Seorang pengguna twitter meluahkan rasa kecewa apabila sambal paling laris yang terjual hanya beberapa minit sahaja tidak seperti apa yang dijangkakan ketika menikmatinya.
Pembeli tersebut menceritakan pengalaman dia menikmati sambal itu dengan menyatakan tiada rasa yang istimewa pun dan sekadar merasa pedas sahaja. Komen yang diberikan pembeli ini sekadar ingin bersifat jujur dan tiada niat untuk jatuhkan sesiapa. Namun dia berharap ada juga produk sambal-sambal lain yang akan dikeluarkan oleh pemilik sambal botol tersebut pada masa hadapan dan bukanlah sekadar mempunyai rasa pedas sahaja. Rasa sambal itu masih boleh diperbaiki lagi. Tambahnya lagi, jika pemiliknya benar-benar akan mengeluarkan produk sambal baru, dia juga tetap akan membelinya. Selain itu, dia juga berpendapat ada sambal lain yang lebih baik daripada sambal laris ini. Dia berharap tiada yang memberi kecaman kerana itu adalah komen jujur selepas merasai sendiri namun dia tetap mengikuti perkembangan pemilik sambal tersebut di Instagram dan Twitter. Pembeli lain juga mempunyai pengalaman yang sama dan kemungkinan rasa sambal yang tidak konsisten itu adalah disebabkan kerana memasak dalam kuantiti yang banyak. Bukan itu sahaja, ada juga yang komen jika sambal itu disimpan selama beberapa hari, baru rasanya menjadi lebih sedap walaupun pada awalnya ia sekadar mempunyai rasa pedas sahaja. Kepada pemilik sambal tersebut ambil kata-kata jujur daripada seorang peminat dan pembeli ini untuk memperbaiki mutu sambal tersebut. Jangan kecewa dan teruskan semangat untuk memajukan perniagaan. - CARI
|
makneng replied at 16-11-2021 11:24 AM
Sambal moNYET ke uolls?
dekmieDandy: itular, makanan ni subjektif b ...
takayama replied at 16-11-2021 03:11 PM
x sedap kt tekak kita tp sedap kt tekak org lain
sedap ni subjective
Kaka x pernah try lg sambal hyp ...
ADVERTISEMENT