021 05:14 PM
seram tgk dia pakai dress oren biru tu. nampak gemss
Quote cmf_premierleag 19-11-2021 05:17 PM
mizzmimi replied at 19-11-2021 01:28 PM
"kios fizikal boleh diadakan, takkan anak sendiri tidak boleh diusahakan"

Apoo mentality macam ne.  ...

ntahnya...cam babi tonyok je kan kawan2 ben dan nadia nih
ntah2 memasing duk dlm flat pprt jah
sedangkan ben dan nadia duk umah agam ada swimming pool lg.
sibuk lak kwn2 spesis babi tonyok ni nk persoalkan ngape blom dpt anak lg
Quote aammyy 19-11-2021 05:38 PM
Isu anak ni isu yang sgt sensitif. Walaupun baru kahwin setahun dah ada orang sibuk2 tanya. Bagi aku, enjoy la at least setahun berdua. Kalau dorang takde rezeki tu takde la. Takde maknanya kalau merancang taknak anak tu terus tak dapat ye. Aku helok je plan, dapat jugak anak bila tiba masa. Rezeki orang lain2. Tak faham la jenis mulut takde insurans ni. Tapi aku rasa walaupun dia founder, dia kena stop makan kek ni kot, mana tau semua punca pemakanan je.
Quote naina 19-11-2021 05:46 PM
Haritu ada tengok drama dia berlakon
Rasanya masa awal2 berlakon kot
Cantik je dia muka x fake pun
Tapi sekarang alahai..banyak beza tol
Quote Normabaru 19-11-2021 08:55 PM
Parit.Hilton replied at 19-11-2021 03:17 PM
eh chuols kira power la tu. zaman now mana org berani nak bukak fizikal store. chuols tgk brand mc ...

Poplook menang award mcm dorg x Klu xmenang mmg lemahhhh
Quote TerataiMelur02 19-11-2021 09:02 PM
Ada yang tau ke Ben ni anak orka ke? Kalau bininya berdasarkan apa yang d cerita kan oleh Ben marhaen je.

Buka fizikal shop d saat peniaga lain banyak gulung tikar dalam masa sama reno rumah.

Lepas tu dalam perancangan nak buat absolute food fest. Memang wow!
Quote Raline 20-11-2021 05:30 PM
@trexxxxxi DAH ADA LA...

https://b.cari.com.my/forum.php? ... =5006033&extra=

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:07 PM GMT+8 , Processed in 0.236220 second(s), 64 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top