Bagai jatuh ditimpa tangga apabila kerjaya nyanyian tidak menjadi, pereka fesyen terkenal, Ezuwan Ismail turut bergelut dalam bidang perniagaannya yang terjejas akibat pandemik Covid-19.
Ezuwan mengakui jualan baju rekaannya di atas talian juga tidak mendapat sambutan biarpun sudah memberikan harga promosi. Bukan itu sahaja, pereka fesyen kelahiran Kelantan ini juga tidak menerima sebarang tempahan untuk busana pengantin sepanjang tahun ini. "Pandemik yang muncul tiba-tiba tanpa diduga pernah hampir buat saya terduduk dan stres. Bayangkan operasi butik di Taman Dagang, Ampang tak boleh dibuka.
"Jualan baju online pun tak jalan. Tahun lalu masih ada yang nak membeli. Tahun ini lagi 'sakit' sebab kuasa membeli tiada walaupun diberi harga promosi. "Jelas orang tak sanggup habiskan duit untuk tempah baju 'custom made' atau beli yang sedia pakai. Majlis kahwin pun tak boleh dibuat. "Jadi baju kahwin pun pernah sampai tak ada permintaan langsung," kata Ezuwan kepada mStar. Tahun lalu, Ezuwan turut berjinak-jinak dalam perniagaan makanan dengan menjual juadah di bawah jenama Mok Neko termasuk karipap mini, ketupat, murtabak dan kek coklat. "Mahu atau tak, saya juga seperti pereka fesyen lain dan juga semua orang terpaksa cari alternatif lain untuk survival. "Staf seramai sembilan orang di butik, saya tak buang. Tapi mereka dibayar gaji pokok saja. Realitinya, kuasa membeli makanan ada. "Jualan aneka makanan dijual menjadi dan berterusan hingga sekarang. Yang paling laku keras ialah karipap mini. "Lucunya apabila saya berniaga makanan ada yang sampai tahap anggap saya sudah gulung tikar sebagai pereka fesyen," ujarnya. Dalam pada itu, Ezuwan memberitahu dia sepatutnya melancarkan sebuah lagu terbaharu berjudul Lambaian Pagi Syawal namun terpaksa ditangguh sehingga tahun hadapan. "Ikutkan tahun ini saya muncul dengan single raya solo berjudul Lambaian Pagi Syawal ciptaan S Atan dan lirik Kopratasa. Sudah rekod pun 10 Mac lalu. "Tapi saya rasa kena tunda ke tahun hadapan. Kalau tak dipromosikan di arus perdana dan hanya untuk projek koleksi pakaian rekaan sendiri pun okey saja," katanya. Ezuwan pernah muncul dengan projek khas nyanyian bersama E1 Band disamping Zulyasrani dan Ariff Imran menerusi lagu Semalam Sahaja dan Rindu Lebaran. -CARI Sumber: mStar Online
|
kiah_mai_pulak replied at 18-11-2021 09:05 PM
dia ni yg kena kutuk ngn nek ta rso tu kan??
dudaberhias replied at 18-11-2021 12:59 PM
Kesiannya, baju dia mahal ke sampai takde yang nak beli? Tengok mask muka dia jual saja pun RM89.00
...
Illayana replied at 18-11-2021 08:59 PM
Designer lain byk jah daku tgk dpt tempahan bj kawen. Mankajang tak putus2 daku tgk, bkn pengantin j ...
innocentsangat replied at 18-11-2021 11:12 PM
Kalis covid mungkin.
dudaberhias replied at 18-11-2021 11:15 PM
kaka dah tengok baju2 dia???
nama design semua pprt...rempeyek.. popia simpul kasih... sekut mari ...
ADVERTISEMENT