sumber foto : sinar harian
Seorang suami sanggup mengorbankan masanya lebih 24 jam sehari sejak lebih dua bulan lalu, hanya untuk menjaga isterinya yang terlantar di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII). Mohd Nizam Mohd Razli, 41, yang bekerja sebagai pemandu teksi tidak dapat meneruskan pekerjaannya berikutan isterinya, Zaleha Yunus, 43, yang mengalami penyakit Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) turut mengalami masalah buah pinggang kronik, perlu dijaga rapi setiap masa. Lebih menyedihkan, penyakit isterinya boleh menyebabkan wanita yang dikahwininya sejak 16 tahun lalu koma kerana kuman dalam badan telah merebak ke bahagian paru-paru. Menurut Mohd Nizam, penyakit isterinya bertambah kronik sejak awal Mei lalu dan hantar ke Hospital Kuala Krai selama enam hari untuk dirawat, sebelum dipindahkan ke HRPZ II.
Tambahnya, dia semakin buntu untuk mendapatkan sumber kewangan kerana lebih dua bulan tidak bekerja ekoran keadaan isterinya yang terlantar itu. Walaupun keadaan isterinya kritikal dan mungkin peluang untuk isterinya sembuh seperti sedia kala agak tipis, namun dia reda dengan ujian ALLAH SWT dan menyerahkan segala ketentuan kepada-Nya, ujar Mohd Nizam. - CARI Infonet Sumber : www.sinarharian.com.my |
10
Bagus |
9
Marah |
7
Terkejut |
8
Sedih |
5
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
HaifaHanna replied at 23-6-2015 10:40 AM
Lebih 24 jam sehari?
Sehari ade brape jam??
lurve82 replied at 23-6-2015 11:48 AM
pengalaman sndr depan mata..ada mamat mcm lelaki ni la..jaga isteri...thn lpas arwah isteri meningga ...
susukambingbest replied at 23-6-2015 01:33 PM
ni pngalaman kaka sndri.. abah jga arwah mak dkt stahun.. kami adik bradik pun glir2 jaga tp abah ...
ADVERTISEMENT