CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

10 Bulan Kahwin, Tempoh Paling Manis Buat Harris Alif Dan Intan Ladyana

18-11-2021 09:41 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4357| Komen: 21

Description: Menjadi antara pasangan selebriti yang disatukan dalam tempoh pandemik Covid-19, ternyata ia pengalaman berharga buat pelakon, Intan Ladyana, 39, dan suaminya Harris Alif, 22.
Menjadi antara pasangan selebriti yang disatukan dalam tempoh pandemik Covid-19, ternyata ia pengalaman berharga buat pelakon, Intan Ladyana, 39, dan suaminya Harris Alif, 22.


Mengakui tempoh 10 bulan bergelar sebagai suami isteri sebagai sesuatu yang cukup manis ketika ini, perkongsian hidup mereka juga turut disusuli dengan pelbagai kisah indah.

Berkongsi kehidupan selepas berkahwin, jelas Intan pastinya fokusnya kini lebih kepada keluarga. Malah, kehidupan sebagai isteri juga menuntut dia untuk lebih teliti sebelum menerima apa-apa tawaran dalam memastikan tidak mengganggu tanggungjawab utamanya.


Foto: IG

"Memang ada yang berubah selepas berkahwin pastinya keutamaan saya kepada keluarga kini. Pada tempoh sekarang juga saya lebih banyak menghabiskan masa di rumah. Fokus saya kini bukan kepada kerjaya saja tetapi juga keluarga, jadi saya perlukan kehidupan yang seimbang.


"Sebab itu saya agak memilih tawaran selepas berkahwin. Selepas bergelar isteri saya tahu tanggungjawab utama saya adalah untuk menguruskan keluarga. Alhamdulillah rezeki selepas berkahwin itu lebih murah," katanya.

Sementara itu, mencari jawapan di sebalik teka-teki sama ada dia hamil yang kini sibuk diperkatakan, Intan lebih senang untuk tidak membuka mulut lagi.



Menolak soalan ini kepada suaminya untuk menjawab, Harris berkata, ketika ini dia dan Intan lebih senang untuk menunggu waktu yang sesuai.

"Tiada apa yang boleh saya kongsi lagi, tetapi saya berjanji kalau ada waktu yang sesuai untuk kami kongsikan berita yang gembira kami akan berbuat demikian.

"Cuma buat masa ini, apa yang kami minta daripada peminat adalah doa-doa ikhlas kalian. Terus doakan kebahagian saya dan Intan," katanya.

Tidak hanya sibuk menguruskan keluarga kecilnya, Intan dan Harris juga perlu fokus kepada perniagaan produk wangian yang diusahakan mereka di bawah jenama Anugerah.

Apatah lagi, Anugerah itu adalah tajuk lagu suaminya yang diciptakan khas sempena hari perkahwinan mereka.



Menurut Intan, dia dan suami bersyukur apabila diberi peluang oleh syarikat Nori Malaysia Sdn Bhd untuk memperkenalkan produk wangian mereka. Melihat ini sebagai permulaan untuk mereka lebih serius dalam bidang perniagaan, menjadi impiannya agar dapat mempelbagaikan produk di bawah jenama yang sama.

"Anugerah sudah mempunyai dua produk, satu Anugerah Body Mist dan Anugerah Fantasy. Malah saya dan suami juga dalam rancangan untuk memperkenalkan Anugerah Man. Ketika ini produk kami sudah berada di lapan cawangan Aeon di seluruh negara. Insya-Allah pada tahun ini juga produk kami akan berada di lima lokasi lain antaranya di Pantai Timur.

"Mengapa saya dan suami memilih Anugerah, sebagai jenama produk wangian kami. Tajuk lagu Harris berjudul Anugerah dan lagu ini sempena hari perkahwinan kami. Jadi perkataan Anugerah itu sendiri cukup istimewa buat kami berdua," katanya.

Memilih untuk mengeluarkan Body Mist berbanding minyak wangi, kata Intan sebagai seorang ahli perniagaan dia dan suami sangat berhati-hati dalam memperkenalkan produk di bawah jenamanya. Malah ketika ini dia juga tidak sekadar mahu mengikut rentak orang lain untuk berniaga.



"Apabila pihak Nori Malaysia memilih kami untuk mengeluarkan produk wangian, saya dan Harris memang melihat produk ini sebagai satu pilihan yang baik. Sebabnya fokus kami sendiri adalah untuk menghasilkan produk yang dapat menambat hati pengguna dari pelbagai peringkat umur.

