CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Manusia Bakal Buat Anak Di Angkasa Lepas, Datang Bumi Untuk Bercuti Sahaja

15-11-2021 12:29 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2653| Komen: 14

Bilionair Jeff Bezos mendakwa bahwa manusia boleh menghasilkan zuriat di angkasa lepas pada masa hadapan, sekali gus mewujudkan koloni manusia yang akan menggunakan Bumi sebagai destinasi percutian, lapor akhbar Daily Star.


Bezos  yang merupakan pengasas firma Amazon dan Blue Origin berkata, beberapa kurun dari sekarang, manusia akan tinggal di dalam silinder-silinder gergasi di angkasa lepas, manakala silinder-silinder tersebut akan memiliki alam sekitar seperti di Bumi.

Kediaman angkasa lepas itu katanya, mempunyai sungai, hutan, malah hidupan liar dan boleh menempatkan seramai sejuta orang.

Jeff Bezos, Foto: Daily Star

Bezos, 57, membuat ramalan masa depan itu semasa menghadiri Forum Ignatius 2021 di Washington.

“Dalam masa beberapa ratus tahun dari sekarang, ramai manusia akan dilahirkan di angkasa lepas. Angkasa adalah rumah pertama mereka.

“Mereka akan lahir dalam koloni-koloni ini, hidup dalam koloni-koloni ini dan kemudian mereka akan melawat Bumi seperti anda melawat Taman Negara Yellowstone,” katanya.

Menurut Business Insider, Bezos menyifatkan silinder gergasi itu akan mempunyai cuaca cerah sepanjang tahun. 

“Tiada lagi hujan atau gempa bumi,” katanya.

Konsep tersebut dinamakan Koloni Angkasa O’Neill sebagai penghormatan kepada ahli fizik Universiti Princeton, Gerard O’Neill yang mencetuskan idea tersebut dalam tahun 1976.

Teori O’Neill adalah planet lain mungkin tidak dapat menampung kehidupan manusia dan Bezos bersetuju dengan idea tersebut.

“Walaupun anda mahu mengubah Planet Marikh atau melakukan sesuatu yang amat dramatik sepertinya, ia adalah amat, amat sukar. Sekali pun anda berjaya, kapasiti yang ada hanyalah dua kali ganda daripada Bumi.

“Justeru, anda hanya akan menempatkan antara 10 bilion hingga 20 bilion penduduk,” katanya.

Bezos juga mengesahkan bahawa beliau percaya makhluk asing wujud berikutan terdapat begitu banyak galaksi di alam semesta. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote epal_putih 15-11-2021 02:05 PM
Jom la pindah sana.. bohsan dh dok bumi.. haha
Quote musangbodoh 15-11-2021 03:44 PM
geng ayah pin kerajaan langit
Quote chazey 15-11-2021 03:49 PM
epal_putih replied at 15-11-2021 02:05 PM
Jom la pindah sana.. bohsan dh dok bumi.. haha

Kalau dok sana bercampur dengan manusia juga, memang tak ke mana la kak.
Quote angelofish 15-11-2021 04:40 PM
duduk kat angkasa tu mesti bayar maintenance mahal macam kondo.
Quote tikusmontok 15-11-2021 04:43 PM
chazey replied at 15-11-2021 03:49 PM
Kalau dok sana bercampur dengan manusia juga, memang tak ke mana la kak.

Kann..kena kawin ngan alien utk repair keturunan
Quote chazey 15-11-2021 04:57 PM
tikusmontok replied at 15-11-2021 04:43 PM
Kann..kena kawin ngan alien utk repair keturunan

Repair otak sekali. Alien datang bumi bawa piramid, bawak segala macam tamadun dan peradaban kat manusia. Manusia ni pulak reti rosakkan bumi adja.
Quote kotakbaju 15-11-2021 05:25 PM
Macam dalam cerita gundam seed kan. Ntah2 nanti akan jadi kenyataan semua tu.
Quote dani-rox 15-11-2021 09:50 PM
korang ada tengok tak bideo baru2 nih, gf Bezos tgh menggoda Leo DiCaprio betul2 depan Bezos botak

[youtube]LFu1lJRF0T4[/youtube]

salah satu komen:
Find you someone that looks at you, the way Jeff Bezos’s girlfriend looks at Leonardo DiCaprio

Quote cmf_premierleag 15-11-2021 10:44 PM
ummah planet tu nak pi vacation ke bumi mesti kene ada pasport la kan
pastu bleh membongak sesama society depa, yg kalo border dh bukak, berbondong2 la depa ke bumi persis ummah meleis ke UK slps border dibuka
Quote Analisaxx 16-11-2021 10:10 AM
tak sempat nak merasa hidup di angkasa... beratus2 tahun lagi ????
Quote chazey 16-11-2021 10:16 AM
dani-rox replied at 15-11-2021 09:50 PM
korang ada tengok tak bideo baru2 nih, gf Bezos tgh menggoda Leo DiCaprio betul2 depan Bezos botak : ...

Maigoat. She looks so thirsty.
Quote dani-rox 16-11-2021 08:02 PM
chazey replied at 16-11-2021 10:16 AM
Maigoat. She looks so thirsty.

buat penat jah menggesel tetek, Leo layan pompuan umur early 20s jah
Quote sharlenetexas 16-11-2021 08:03 PM
Cite kartun jepun banyak pasal kisah duk kat angkasa lepas ulang alik ke bumi.

Quote chazey 16-11-2021 11:02 PM
sharlenetexas replied at 16-11-2021 08:03 PM
Cite kartun jepun banyak pasal kisah duk kat angkasa lepas ulang alik ke bumi.

Komik Doraemon ajar Tuhan tu sebenarnya alien (*pembaca tegar Doaremon 1991-2021. )

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 09:02 AM GMT+8 , Processed in 0.069208 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top