CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hong Kong "Pancing" Babi Keluar Untuk Dibunuh

19-11-2021 09:03 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3382| Komen: 20

Hong Kong memulakan operasi memusnahkan babi hutan berikutan serangan ke atas seorang pegawai polis.

Tujuh haiwan terbabit terbunuh selepas mereka dipancing ke jalan oleh pegawai hidupan liar, mencetuskan kemarahan daripada aktivis pada hari Khamis.


Terkenal dengan bangunan pencakar langit dan kepadatannya, Hong Kong juga mempunyai kawasan pergunungan subtropika dan taman luas yang menempatkan sejumlah besar babi liar Eurasia.


Foto: Edmond So

Hong Kong minggu lalu mengumumkan dasar baharu untuk menangkap dan membunuh babi hutan yang muncul di kawasan bandar, tiga hari selepas seorang pegawai polis cedera di kaki disebabkan serangan babi.


Dalam operasi yang dilakukan pada Rabu, pegawai dilihat menutup jalan di daerah Aberdeen dan menaburkan serbuk roti di atas tanah.

Sekumpulan babi hutan tidak lama kemudian muncul dan ditembak dengan dart penenang sebelum diberi suntikan maut.

Hong Kong pernah membenarkan sebilangan kecil pemburu menembak babi hutan.

Tetapi pada 2017 ia bertukar kepada dasar tangkap, neuter dan penempatan semula.

Dasar tersebut dilaporkan gagal, dengan populasi babi hutan melonjak sekitar 1,800 dan 3,300. -CARI

Sumber: mStar/ South China Morning Post

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 19-11-2021 09:25 AM
top speed babi hutan ni 40km/h.. sama cm kelajuan friska lari rentas desa
Quote Supersirap 19-11-2021 09:38 AM
Dasar khinzir betul
Quote makadek 19-11-2021 09:39 AM
Eh bkn depa p3mkan babi tegar ke
Quote nononcrux 19-11-2021 10:05 AM
pengeksport babi terbesar barangkali
Quote gujiwa 19-11-2021 10:13 AM
hish.. mmg cepat betul membiak ...
teringat plak alikhsan masuk binatang ni.. macam ntah leh sesat masuk
Quote jas7512 19-11-2021 11:55 AM
nononcrux replied at 19-11-2021 10:05 AM
pengeksport babi terbesar barangkali

Klu i x silap baca..actually usa adalah pengeksport babi terbsr..klu forumers ada maklumat lain..blh btlkan statement i
Quote Artemesiaa 19-11-2021 12:02 PM
Dah ramai anggotanya cedera mana tak dicari habis habisan
Quote n3ar 19-11-2021 12:18 PM
asal tak ditangkap, dihantar kt kedai makan... kurang sikit krisis makanan
Quote doubleharmonic 19-11-2021 12:42 PM
babi nya     
Quote doubleharmonic 19-11-2021 12:42 PM
eh babi. ko dah kenapa babi?
Quote dani-rox 19-11-2021 03:31 PM
masak kari, buat pekasam dan floss jah
Quote edayildiz 19-11-2021 08:32 PM
khinzir hutan ni yg kaler black tu kan..kwn i ckp sdp dr yg pink tu
Quote Firenzza 19-11-2021 08:51 PM
Pencinta babi kt msia xmo buat demo kt sana ke?
Quote kakikuDibibirmu 19-11-2021 09:11 PM
Manakala di Malaysia pula, babi ditembak untuk dibunuh

[youtube]JQm9sXYF7Bk[/youtube]
Quote KIM.K 19-11-2021 09:12 PM
Msia pun buat gini
Kalau babi attack sesiapa sampai maut, tuan tanah tu tanah dia kena lelong
Quote pyropura 20-11-2021 02:45 AM
Hongkong takde YB. 'Babi' exco.PN UMNO
Quote CikYaYaYa 21-11-2021 09:43 PM
kesian babi.. eh bukan diorang makan ke babi .?  
Quote zuraidah1 21-11-2021 10:47 PM
edayildiz replied at 19-11-2021 08:32 PM
khinzir hutan ni yg kaler black tu kan..kwn i ckp sdp dr yg pink tu

Umah aku byk babi utan..beso2 itam taring panjang..aku tanam pokok betik dia cabut gemburkn tanah..geram tul aku..aku nk tembak seko2 jual Bru Tau..paip aku pon bocor dia sodok..
Quote Tinot7 22-11-2021 05:11 AM
zuraidah1 replied at 21-11-2021 10:47 PM
Umah aku byk babi utan..beso2 itam taring panjang..aku tanam pokok betik dia cabut gemburkn tanah. ...

tak voley minta org pi tembak ka?

[youtube]n-SbnD98tGs[/youtube]

bahaya kott kalau byk sgt..

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 06:01 PM GMT+8 , Processed in 0.066658 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top