"Kita tahu produk ini lebih ekonomi selain boleh dipakai pada bila-bila masa. Berbeza dengan minyak wangi yang mungkin hanya boleh dipakai pada waktu tertentu. Paling penting kami mahu produk ini mudah dibawa ke mana-mana," katanya.



Sementara itu bagi Harris pula, dia melihat peluang yang diberikan dalam bidang itu sebagai satu lagi cabang perniagaan yang ingin diceburinya. Walaupun hadir dalam tempoh pandemik kira-kira setahun lalu namun dia sentiasa percaya dengan kemampuan perniagaan ini.

"Apabila ditawarkan untuk jalin kerjasama, kami tidak mengambil masa yang panjang untuk setuju. Antara sebab mengapa kami yakin dengan Nori Malaysia juga kerana ramai lagi rakan artis lain turut menjalinkan kerjasama.

"Selain itu, walaupun tawaran untuk memperkenalkan Anugerah dalam tempoh pandemik apa yang kami bersyukur bagaimana sambutan yang diberikan sangat baik. Malah selepas hampir setahun berada di pasaran kami juga sudah mempunyai dua produk dan ini adalah perkembangan yang baik," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 18-11-2021 10:46 AM
Awal2 serba serbi wangi dekk
Quote mamajawie 18-11-2021 12:08 PM
urmmm..perlu ke iollss kabokan tunggu acik da menopos baru si jantan ni terbuka minda?
Quote makadek 18-11-2021 12:16 PM
Semoga bahagiaaa ...tk tau la camne eh pmpuan berumur manage laki moda2 ni
Sbb aku sendiri akn treat diorg mcm bebudak
Quote Mikaella 18-11-2021 01:46 PM
makadek replied at 18-11-2021 12:16 PM
Semoga bahagiaaa ...tk tau la camne eh pmpuan berumur manage laki moda2 ni
Sbb aku sendiri akn treat ...

yang pasti bukan berkerak hitam legam sis
Quote LadyCarefree 18-11-2021 01:50 PM
Retis instafemes xhabis2 nk minta doa org ramai.
Quote nakkomenjugak 21-11-2021 08:55 AM
Iol tak tau laa camne nak treat anak2 hekan muda ni wp iol almost 30
Let alone kawen sorang
Quote mendeluk 21-11-2021 10:52 AM
makadek replied at 18-11-2021 12:16 PM
Semoga bahagiaaa ...tk tau la camne eh pmpuan berumur manage laki moda2 ni
Sbb aku sendiri akn treat ...

aku pun tertanya jugak mcm mana intan ini boleh and tak awkward yang jauh beza. lagi jauh beza umur dari che ta dgn zain.
Quote makadek 21-11-2021 11:06 AM
mendeluk replied at 21-11-2021 10:52 AM
aku pun tertanya jugak mcm mana intan ini boleh and tak awkward yang jauh beza. lagi jauh beza umu ...

Ye sbb lbh kurang dgn anak2 sdra aku
Yg aku boleh perentah .. Itu ini
anak2 sdra aku pn blur lg umur2 camgini
Quote Masukkeluar 21-11-2021 11:07 AM
Edited by Masukkeluar at 21-11-2021 11:10 AM
mendeluk replied at 21-11-2021 10:52 AM
aku pun tertanya jugak mcm mana intan ini boleh and tak awkward yang jauh beza. lagi jauh beza umu ...

che ta-zain tu ok lagi walaupun jarak 10 tahun sbb masa tu zain umur 29 tahun.
si haris ni baru umur 21 tahun. bdk bdk sgt. aku pn tak leh hadam mcm mana si intan ni boleh setuju nk kawin dgn bdk bbnu ni. bg aku laki kalau umur below 25thn ni masih lagi bdk bdk tak matang dibuat suami.
Quote mendeluk 21-11-2021 11:08 AM
makadek replied at 21-11-2021 11:06 AM
Ye sbb lbh kurang dgn anak2 sdra aku
Yg aku boleh perentah .. Itu ini
anak2 sdra aku pn blur lg um ...

Haha itu aku wonder lah macam mana intan boleh terima lelaki yang jauh lagi muda. Ini terlampau jauh, experience pun dah banyak. Takut nanti lelaki reaches certain ages, dia dah berubah hati. Knowing harris kahwin awal, tak cukup enjoy.
Quote mendeluk 21-11-2021 11:10 AM
Masukkeluar replied at 21-11-2021 11:07 AM
che ta-zain tu ok lagi walaupun jarak 10 tahun sbb masa tu zain umur 29 tahun.
si haris ni baru umu ...

