CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dr Chai Meninggal Dunia Selepas Terima Suntikan Penggalak, DG Hisham Mohon Henti Spekulasi

19-11-2021 09:00 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 851| Komen: 3

Description: Pegawai kanan Kementerian Kesihatan yang meninggal dunia seminggu selepas menerima suntikan penggalak Covid-19 tidak mengalami sebarang kesan sampingan yang luar biasa selepas vaksinasi, kata Ketua Pe ...
Pegawai kanan Kementerian Kesihatan yang meninggal dunia seminggu selepas menerima suntikan penggalak Covid-19 tidak mengalami sebarang kesan sampingan yang luar biasa selepas vaksinasi, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.


Dr Noor Hisham berkata kematian mengejut Dr Chai Koh Meow pada 17 November masih dalam siasatan dan menggesa orang ramai supaya tidak membuat spekulasi mengenai kes itu.


Foto: The Star

"Dr Chai menerima suntikan penggalak Covid-19 pada 9 Nov. Dia tidak melaporkan sebarang kesan sampingan yang luar biasa selepas menerima suntikan itu. Malah, dia menghadiri kerja seperti biasa sehingga 16 Nov.


“Siasatan punca kematian masih diteruskan. Kementerian meminta semua pihak tidak membuat spekulasi berhubung kes itu sehingga keputusan bedah siasat rasmi dikeluarkan.

“Kementerian juga merayu kepada orang ramai supaya menghormati privasi keluarga si mati,” kata Dr Noor Hisham dalam catatan Facebook pada Khamis (18 Nov).

Dr Chai merupakan penolong pengarah kanan bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari dan berpangkalan di ibu pejabat kementerian itu.

Dr Noor Hisham berkata Dr Chai amat disenangi oleh rakan-rakannya, orang ramai serta komuniti perubatan tradisional dan komplementari.

“Kementerian berdukacita atas pemergian salah seorang pegawai yang komited dan berdedikasi dengan tugasnya.

“Semoga rohnya dicucuri rahmat,” kata Dr Noor Hisham. -CARI

Sumber: mStar/ The Star

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini

Komen Terbaru

Quote orkid_amani 19-11-2021 08:38 PM
Kita boleh refuse kan utk booster injection & 3rd dose ni..selagi gov xmain wayang..xdak 3rd dose @ booster xboleh rentas negeri ka apa ka..me cukup la complete 2dose ja. Koser nak tadah p cucuk
Quote Normabaru 19-11-2021 11:16 AM
Punyala takut viral.. Smpi dlm news pon xkua.. Hehe
Quote CiliPadiSedap 19-11-2021 09:24 AM
moga diknah ada kredit lagi untuk komen isu ni. harap diknah boleh pinjam kredit stinger

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 04:27 AM GMT+8 , Processed in 0.027370 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top