CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dicabul Ayah Angkat Sejak Umur 6 Tahun, Balik Tadika Disuruh Pegang Anu

19-11-2021 09:19 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3112| Komen: 17

Description: Seorang kanak-kanak yang menjadi mangsa dicabul bapa angkatnya sejak berusia enam tahun hanya mengetahui bahawa perbuatan tersebut salah apabila dia mengikuti kelas pendidikan seks ketika berusia 11 t ...
Seorang kanak-kanak yang menjadi mangsa dicabul bapa angkatnya sejak berusia enam tahun hanya mengetahui bahawa perbuatan tersebut salah apabila dia mengikuti kelas pendidikan seks ketika berusia 11 tahun.


Mangsa yang kini berusia 18 tahun juga dilaporkan tidak tahu bahawa dia telah diambil sebagai anak angkat sehinggalah dia membuat laporan polis - 11 tahun selepas kali pertama dia menjadi mangsa kerakusan ayah angkatnya itu.

Bapa angkat terbabit, 65 merupakan seorang penjaja yang telah berkahwin dan tinggal di sebuah flat di Punggol di Singapura.


Foto: Mstar Online

Dia mengambil mangsa sebagai anak angkat ketika dia masih bayi.

Dia dijatuhkan hukuman penjara 32 bulan dan 10 minggu pada Khamis (18 November) selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan mencabul seseorang di bawah umur 14 tahun, dan satu pertuduhan mencabul.

Hukuman penjara 10 minggu itu dikenakan sebagai ganti rotan, kerana lelaki itu tidak boleh dirotan memandangkan usianya lebih 50 tahun.

Dua lagi pertuduhan yang serupa turut dipertimbangkan ketika hakim menjatuhkan hukuman.

Semua pihak dalam kes itu tidak boleh dinamakan kerana perintah gag yang melindungi identiti mangsa.

Mangsa kini belajar di sebuah politeknik.

Pada 2009, ketika mangsa berusia enam tahun, dia pulang ke rumah selepas tamat pengajian tadika dan berehat di atas katilnya.

Ayahnya kemudian berbaring di sebelahnya, memegang tangannya dan meletakkan pada kemaluannya.

Gadis itu tidak bertindak balas kerana dia tidak faham apa yang dia lakukan.

Lelaki itu kemudian menanggalkan pakaian dan menyuruh gadis itu melakukan aksi seksual ke atasnya. Dia turut mencabulnya.

Gadis terbabit dikatakan tidak tahu bahawa tindakan lelaki itu merupakan serangan seksual, sehingga dia menghadiri pendidikan seks di sekolah pada 2014, iaitu ketika dia berada di Darjah 5.

Dia tidak memberitahu sesiapa mengenai perbuatan itu kerana takut tidak ada sesiapa yang akan dipercayainya.

Bagaimanapun, dia mula keluar sehingga lewat untuk mengelak pulang ke rumah.

Pada 2018, apabila gadis itu berusia 15 tahun bapanya sekali lagi mencabul mangsa.

Gadis itu mendedahkan serangan seksual itu kepada kaunselor dan pengetua sekolahnya, dan kemudiannya membuat laporan polis pada 2 Oktober 2020 sebelum bapa ditahan. -CARI

Sumber: mStar/ Yahoo News Singapore

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stingerfossils 19-11-2021 09:20 AM
Pigeon holes community
Quote 3chanceno 19-11-2021 09:23 AM
Kesiannya trauma budak nie

Quote Supersirap 19-11-2021 09:39 AM
dasar khinzir punya orang
Quote nononcrux 19-11-2021 09:41 AM
hati hitam otak benak perangai setan
Quote sukacactus 19-11-2021 10:05 AM
Mcm ringan je hukuman
Kesian ank dia trauma seumur hidup
Quote missyL 19-11-2021 10:29 AM
KesianNye..
Di amek jadi anak angkat tok tujuan x btol
Trauma smpi bile2 bdk tu. Semoga die kuat
Quote gideoncross 19-11-2021 10:30 AM
This girl ambil tindakan sndri, good for you, smoga ada pngadilan utk dia. U go girl.
Quote VirusDetected 19-11-2021 10:53 AM
setannnn
Quote Artemesiaa 19-11-2021 11:07 AM
Pendidikan yang menjadi isu taboo akhirnya menjadi penyelamat buatnya
Quote musangbodoh 19-11-2021 02:43 PM
pedo.......
Quote KIM.K 19-11-2021 05:37 PM
Silibus pend seks sekarang termasuk safety, abuse & rights ke. Pelajar ni baru mengerti bila diajar
Quote Decaffeinated 19-11-2021 06:12 PM
bahasa melayu yahoo sg bertiang lebih elok dari Google translate tapi masih boleh diperbaiki

anyway, melayu ka ni? motif susah2 translate

Quote ina_na 19-11-2021 09:56 PM
Setannnnnn
Quote skippy 19-11-2021 09:59 PM
the importance of sex education. but here, it's considered as taboo because it "Encourages" children to have sex, like seriously
Quote kakikuDibibirmu 19-11-2021 10:55 PM
Hael Husaini tersenyum sinis dengan anak angkat
Quote laradelara 19-11-2021 11:45 PM
sukacactus replied at 19-11-2021 10:05 AM
Mcm ringan je hukuman
Kesian ank dia trauma seumur hidup

Kat spore mmg cenggitu sis. Ummah slalu puji spore & kutuk negara sndri. Tapi dorg xtau kalo kat sana, kes jenayah & esp sexual nature ringan jaa hukuman. Msia & sistem penghakiman yg slalu dikutuk ni lagi bagus when it comes to sentencing utk sexual crimes.. Tak perfect but lagi ok lah
Quote lyshafull 19-11-2021 11:46 PM
Semoga neraka tempat mu wahai si bapa …

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 11:01 PM GMT+8 , Processed in 0.068447 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top