CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ramai Sangka Kimberly Chuah Orang Melayu, Fasih Dan Suka Sambal Belacan

18-11-2021 11:16 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6140| Komen: 25

"Hampir setiap hari jika berjumpa orang, pasti ada yang sangka dan ingatkan saya orang Melayu," kata Kimberly Chuah.

Gadis berbangsa Cina berusia 21 tahun itu mendapat perhatian warganet di aplikasi TikTok kerana kefasihannya bertutur dalam bahasa Melayu.

Perkongsiannya itu kini meraih lebih 1.5 juta tontonan dan turut menerima reaksi positif warganet di ruangan komen.


Foto: IG

Antara video menarik adalah pengakuannya yang gemarkan sambal belacan dan sekiranya tiada lauk, dia menjadikan nasi, telur dan sambal belacan seperti makanan ruji.

Bercerita lanjut, Kimberly berkata, kefasihannya bertutur dalam bahasa Melayu adalah perkara biasa dan bukannya suatu yang unik.

"Suasana saya membesar mungkin menjadi faktor cara saya bertutur sehingga seakan-akan orang Melayu.

"Sejak kecil, saya mempunyai ramai rakan Melayu di sekolah dan ibu bapa yang berketurunan Baba Nyonya biasa menggunakan bahasa Melayu di rumah," katanya ketika dihubungi Harian Metro.



Dia yang menetap di Setapak, berkata jika penggunaan bahasa Melayu menjadi bahasa pertuturan harian setiap rakyat Malaysia, pastinya hubungan silaturahim antara masyarakat berbilang kaum dapat dieratkan.

Katanya, jika bertemu dengan orang Cina, kebiasaannya dia akan bertutur dengan bahasa Melayu walaupun mereka boleh berbahasa Mandarin.



"Daripada segi penguasaan bahasa, bahasa Melayu dan Inggeris saya lebih baik berbanding bahasa Mandarin atau Hokkien.

"Saya baru berjinak-jinak dalam industri lakonan bermula tahun lalu dan kini menjalani penggambaran drama Melayu yang akan disiarkan di RTM.

"Sebelum ini saya menjadi watak sampingan dalam drama Kelmarin Cinta yang disiarkan di TV Okey," katanya.

Menurutnya, ketika di set penggambaran, ramai kru produksi bertanya sama ada dia berbangsa Cina atau Melayu dan hampir setiap hari soalan sama diajukan.




Katanya, dia berharap perkongsiannya itu dapat memberi impak positif kepada masyarakat lain terutama dalam menyuntik perasaan mencintai bahasa kebangsaan.

"Saya terkejut apabila video itu tular sedangkan bagi saya, orang Cina cakap Melayu itu biasa, ramai saja di luar sana.

"Pada masa sama, saya gembira ia dapat perhatian warganet sekurang-kurangnya dapat membantu menonjolkan diri saya dalam industri kerana bergelar pelakon sudah menjadi impian sejak kecil," katanya yang turut aktif dalam pementasan teater. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dejure 18-11-2021 11:18 AM
Xde apa yg pelik pon sebenarnya.lg meluat tgk melayu yg dibesarkan di malaysia tp bila bercakap nak ada slang2 orgputih tu.
Quote mamajawie 18-11-2021 12:05 PM
ok lizzy tan da ada pengganti..NEXT!!
Quote c===8 18-11-2021 12:24 PM
kalau tgh mkn kat melaka biasa je dgr cina sesama cina sembang dlm bm
Quote babelina 18-11-2021 12:28 PM
mmg pelik ker.. cina pndai ckp melayu.. india pandai ckp melayu.. dh duduk nya ke malaysia.. yg x taw bahasa melayu.. tu yg ptt dipelikkn..
Quote missmeornot 18-11-2021 12:49 PM
suka tengok sheol ni comelll je. mcm sally pun ade maybe sbb gigi tu n she memang suka bercakap sampai kita yg dengar pulak rasa penat
Quote damian_lee 18-11-2021 12:51 PM
yang peliknya lahir kat malaysia
membesar kat malaysia
tapi bahasa kebangsaan pun x fasih ada langsung xreti

itu lagi pelik (tapi sayang itu adalah norma bukan kepelikan)
Quote dudaberhias 18-11-2021 01:50 PM
apa yang peliknyaaa???
pernah ke melaka ke tak dikk oiii...

bukan ke bahasa melayu tu memang bahasa kebangsaan? normal la kalau ada orang bukan melayu yang fasih...

tapi yerr la meleis sekarang yang sibuk ajet2 speaking english supaya boleh blend dengan geng2 bangsar bubble... lepastu sibuk membetulkan grammar orang sesambil penulisan bahasa melayu sendiri haukkkkk dan muka nusantara habis... kalau letak muka dia sebelah candi borobudur dan prambanan tu kita ingat dia patung asal leluhur situ... kalau letak mukanya sebelah lembah bujang tu pulak kita ingat dia penjaga tapak kuil tu sejak beribu tahun...
Quote makton 18-11-2021 01:53 PM
tak pelik laa.. mekyun siap ckp kelate lagi
Quote Kurex 18-11-2021 02:09 PM
3 orang cina dekat opis iols cakap bahasa Melayu mulia syurga.. tak de pelat langsung. Yg sorang cina peranakan, yg sorang cina kelantan, yg lagi sorang, dia sekolah dekat sekolah kebangsaan.. makan sambal belacan, guna tangan.. tak reti tulisan cina & yg peranakan tu tak reti cakap cina langsung
Quote Nt-ViruS 18-11-2021 02:26 PM
comel gak. cium leher dia sedap ni.
Quote missyL 18-11-2021 03:17 PM
Comey la die nie.
I baru knl arini haha
Ironi nye yg cina pn x sexy mcm melayu
Quote anilanil 18-11-2021 04:22 PM
Bole la bagi tips kat mak itik anak beranak ckp melayu.
Quote 4cupcakes 19-11-2021 12:17 AM
Lg pelik kalau org melayu xgeti ckp melayu and feel stupid bila ckp melayu
Quote Didi_dido 19-11-2021 01:26 AM
Tak pelik pun. Obviously dia Malaysian. Mestila kena pandai ckp BM. Netizen punnn..
Quote KirazMevsimi 19-11-2021 07:37 AM
missmeornot replied at 18-11-2021 12:49 PM
suka tengok sheol ni comelll je. mcm sally pun ade maybe sbb gigi tu n she memang suka bercakap samp ...

ya ya. memula tengok tadi ada iras iras sally, senyum dan lesung pipit kecik tu
Quote KirazMevsimi 19-11-2021 07:39 AM
missyL replied at 18-11-2021 03:17 PM
Comey la die nie.
I baru knl arini haha
Ironi nye yg cina pn x sexy mcm melayu

hahahaha sama kaka. baru kenal pagi ni. moga terus berkembang dalam kerjaya nya
Quote wanawina 19-11-2021 07:48 AM
meols tak pernah rasa pelik yach kalau dah cina n india boleh fasih melayu. udah itu tanggungjawab deme. ni melayu acah2 pelat tu yg meols tak boleh tahan.
Quote dejure 19-11-2021 07:56 AM
c===8 replied at 18-11-2021 12:24 PM
kalau tgh mkn kat melaka biasa je dgr cina sesama cina sembang dlm bm

Kalau kat kelantan pon sama..cina sana siap cakap kelantan lagi
Quote nakkomenjugak 21-11-2021 08:56 AM
Haiyooo ni Malaya lorrrrr
Apa yang nak diherankannn

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-1-2025 02:29 AM GMT+8 , Processed in 0.040518 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top