|
Selepas tiga tahun bekerja keras mengukuhkan jenama Absolut Chocolat termasuk memiliki kios fizikal pertama di pusat beli-belah Mid Valley, Kuala Lumpur, pasangan suami isteri, Ben Ali dan Nadiyah Shahab terus diaju persoalan mengenai cahaya mata.
Sejak bernikah pada 10 November 2018, pasangan sama padan itu dilihat begitu aktif dalam dunia perniagaan diusahakan mereka. Kedua-duanya yang terlebih dulu bermula sebagai pelakon juga dilihat sanggup memperlahankan rentak seni. Contohnya, Ben atau nama sebenarnya, Nur Ali Nadzwan sudah tidak lagi berlakon. Bagaimanapun, Nadiyah pula tampak lebih memilih dalam mempertimbangkan tawaran lakonan.
Nadiyah atau nama sebenarnya Sharifah Nadiyah Syed Fuad Al Shahab berkata, mereka tak pernah putus berharap dan berusaha untuk dikurniakan cahaya mata sebagai pelengkap rumah tangga.
|

Normabaru replied at 19-11-2021 11:00 AM
3 tahun fizikal shop baru ada sekarang? Lemaaaahhhh
tapi best packaging kek dia ada benda2 tuang semua tu boleh tuang sendiri. Cumanya memang manis potong kaki... Separuh kek tu saja kudung sebelah kaki
kalau sekali ngap satu kek tu dalam sehari... Esok J&T dah hantar kad OKU depan umah
dudaberhias replied at 19-11-2021 01:22 PM
Fokus je lah kek tu, ada rezeki nak dapat anak ada la tu nanti... Kek sheolss ni rega RM70+ taph por ...
mizzmimi replied at 19-11-2021 01:28 PM
"kios fizikal boleh diadakan, takkan anak sendiri tidak boleh diusahakan"
Apoo mentality macam ne. ...
Parit.Hilton replied at 19-11-2021 03:17 PM
eh chuols kira power la tu. zaman now mana org berani nak bukak fizikal store. chuols tgk brand mc ...

Klu xmenang mmg lemahhhh 
ADVERTISEMENT