Aku pun tak boleh hadam. Kalau intan kahwin lelaki umur 27 ke atas ok jugak. Ini terlampau muda. Ke sebab terdesak sangat nak kahwin sebab umur dah tua.
Quote makadek 21-11-2021 11:13 AM
Masukkeluar replied at 21-11-2021 11:07 AM
che ta-zain tu ok lagi walaupun jarak 10 tahun sbb masa tu zain umur 29 tahun.
si haris ni baru umu ...

Weh budak gilaaaaa
Anak2 buah aku berkepit lg ng mak
Akak2 aku perentah sana sini lg
Anak buah aku tu mak dia suh aku anta kt U
Baru ni tak arap p sendiri segala perkakasan
Aku ng mak dia kena ingatkan
Tu pn bole lupaaaa ... Mak dia pn anggp ank dia budak2 lg... 21 raw lg laaa.
Nak2 pulak yg tk de skill
Cth buat electrical, repair2 ke .
Kenot ah laki camtu
Quote Masukkeluar 21-11-2021 11:13 AM
mendeluk replied at 21-11-2021 11:10 AM
Aku pun tak boleh hadam. Kalau intan kahwin lelaki umur 27 ke atas ok jugak. Ini terlampau muda. K ...

kan..itula maksud aku. tak kisah pn kawin dgn org lebih muda dari kita.
tapi kalau muda tu umur 19-21tahun..mmg masih lagi bbnu, mak beli spender. kalau ikutkn si intan tu circle dia boleh tahan. tp mcm mana la boleh sngkut dgn bdk tk
cukup umur ni.
Quote Masukkeluar 21-11-2021 11:14 AM
makadek replied at 21-11-2021 11:13 AM
Weh budak gilaaaaa
Anak2 buah aku berkepit lg ng mak
Akak2 aku perentah sana sini lg

iye..21 tahun tu bbnu sgt. mentah. kawin plak dgn umur 40 tahun.

lain la kalau umur 27,28..tu mmg layak kawin dh, kerjaya pn dh ada.
21 tahun??? jgn sbbkn dia retis ko dh rasa dia layak jd suami pdhl otak masih blm matang.
Quote makadek 21-11-2021 11:18 AM
Masukkeluar replied at 21-11-2021 11:14 AM
iye..21 tahun tu bbnu sgt. mentah. kawin plak dgn umur 40 tahun.

lain la kalau umur 27,28..tu mmg ...

Ibarat mak ng anak weh...
Pempuan byk pengalaman umur mcm kita2 ni
Len macam cewet nyaaa dia tk de manja2 sgt
Tegas ..sikit stress sbb nk urus kehdpn dh tau selok belok... Sekali dpt laki ..laki ko blur lembab itu ini taktau... Boleh bikin gaduh wor
Aku anti betul lelaki slowmotion blur loading
Skg aku didik anak2 jantan aku cepat tangkas tegas
Quote mendeluk 21-11-2021 11:21 AM
Masukkeluar replied at 21-11-2021 11:13 AM
kan..itula maksud aku. tak kisah pn kawin dgn org lebih muda dari kita.
tapi kalau muda tu umur 1 ...

aku just tak boleh bayangkan macam mana intan makes leff dgn budak yang jauh muda sangat2. tak awkward ke awak itu lah cuma takut sbb banyak possibility kot harris ini akan berubah hati ke apa. kahwin muda sgt 21, is too young for a guy .
Quote dudaberhias 21-11-2021 12:53 PM
urmmm herlokkknya laki dia... takpe la chuolsss janji main sedap dan boleh melambung2 sampai ke syiling...

cuba tengokkk rhoperr harris tu? no wonder la intan gigih memilih tawaran... setiap hari dia kena pastikan dia dapat balik.... time umo macamni nafsu orang laki memang mencanak2 katanya... mesti segala sudut dan posisi di rumah tu dah di cuba dalam sehari... agittewww... masuk2 bau clorox je merata2...
Quote Truefeelings 21-11-2021 12:55 PM
Finally, thread lama dh baca psl ni. Aku pelik knape ramai puji/kagum couple ni
Quote dudaberhias 21-11-2021 12:55 PM
mendeluk replied at 21-11-2021 11:08 AM
Haha itu aku wonder lah macam mana intan boleh terima lelaki yang jauh lagi muda. Ini terlampau ja ...

janji main sedap kaka.. agittewww
chepit tua intan bukannya perlu buat apa pun...
terbaring jah atas katil gittewww

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 08:32 PM GMT+8 , Processed in 0.105691 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top