CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dah Menang Anugerah, Dinie Rashid Mahu Kekal Relevan Dalam Industri

19-11-2021 09:44 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2070| Komen: 5

Description: Rezeki tidak pernah salah alamat.
Rezeki tidak pernah salah alamat.

Itulah kata-kata yang dapat menggambarkan kemenangan penyanyi, Dinie Rashid dalam kategori Artis Baharu Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular BH ke-34 (ABPBH34), baru-baru ini.


Walaupun kehadirannya sebagai penyanyi dalam industri muzik tanah air 'diraikan' oleh pandemik Covid-19, itu tidak menghalang Dinie untuk terus meluahkan kesyukuran atas penerimaan baik oleh peminat.

Foto: IG


"Saya tak pernah meletakkan harapan yang terlalu tinggi. Dapat tercalon dalam satu kategori pun sudah menjadi satu penghargaan besar buat saya sebagai pendatang baharu.


"Saya tak nafikan rasa sedih kerana tak dapat melalui proses dan buat benda-benda yang dilakukan oleh artis-artis sebelum penularan Covid-19. Namun, saya sangat bersyukur kerana peminat masih dapat menerima kehadiran saya dengan sangat baik," katanya.

Ditanya mengenai usahanya untuk memastikan namanya kekal relevan memandangkan artis baru muncul seperti cendawan selepas hujan, Dinie akan sentiasa memastikan dirinya tampil dengan material yang lebih baik.


"Saya tak nafikan memang akan sentiasa ada pendatang baharu yang muncul dan anugerah ini juga sentiasa bertukar tangan. Doakan perjalanan saya. Insya-Allah, saya akan berusaha untuk keluarkan material yang lebih baik.

"Saya akan cuba lakukan yang terbaik untuk kekal relevan dalam industri muzik ini," katanya.

Dalam laporan Harian Metro sebelum ini, Dinie menegaskan bahawa kehadirannya dalam industri muzik tanah air bukan bertujuan untuk meraih simpati peminat dengan kekurangannya yang cacat penglihatan.



"Saya tak mahu gunakan kekurangan saya sebagai ruang untuk meraih simpati sebaliknya, saya akan gunakannya untuk keluarkan kelebihan saya sekali gus membuktikan kemampuan saya sebagai penyanyi.

"Saya bersyukur dengan segala rezeki yang saya terima sepanjang proses ini," katanya.

Dikenali sebagai pakar motivasi sebelum melangkah masuk ke dalam industri seni, Dinie juga kini ditawarkan peluang untuk melebarkan sayap seninya dalam bidang lakonan.




"Saya ada terima tawaran lakonan, namun saya perlu fikirkannya kalau ada yang sesuai atau tidak. Terbaru, saya kini baru saja selesai menyiapkan single baru dan akan dilancarkan tidak lama lagi," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 19-11-2021 10:29 AM
Iols tak kenal
Quote NekNgah 19-11-2021 04:05 PM
Sedap aje nyanyian Dinie ni.  Peserta Big Stage.

Dulu start as Duo dengan Khai.



Quote NekNgah 19-11-2021 04:13 PM
Edited by NekNgah at 20-11-2021 05:12 PM

Lagu-lagu masa dengan Khai jadi OST drama.
[youtube]-T17jk4w774[/youtube]
[youtube]F2KLN6rYnOg[/youtube]

Quote ketupatnasi 19-11-2021 04:18 PM
Rezeki tak penah salah alamat.. Stended la statement pemenang. Ce kau tnya pengalah

Btw..tak berapa tahu kewudujan beliau. Mungkin sebab tade gossip bebodo.
Quote cicicumel 22-11-2021 11:14 AM
pelik2 pemenang ABP ni..klu ikut populariti, rasanya bdk2 Hero Remaja lagi layak

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:54 AM GMT+8 , Processed in 0.042004 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top